Assalamu'alaikum,
Salam hujung minggu. Moga sihat dan ceria untuk semua orang yang membaca blog ni :)
Dari semalam lagi saya duk berkira kira rasanya nak lunaskan pinjaman belajar saya secepat mungkin. Pinjaman dibuat semasa sambung belajar peringkat Diploma di Politeknik Johor dulu
Jom sama sama amalkan doa ni
Saya tak buat pinjaman dengan PTPTN, tapi saya pinjam dengan Yayasan Terengganu
Baki Semasa
➡10,700 bahagi 24 bulan
=
RM 445.83 / bulan
Itu amaun setiap bulan kalau saya nak bereskan pinjaman ini dalam masa dua tahun 😂
Banyak juga macam bayar kereta dah hihi
Mungkin yang mampu saya buat adalah :
Jika bulanan saya ada rezeki lebih hasil jualan pakej pulau, bolehla buat bayaran lebih, mungkin itu jelah yang mampu usahakan. Hehe
Pejam celik dah dekat setahun jual pakej Pulau Kapas
Alhamdulillah awal tahun pun banyak dah datang rezeki.. Allah Maha Tahu niat kita kan, bila mula bersungguh nak langsaikan hutang..
Allah akan bagi rezeki melimpah ruah❤
Saya beruntung sebab YT tak ada interest macam PTPTN.. Jadi semangat sikit nak bayar banyak-banyak
Tak kaya pun, tapi saya sedar hutang tetap kena bayar macam mana sekali pun..
Kita kena fikir masa hadapan, tak selamanya hidup di dunia.. Jika ditakdirkan ajal awal..
Takkanlah kita nak orang tersayang yang menanggung hutang kita tu
Okay, sekian bebelan saya di hari Sabtu yang indah ini 🙈
Doakan saya murah rezeki hendaknya.. Saya juga doakan anda semua murah rezeki dan ceria selalu ❤❤
0 comments
Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.