Cheesy Chicken Nugget Wrap with Paratha ~

Cheesy chicken wrap ini boleh dibuat sebagai menu  simple untuk bersahur pada bulan puasa. Sangat dicadangkan kerana ia mudah disedi...



Cheesy chicken wrap ini boleh dibuat sebagai menu simple untuk bersahur pada bulan puasa. Sangat dicadangkan kerana ia mudah disediakan dan mengenyangkan! 


Bahan - Bahan : 



Mission Wrap (1 pack)
✅ Sedikit Butter
✅ Ramly Nugget. (Boleh juga nak tambah Tuna ke, Sardin, ikut selera masing masing 😂)
✅ Sayuran : Lobak merah, Salad, Timun 
✅ Mayonis
✅ CheeseDale 
✅ Sos cili (Jika suka pedas)

Cara - caranya mudah sahaja : 

1) Panaskan kuali masukkan butter, nugget tu saya potong kecil, masak bersama sayur sayuran. Ni sekadar nak buat inti ni sebati dan sayur lembut sikit. Last, jangan lupa perasakan dengan sedikit garam. 


Selingan
Saya suka bau butter bila ditumis dengan bahan bahan ni, bau je dah boleh agak rasanya, mesti sedap ni 😂

2) Kedua, siap je masak inti tu. Panaskan kuali, letakkan sedikit butter. Letak roti ready made ni.. Panaskan ia. Sekejap sahaja tau. Nanti kalau lama sangat jadi rapuh, tak boleh nak gulung.. Semasa dah masak sebelah, barulah saya letakkan cheese 😍


3) Hidangkan, dan sedia untuk dimakan. 
Roti ni cepat rasa kenyang tau, sesuai kalau rasa bosan makan nasi tu. Bolehla buat menu simple ni 😘



Tadaa, cantikkan? 


Saya cadangkan untuk menambah dengan sos cili atau mayonis, serius akan rasa lebih berlemak, dan secukup rasa. Hahaa 

Itu sahaja perkongsian saya kali ni.
Terima kasih baca! 

You Might Also Like

3 comments

  1. Sedapnyaaaa. lapar pulak tengok gambar2 ni waktu malam macamni hihi

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaa tengok, kena cuba esok ni, kebetulan nak pi beli bedak,boleh cari wrap tu kat tesco,heheh.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.