4/30/2017 05:45:00 pm
Indahnya permandangan di Kg Mangkuk, Setiu Terengganu
4/30/2017 05:45:00 pmAssalamu'alaikum, Semalam Sabtu 29 April 2017, Husniey ada urusan ke Merang Setiu. Lepas singgah solat zohor di masjid, selesaik...
Assalamu'alaikum,
Semalam Sabtu 29 April 2017, Husniey ada urusan ke Merang Setiu. Lepas singgah solat zohor di masjid, selesaikan urusan penting, dan makan tengahari semua barulah rasa nak ajak suami jalan jalan di satu kampung yang cantik kat Setiu. Masa tu dah alang alang berada area situ
Teringat ada seorang dua kawan, kenalan di media sosial suka belanja gambar cantik kat kawasan kampung ni.. Setiu ni selalunya terkenal pelancong suka berhenti di Pantai Rhu 10 untuk menikmati permandangan pantai dan singgah untuk minum petang di tepi pantai.. Ada beberapa kedai makan di sini yang boleh anda singgah untuk makan ikan celup tepung, sotong celup tepung, ABC dan lain-lain
Kawasan cantik yang saya pergi ni atas lagi dari Pantai Rhu Sepuluh, hujung Setiu letaknya
Kampung Mangkuk ni.. Husniey tak pasti ejaannya Mangkuk atau M. a. n. g. k. o. k
Tapi permandangan kat sini sangat unik.. Cantikk! Berdepan dengan Laut China Selatan, pasirnya yang putih, suasana yang damai bersama angin petang yang menenangkan.
Cuaca pulak cantik je kan
Nampak macam sunyi, tapi pada Husniey bukan sunyi tenang je..
Semasa mula masuk ke kawasan kampung ni, reaksi Husniey pada mulanya memang kagum betul,
"Lawa nya sini. Dah macam kat pulau je"
Pastu macam nak menjerit keriangan laa.
"aaaa lawanyaaaa. Haa lebih kurang gitulah suara hatiku.
Tapi kalau nak jerit bebetul pun takpe, takde orang ramai pun kawasan ni, hahaa
Pohon kelapa yang ada disitu, seolah melambai- lambai menyambut kehadiran Husniey dan suami
Close up pokok nyior sikit - pokok nyior means pokok kelapa ^^ |
Apa lagi kalau dah sampai ke tempat cantik ni,
Switch on camera, cari angle menarik nak ambil gambar!
Rasa nak berkelah je, hehee |
Ala - ala model tengah photoshoot Tapi ni model jarang dapat job, jadi keras sikitla pose tuu :P |
Haha
Ini Terrapuri Heritage. Villa ni cantik sangat! Melalui hasil pembacaan katanya villa ni diilhamkan daripada Istana Terengganu abad ke 17. Pembinaan villa ni unik takde guna paku.
Fuh memang heritage habis.
Rupanya kat sini letaknya Terrapuri, Sebelum ni pernah dengar namanya aje, ini baru tahu kat sini, hehe
Sesuai kalau hendakkan percutian yang privasi di sini.
View sekeliling cantik sangat.
Tu Terrapuri ~ Klik pada gambar untuk lihat dengan jelas |
Feeling happy ~ |
Tak boleh duduk bersantai kat sini, untuk guest Terrapuri sahaja ~ |
Tak dapat duduk tu, kita ambik gambar jela :P |
Cantik kan . .
Husniey ada tengok juga harga satu malam kat sini, boleh tahanlah.
Nak kena pergi dua tiga keluarga baru best kot. Tak pun untuk bulan madu memang cun, tapi kena menabung sampai penuh tabung dululah
Haha husniey bukan nak cerita pasal Terrapuri ni, tapi cantik pulak tengok keadaan villa tu
Selebihnya nak tengok gambar villa ni dengan harga sekali, boleh tengok kat SINI
LOKASI PANTAI KG MANGKUK :
Husniey kongsikan link map ke Terrapuri ni jelah, sebab yang ini je lokasi dapat dikesan dan berdekatan dengan pantai ni ~
PESANAN : JANGAN CACATKAN PERMANDANGAN INDAH INI DENGAN SAMPAH
Next ..
Kami singgah minum cendol di Kampung Bari Setiu, ini dulu namanya Professor Cendol
Ni master cendol pulak, haha tapi rasanya sama je cuma tukar nama bagi francais sini kot
Terletak di jalan utama dari Kuala Terengganu ke Setiu (Sehala) kalau dari Setiu atau Kelantan pula, kedai ni belah kanan (bukan sehala, tapi boleh je kalau nak singgah pun, hehe
Memang tujuan utama singgah sini nak merasa cendol, tak nak makan goreng gorengan,
dah bosan hehee tapi ada jugaklah ambik keropok RM 2 :P
Keropok lekor memang tak dapat lari dari orang terengganu macam Husniey ni, tak makan lama sikit dah rindu. HAHA hastag #sekkepok
Tuu dia meriah |
Cendol tapai rasanya, aduh cik abang Husniey suka tekak dia je order Cendol Tapai, rasa okay je tapi ada tapai ni macam masamlah sikit T_T
RM 3 semangkuk
Kalau cendol biasa : RM 2 (nak tambah, free) *
Rojak pasembor, sedap jugakk! ^^ |
Memang bestlah sejukkan tekak, semangkuk cendol pun dah kenyang. Nasib tak ambil mee goreng ke, ikan celup tepung sotong celup tepung pun ada kat sini.
Lepas dah kenyang tu, bertolak balik ke Kuala Terengganu
Dalam perjalanan, dekat pukul 6 petang berhenti solat asar di Masjid Tok Jembal
The power of different pose. Satu nampak GEMUK satu nampak KURUS SIKIT~ HIHI |
Alhamdulilah sekian cerita Sabtu 29 April 2017
Terima kasih baca cerita saya ~