Indahnya permandangan di Kg Mangkuk, Setiu Terengganu

Assalamu'alaikum,  Semalam Sabtu 29 April 2017, Husniey ada urusan ke Merang Setiu. Lepas singgah solat zohor di masjid, selesaik...

Assalamu'alaikum, 

Semalam Sabtu 29 April 2017, Husniey ada urusan ke Merang Setiu. Lepas singgah solat zohor di masjid, selesaikan urusan penting, dan makan tengahari semua barulah rasa nak ajak suami jalan jalan di satu kampung yang cantik kat Setiu. Masa tu dah alang alang berada area situ



Teringat ada seorang dua kawan, kenalan di media sosial suka belanja gambar cantik kat kawasan kampung ni.. Setiu ni selalunya terkenal pelancong suka berhenti di Pantai Rhu 10 untuk menikmati permandangan pantai dan singgah untuk minum petang di tepi pantai.. Ada beberapa kedai makan di sini yang boleh anda singgah untuk makan ikan celup tepung, sotong celup tepung, ABC dan lain-lain 

Kawasan cantik yang saya pergi ni atas lagi dari Pantai Rhu Sepuluh, hujung Setiu letaknya 
Kampung Mangkuk ni.. Husniey tak pasti ejaannya Mangkuk atau M. a. n. g. k. o. k 

Tapi permandangan kat sini sangat unik.. Cantikk! Berdepan dengan Laut China Selatan, pasirnya yang putih, suasana yang damai bersama angin petang yang menenangkan. 
Cuaca pulak cantik je kan
Nampak macam sunyi, tapi pada Husniey bukan sunyi tenang je.. 










Semasa mula masuk ke kawasan kampung ni, reaksi Husniey pada mulanya memang kagum betul, 
"Lawa nya sini. Dah macam kat pulau je" 

Pastu macam nak menjerit keriangan laa. 
"aaaa lawanyaaaa. Haa lebih kurang gitulah suara hatiku. 
Tapi kalau nak jerit bebetul pun takpe, takde orang ramai pun kawasan ni, hahaa


Pohon kelapa yang ada disitu, seolah melambai- lambai menyambut kehadiran Husniey dan suami 😍 








Close up pokok nyior sikit - pokok nyior means pokok kelapa ^^


Apa lagi kalau dah sampai ke tempat cantik ni, 
Switch on camera, cari angle menarik nak ambil gambar! 😂 







Rasa nak berkelah je, hehee

Ala - ala model tengah photoshoot
Tapi ni model jarang dapat job, jadi keras sikitla pose tuu :P
Haha






Ini Terrapuri Heritage. Villa ni cantik sangat! Melalui hasil pembacaan katanya villa ni diilhamkan daripada Istana Terengganu abad ke 17. Pembinaan villa ni unik takde guna paku. 
Fuh memang heritage habis.

Rupanya kat sini letaknya Terrapuri, Sebelum ni pernah dengar namanya aje, ini baru tahu kat sini, hehe
Sesuai kalau hendakkan percutian yang privasi di sini. 


View sekeliling cantik sangat. 


Tu Terrapuri ~ Klik pada gambar untuk lihat dengan jelas



Feeling happy ~ 

Tak boleh duduk bersantai kat sini, untuk guest Terrapuri sahaja ~ 


Tak dapat duduk tu, kita ambik gambar jela :P

Cantik kan  .  . 



Husniey ada tengok juga harga satu malam kat sini, boleh tahanlah​. 
Nak kena pergi dua tiga keluarga baru best kot. Tak pun untuk bulan madu memang cun, tapi kena menabung sampai penuh tabung dululah  😂 😂


Haha husniey  bukan nak cerita pasal Terrapuri ni, tapi cantik pulak tengok keadaan villa tu ❤
Selebihnya nak tengok gambar villa ni dengan harga sekali, boleh tengok kat SINI 


LOKASI PANTAI KG MANGKUK : 


Husniey kongsikan link map ke Terrapuri ni jelah, sebab yang ini je lokasi dapat dikesan dan berdekatan dengan pantai ni ~ 


PESANAN : JANGAN CACATKAN PERMANDANGAN INDAH INI DENGAN SAMPAH 




Next .. 

Kami singgah minum cendol di Kampung Bari Setiu, ini dulu namanya Professor Cendol 

Ni master cendol pulak, haha tapi rasanya sama je cuma tukar nama bagi francais sini kot




Terletak di jalan utama dari Kuala Terengganu ke Setiu (Sehala) kalau dari Setiu atau Kelantan pula, kedai ni belah kanan (bukan sehala, tapi boleh je kalau nak singgah pun, hehe

Memang tujuan utama singgah sini nak merasa cendol, tak nak makan goreng gorengan, 
dah bosan hehee tapi ada jugaklah ambik keropok RM 2 :P

Keropok lekor memang tak dapat lari dari orang terengganu macam Husniey ni, tak makan lama sikit dah rindu. HAHA hastag #sekkepok 



Tuu dia meriah



Cendol tapai rasanya, aduh cik abang Husniey suka tekak dia je order Cendol Tapai,  rasa okay je tapi ada tapai ni macam masamlah sikit T_T

RM 3 semangkuk 

Kalau cendol biasa : RM 2 (nak tambah, free) *



Rojak pasembor, sedap jugakk! ^^

Memang bestlah sejukkan tekak, semangkuk cendol pun dah kenyang.  Nasib tak ambil mee goreng ke, ikan celup tepung sotong celup tepung pun ada kat sini.

Lepas dah kenyang tu, bertolak balik ke Kuala Terengganu 
Dalam perjalanan, dekat pukul 6 petang berhenti solat asar di Masjid Tok Jembal



The power of different pose. Satu nampak GEMUK satu nampak KURUS SIKIT~  HIHI






Alhamdulilah sekian cerita Sabtu 29 April 2017
Terima kasih baca cerita saya ~

You Might Also Like

16 comments

  1. Dekat terrapuri rupanya. Ana pun pernah tgk harga terrapuri tu. Berhuhu juga. Hehe. Tp mmg cantik lah husniey view dia. Mcm dekat overseas especially yg ada tempat duduk tu.

    ReplyDelete
  2. Suka tengok pokok bila ditiup angin...kita boleh tahu dari mana arah angin..dan ambil kesempatan ala ala titanic..hiksss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAN, mesti tangan pun nak mendepa - - ala ala titanic :P

      Delete
  3. Saya kerap jugak lalu situ tapi tak pernah jumpa mangkok. Besar ke mangkok tu?

    Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada rasanya mangkok tu duk celah pokok nyior agoknya, huhu

      Delete
  4. Cantik sungguh pemandangan Kg. Mangkuk. Bertuah siapa tinggal di kawasan itu dapat tengok pemandangan indah setiap hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik tu memang cantik LZ, tapi tak ramai pun yang tinggal di kampung ni, mungkin sebab makin lama daratan makin tinggal sikit. Bahaya kalau musim ombak besar :)

      Delete
  5. Allahu.... lawanya gambar2... T^T

    ReplyDelete
  6. unik nama dia kg mangkuk. tapi memang pemandangan sangat cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Ciptaan Allah semuanya indah kan Raihanah :)

      Delete
  7. Cantiknyaaaaaaaaaaa!! Suka gambar pokok kelapa tuuu! 😍😍

    Siqah save post ni eh. Nanti senang nak refer. Manalah tahu ada masa tetiba ke Terengganu nanti. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantikk sungguh.. Ni baru dalam gambar, kalau tengok dengan mata sendiri lagi rasa kagum 👍😘

      Silakan.. Nanti boleh rujuk, hehe

      Delete
  8. wahhh..cantiknya ...

    https://aztieyshana.blogspot.my/

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.