3/30/2017 10:10:00 pm
Berkebun Bersama Keluarga
3/30/2017 10:10:00 pmAssalamu'alaikum. Minggu lepas 24 Mac saya balik ke kampung halaman di Kemaman Memang selalu je balik tiap bulan ke sana.. Ju...
Minggu lepas 24 Mac saya balik ke kampung halaman di Kemaman
Balik hari Khamis, malam Jumaat.
24 Mac pagi Jumaat ke Gambang ambil adik saya, Balqis yang belajar di Matrikulasi Gambang..
Semua dah kahwin dan beranak pinak, hehehe |
Next Day -- Sabtu. 25 Mac.
Ke Kebun Sawit bersama keluarga. Bersihkan kebun dan bergotong royong..
Memang ini rutin keluarga tiap kali hari minggu. Kalau anak anak tak ada kat rumah, mak ayah saya lah berdua ke sana. Mereka sangat cintakan kehijauan dan aktiviti berkebun..
Sawit ni tak lama lagi bolehla jual hasil.. Moga murah rezeki mak ayah saya. Diberi kesihatan yang baik. Saya tumpang bahagia saja. Suka tengok kesungguhan mereka dalam usahakan sesuatu yang mereka impikan 😊
Jom layan gambar :
Penuh barang - barang, hehee |
Menebang pokok :D |
Saya bawak apa tu beria guna kereta labi,, hihi Bawa batu bata je DUA BIJI :D Beria sangat kan |
LAPAR dan dahaga? Bekal telah pun dibawa, heehe
Mengopi sungguh sedap sambil layan angin sepoi sepoi kat atas bukit |
Letih juga nak jalan jalan dan bersihkan kawasan kebun sawit ni sebab tanah berbukit..
Haritu dengan harapan : moga turunlah berat saya 2,3 kilo. Kahkah😛
Meredah dua buah bukit |
Kata ayah saya pokok sawit ni tak dapat hidup dengan baik kalau ada pokok pokok lain disekelilingnya. Sebab tu kena gotong royong.. Bersihkan.. Nanti akan jadi cantik dan kemas kalau dijaga dengan baik
Ini dibelakang adik saya sawit orang lain, kan kemas tu bila dah besar tak semak samun :d |
Haritu memang cuaca panas sangat. Rasa nak berendam dalam air je. Haha
Mak saya pun setuju ajak kemas barang, dan bergerak ke Air terjun.
Dalam perjalanan, mak saya tukar rancangan untuk ke Kebun Sepupu saya di Cheneh.
Sepupu saya ni siap bina rumah disitu. Seronoklah kawasan kebun buah buahan.
Kebun sepupu saya ni luas dan menarik. Mak saya terfikir nak ajak ke sini sebab ada anak sungai kat belakang kebun nya tu.
Kami pun memang bawa bekal makanan dari awal.. Nasi dan lauk pauk semua dah ada. Selalunya makan nasi tengahari di kebun aje. Hehe haritu pergi kebun sepupu pula makan disana.
BUDU + LADA JARUM + MAKAN DENGAN ULAM. Lauk ayam masak merah |
Lepas makan tengahari. Solat zohor. Terus berjalan ke anak sungai. Dekat sangat rupanya. Dalam 200 meter je dari kebun
Bestnyaaa kalau kebun ayah saya ada anak sungai juga. Hehehe
Mulanya ingatkan dalam air anak sungai ni, sekali turun sekerat lutut je. Hehe. Air pada haritu sedikit keruh sebab malam tu hujan.
Tapi okay je sejuk gila. Kalau air jernih mesti lagi lawa dalam gambar 😍😍😍
Pasir kat dalam anak sungai ni pun mulanya saya ingat lembik.
Eh sekali pijak,
Oooh pasir kasar rupanya.. Air pun jenis air yang mengalir.. Seronoklah berendam.. hehe
Dapat kelapa muda :D yeayy |
Family potrait |
Ayah kata lainkali kita ke Air Terjun pula lepas balik berkebun. Tak jauh mane dah air terjun dengan kebun. Dalam 20 minit perjalanan.
Kalau balik sekali lagi dapat ke kebun satu lagi syok juga dapat kait buah, petik lada lada, kutip serai dan lain-lain :D
THROWBACK TAHUN LEPAS :
Cempedak nii sedap tahu . Harap tahun ni ada hasil lagi ~ |
Sekian cerita pada hari minggu baru baru ini :D