Cadangan Tempat Makan : Gudang Makang

Assalamu'alaikum, harini nak kongsi tempat makan baru di Kuala Terengganu. Nama tempat ialah Gudang Makang, tempat ni seperti food co...

Assalamu'alaikum, harini nak kongsi tempat makan baru di Kuala Terengganu.
Nama tempat ialah Gudang Makang, tempat ni seperti
food court dalam bahasa melayu nya medan selera :D


Terletak bukanlah di tengah tengah bandar, tapi saya suka tempatnya sempoi, santai dan banyak juga pilihan makanan




Sesuai juga bagi keluarga yang bawa kanak kanak. Disini ada playground, anak anak kecil boleh bermain disini.

Ada pelbagai jenis premis makanan yang tersedia..


Saya cuba makan roti john, mee champa, dimsum 😁
Banyak kan? Memang terliur rasa nak cuba semua benda, haha.
Masakan panas, western food, char kuey teow dan lain lain gerai bermacam jenis gerai yang ada.

Meh layan gambar gambar











Cantik kan area sini santai je. Harga?
Harga pun berpatutan. Lebih murah dari tempat lain yang pernah saya pergi 😂 😂
Ramai juga orang tempatan yang datang makan disini.
Maknanya kalau dah orang sini pun turun makan disini, mestilah berpatutan kan


Kalau tak silap kawan suami saya ada cakap tempat ni nanti nak dibesarkan lagi
dan ada macam macam tarikan disni. Tak tahu lah betul ke tidak :D




Saya sertakan lokasi Gudang Makang dibawah :






Waktu urusniaga dari 5pm - 12pm






Sekian, terima kasih kerana sudi baca! =)


You Might Also Like

12 comments

  1. Kebetulan esok saya ke terengganu.
    Terima kasih kongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, Happy holidays encik Adam :)
      Welcome to Terengganu

      Delete
  2. Nampak sgt selesa tempat tu Husniey. Last week blk sehari di Terengganu tak sempat nak JJCM sgt. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selesa jugak Ana.. Nanti balik lagi bolehla JJCM 😘

      Delete
  3. W'salam HH,

    In shaa Allah bila visit Terengganu akan cuba luangkan masa singgah di sini.. Kena buat directory JJCM supaya tak terlepas nanti, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe bolehh..
      Nanti saya senaraikan lagi tempat makan best best di Kuala Terengganu ni 😍

      Delete
  4. Wahh ada dimsum... Negeri sahabat baik saya ni, tapi saya tak pernah jejak sana lagi,haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh la jejak Terengganu mai 😍


      Sekali jejak nak jejak sokmo kekgi 😂

      Delete
  5. mee champa? mee macam mana tu? sy suka makan roti john, bila tengok gambar terus terliur. nyumnyumnyum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee Champa tu asalnya dari Thailand kalau tak silap macam mee sup je. Hehe tapi sedapp juga. Pedass.. 😍

      Delete
    2. Mee Champa tu asalnya dari Thailand kalau tak silap macam mee sup je. Hehe tapi sedapp juga. Pedass.. 😍

      Delete
    3. ohhh, macam tu. mcm mee sup klate tu?

      Delete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.