lifestyle
Motivasi/ Peringatan
Hargai Masa ~
3/08/2017 10:51:00 pm
MASA ini kalau tidak ditunggu kemain cepat je berlalu. Kalau ditunggu tunggu, ternanti nanti. Kemain lambat rasanya seminggu pun terasa seperti sebulan. Hahaa
MORAL : HARGAI MASA YANG ANDA ADA.
Hargai apa yang telah ada. Jangan buang masa kepada perkara yang sia sia.
Dalam Islam pun sangat menitikberatkan tentang masa.. 😍
Contoh :
1) Anda ada masa untuk bekerja : Hargailah, sedang diluar sana ramai yang tak punyai kerjaya. Kerjalah dengan baik dan amanah.
2) Anda ada masa untuk berehat. Rehatlah. Jangan kerja sampai lupa nak rehat. Ya, tahu zaman sekarang ekonomi tinggi menyebabkan anda semua sehabis kuat mengerah keringat untuk mencari rezeki bagi menampung kos hidup 😭 😭
Tapi masa untuk diri jangan dilupakan.
Cari masa untuk diri
3) Sebagai muslim, kita ada diberikan tanggungjawab tunaikan solat 5 waktu sehari. Hargailah waktu yang ada sementara masih sihat ini, selagi belum temui ajal. Jagalah. (Saya bukanlah baik sangat, juga bukan guru agama. Tapi tak salah menyebarkan sesuatu yang baik kan?)
Hidup ini cuma sementara. Masa yang ada, sebenarnya tak lama. Perasan tak laju je masa yang berlalu berganti bulan baru dalam masa satu tahun.
Sekian sahaja coretan kali ini.
Mohon maaf jika ada silap saya.
Saya menulis nota begini untuk mengingatkan diri sendiri.. Juga mengambil kesempatan untuk mengajak mengingatkan yang lain. Mudahan ini akan jadi pahala disana nanti 😊
Entri kemudian saya akan kongsi kisah ke Pulau Pangkor 5-7 Mac 😉
Nah belania gambar permandangan cantik semasa di Titiwangsa ❤
4 comments
Terima kasih atas perkongsian. ��
ReplyDeleteYeah tak sabar nak baca trip ke pangkor tu. ��
Sama- sama Ana :)
DeleteHEHE sabar nak edit sikit je lagi, dalam sehari dua lagi hehehehe^^
Laju sangat waktu bergerak.. ^^
ReplyDeletemmg masa selalu cemburu pada kita..pejam celik pejam celik dah masuk bulan March...issh cepat betul kan
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.