2/26/2017 04:29:00 pm
Aktiviti Di Krabi 4H 3M 📌
2/26/2017 04:29:00 pmDay 1 Penerbangan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur - Krabi. Perjalanan dari KL ke Krabi, 1 jam 20 minit. Okay...
Day 1
Penerbangan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur - Krabi. Perjalanan dari KL ke Krabi, 1 jam 20 minit.
Okay saya mulakan cerita waktu bertolak, saya dan suami bertolak dari Kuala Terengganu awal pagi hari yang sama kami nak ke Krabi ni, menaiki penerbangan Airasia jelah yang murah dan mampu. Tiba di Kuala Lumpur jam 9.30 pagi
Penerbangan ke Krabi pula pada pukul 1.30 pm, cuaca tak berapa okay semasa perjalanan pergi ke Krabi ni
Kapal terbang asyik bergegar je (angin kuat sikit), masa lagi 20 minit nak mendarat kapal terbang tu masih tinggi di udara tapi macam nak terrrjatuh gitu . Serius tak tipu. Bebetul macam nak terr jatuh gitu, haaa boleh bayangkan tak? Bukan saya aje menjerit. Kebanyakan penumpang semua menjerit dan terkejut. Dalam beberapa saat je, mungkin perlanggaran dengan awan yang tebal dan faktor angin yang agak kuat -_-'
Nak menangis rasa masa tu, pertama kali saya rasa macam tu, agak seramlah setakat rasa gegaran sikit-sikit tu takpe lagi ni nak terr jatuh tuu! Dah landing pun saya dan suami masih rasa berdebar lagi
Tiba di airport Krabi, ambil masa lama juga beratur di Imigresen, hampir satu jam kat situ..
Pelancong yang datang ramai sangat pada haritu. Dari lapangan terbang, saya guna servis
shuttle bus ke Aonang. Boleh beli tiket di kaunter syarikat travel and tours.
Keluar je selepas melalui pemeriksaan Imigresen, kastam mesti jumpa premis tu
Perjalanan hampir 1 jam juga, bas berhenti beberapa kali.
Bas berhenti hantar penumpang di Krabi Town, kemudian baru bergerak ke Aonang. Pemandu bas berhentikan dekat dengan jalan nak masuk ke kawasan hotel,
siap turun dari bas, dan tunjukkan jalan nak masuk ke hotel "this way" kata driver tu. Berbaloi servis naik shuttle bus ni, 150 Baht seorang. Lebih kurang RM 15,16
Tapi kalau anda datang beramai ramai, nak cepat tiba ke destinasi dicadangkan naik van / teksi, kalau nak mencuba naik bas pun tak salah. Satu jam aje jimat pun jimat duit :D
Cantikkan bas ni, kemas pula tu |
Selfie dulu :P |
Tunggu penuh baru gerak ~
Tiket bas ~ |
Check in di Fahsai Hotel Aonang, jam 4.30 pm
Masuk bilik : Mandi, solat jamak, keluar semula untuk jalan jalan sekitar. Info : Harga sewa motor bermula dari 200 Baht, 24 jam.
Jalan jalan sekitar kawasan Aonang dengan motor sewa. Sewa kat mana? Saya sewa dengan hotel yang saya menginap. Heee. Oh ya kena tinggalkan passport tau. Tak tahulah kenapa kena letak passport, ada tanya jugak passport ni copy je tak boleh ke (IN ENGLISH)
Staf hotel tu cakap "No, passport better" -_-"
Suka warna ni, comel. Helmet pun comel je |
Perjalanan bermula. Pertamanya kami pergi ke Family Mart, beli sim kad yang untuk akses internet.
Masuk kat phone suami, sebab phone dia mudah sikit nak buka slot sim kad tu. Nombor dibeli tu dah pun aktif, tapi internet tak dapat guna. Dah cuba on off phone banyak kali, bila on data tak boleh. Kami malas nak pergi ke kedai tu balik sebab staf tu tak pandai bertutur dan tak faham bahasa Inggeris.. Dia diam je, masa beli sim kad tu pun tak ada penerangan diberikan
Malam tu round kawasan Aonang, mencari pakej Island Hopping. Di hotel saya menginap tu, ada mereka tawarkan pakej Island Hopping. Tapi mahal sangat :'(
Island Hopping 4 Island tour : 800 baht berdua. Termasuk makan tengahari, air mineral, buah-buahan.
RESIT : Masa ni kena bagitahu bilik kita nombor berapa, hehe mungkin untuk memudahkan urusan nak panggil andai kita terlambat :) |
Ini hasil cuci mata hari pertama :D
BELANJA DAY 1 :
Selepas jalan-jalan, shopping sikit, cari pakej Island Tour dan kami pergi makan malam di Bangboo Restaurant, Aonang. Makan nasi goreng je dua jenis, air teh ais, fuhh sedap betul teh ais buatan sini.
Tepi jalan je restoran ni ~ |
Senarai Harga makanan |
Nampak kan masjid di belakang, itu lah Masjid Aonang. Cantik ada lampu warna warni :D |
Selingan :
Ada satu kedai cenderahati ni,
adik ni pandai berbahasa Melayu.
Orang Patani. Aishah namanya..
Ramah pulak tu orangnya..
Selepas makan, masih lagi saya tak dapat akses internet yang dibeli, kami
pergi ke kedai cenderahati adik ni lagi sambil tu
minta tolong cik adik comel ni untuk tengokkan masalah tak dapat akses internet tu,sebab tak faham juga nak dail kena faham tulisan Thai..
minta tolong cik adik comel ni untuk tengokkan masalah tak dapat akses internet tu,sebab tak faham juga nak dail kena faham tulisan Thai..
Ya, tepat sangkaanku.. Adik ni bukan saja pandai bercakap, menyenangkan hati malah bersungguh nak bantu. Dia pun cadangkan cuba masuk sim kad dalam phone saya. Sekali lagi melihat kesungguhan adik ni, slot sim kad jenis phone terkini kena buka dengan alat tajam tu kan? ----
Dia ambil jarum, diketuk dengan benda berat dan dapatlah buka slot sim kad phone saya! Haha, Alhamdulilah kejap je pasang dan terus try on data.Terus dapat main internet dah.. Laju data internet di Thailand ni! Sebelum terlupa terima kasih banyak buat adik Aishah membantu kita! :)
Nanti nak tag dia kat Facebooklah, hehe.
Bagus dia ni siap nak friend dengan kita kat alam maya lagi.
Anda kalau pergi ke Krabi ni bolehla singgah kedai ni untuk beli cenderahati
Dia ambil jarum, diketuk dengan benda berat dan dapatlah buka slot sim kad phone saya! Haha, Alhamdulilah kejap je pasang dan terus try on data.Terus dapat main internet dah.. Laju data internet di Thailand ni! Sebelum terlupa terima kasih banyak buat adik Aishah membantu kita! :)
Nanti nak tag dia kat Facebooklah, hehe.
Bagus dia ni siap nak friend dengan kita kat alam maya lagi.
Anda kalau pergi ke Krabi ni bolehla singgah kedai ni untuk beli cenderahati
JALAN JALAN CARI MAKAN : WAJIB CUBA RASA PANCAKE DI KRABI ;)
Ini cuba Pancake Nutella
Yang Krabi punya pancake ni memang terbaik ~
Muka ada senyum, dah perut kenyang suka hati ~ |
Ini pun sedap :D
Chicken Tempura, Shrimp Tempura
Besar juga udang ni, murah pulak tu |
Lepas makan kami pun merempit balik ke hotel. Pastikan anda cam motor anda sewa, tengok nombor plat
sebab motor kat sini macam sama je reka bentuk dan warna hampir sama, haaha
sebab motor kat sini macam sama je reka bentuk dan warna hampir sama, haaha
VIDEO
KLIK pada aturan di Youtube tu pilih 480p untuk lihat video dalam kualiti cantik ~
-- TAMAT AKTIVITI HARI PERTAMA --
DAY 2
Bangun pagi, solat, siapkan diri. Bawa barang yang diperlukan untuk Island Tour : kalau boleh guna beg yang kalis air letak wallet, handphone, kamera semua dalam tu
- Alat untuk kamera (waterproof casing, monopod / tripod)
Bawa tuala kecil, kalau nak bawa baju untuk ditukar masa balik pun boleh. Sebelum pergi Island Tour tu sebaiknya makan pagi dulu sebab nanti akan rasa lapar gila. Macam saya dan suami tak sempat nak makan pagi, hotel kami memang tak disediakan sarapan pagi, jadi alas perut sikit je.. Belum pukul 12 tengahari dah lapar sangat, makanan ringan pun tak bawa.
Kami ambil 4 island tour aje, tu pun rasa dah letih mengantuk hahaha tak boleh bayangkan kalau yang ambil pakej sehingga 7 pulau tu haa, haha :P
First pergi ke Phranang Beach, cantik sangat pantai nii.. Jernih sangat airnya. Selesa nak mandi manda.. Sesuai untuk yang bawa anak kecil. Pulau ke dua, dibawa ke Chicken Island untuk Snorkeling. Layan gambar dibawah
📍 PHRANANG BEACH
Duk dibelakang ni best, tapi bising sikitlah enjin bot ni |
Suka naik bot ni, memang tak terasa mabuk, pening, atau melompat- lompat
(Teringat kenangan naik bot ke Perhentian dengan Kapas, huhu :D
Steady je bot ni, siap boleh main phone tanpa rasa takut tercampak ke apa.
Siap dapat pakej rasa mengantuk lagi sebab tenang sangat.
INFO : Bot ni lagi murah dari naik speedboat.
📍 CHICKEN ISLAND
Di Chicken Island ni untuk snorkeling, ikan banyak sangat kat sini, tapi kami tak turun pun sini dalam sikit lebih 3 meter. Kejap aje kami disini dalam 30 minit :)
suka tengok si comel ni, mata dia warna kelabu kebiruan. Dari Itali -- Mak ayahnya pun cantik sangat. Macam ada iras pelakon Hollywood gitu :D
Seterusnya kami dibawa ke---
Pulau ketiga kami ke Tup Island, makan tengahari disini dan sight seeing. Akhir sekali ke Poda Island. Tak best sangatt pulau last, penuh dengan bot sesak sangat port nak mandi manda pun takde, terhad. Tapi best sini ada jual makanan.
Jangan lupa bawa duit belanja wajib bawa sebab nak bayar National Park fees, nak beli makanan pun senang
Jangan lupa bawa duit belanja wajib bawa sebab nak bayar National Park fees, nak beli makanan pun senang
MAKAN TENGAHARI DI TUP ISLAND ~
Nasi putih dan lauk biasa saja. Tapi lapar kan, makan jelah apa ada 😁 |
Menariknya di Tup Island ni anda boleh melintasi dari Pulau ni ke Pulau depan tu,
cantik juga permandangan kat sini
PULAU TERAKHIR SEBELUM BERGERAK PULANG ---
MENARIKNYA DISINI ADA JUALAN MAKANAN,
JANGAN RISAU. TAPI KALAU AIR MINUMAN DICADANGKAN JANGAN BELI. SEBAB ADA YANG JUAL BERCAMPUR LETAK ARAK SEKALI, WALAU PENIAGA PAKAI TUDUNG. Tapi terpulanglah
Takde rezeki nak habiskan jagung ni -_-" Jadi rezeki si monyet HAHA |
Selepas beberapa minit beli jagung bakar ni, saya tak perasan ada yang sedang memerhatikan saya dan mengekori saya dibelakang. Nasibla tak terkam. Bila sedar je ada monyet kejar saya (sebab tengok makanan saya bawak) terus saya campak kepadanya.
Memang kelakar masa tu 😂
Pelancong yang ada kawasan situ ramai jugak duk gelakkan saya. Dah saya terkejut tengok monyet kejar saya, haha terus campak jela jagung tu. Gambar jagung tersebut sempat saya rakamkan sebelum kejadian, kalau masa tu saya sesaja rakam video dan terjadinya insiden tu kan best, mesti kelakar tengok balik ~ :D
Cheese Pancake, Haihh sedap ni. Teringat pulak T_T |
Semasa perjalanan balik ke Aonang. Hujan renyai renyai di tengah laut. Nasib tak lebat mana.. Betullah kata kakak yang jual pakej tour ni cuaca okay dari pagi - Pukul 2 petang macam tuu je, pukul 3 petang ke atas kurang okay sikit hujan kejap kejap. Mujurlah sempat buat aktiviti.
KLIK pada aturan di Youtube pilih 480P untuk lihat video dalam kualiti cantik ~
Tiba di Aonang, dekat sini ada restroom, dan bilik air nak salin baju pun boleh. Overall suka sangat management tour ni, tour guide yang bawa kami berkebolehan sangat..
Orang Thailand muslim, boleh bercakap banyak bahasa. Bahasa Thai boleh, loghat kelantan (Melayu), makanan pun halal. Ramah diaorang ni. Bagus lah servis mereka. Tak sombong guide ni, siap kami bersembang macam kawan kawan lah, ada pelancong satu bot dengan kami dari Sweeden dia tanya saya. "Thailand language same with Malaysia?" Haha saya jawab sambil gelak je. Saya cakaplah "No, we are not same languages. Different".
"But this guy can talk in Malaysia Language
Terus mak cik dari Sweeden tu rasa macam kagum. Aish suka betul tengok gelagat pelancong ni, mereka memang suka buat kaji selidik, suka dipenuhi ilmu dan pengalaman.
Balik ke hotel, akan ada lori ambil dan hantar ke hotel masing masing. Masa ni rasa sedih la sebab nak berpisah dengan geng geng satu bot ni. Mereka semua peramah, ada yang pelancong dari Itali suami isteri dan anak seorang. Alahai, anak dia comel sangat dan cerdik.
Ada pasangan yang dah tua, jauhnya datang jalan jalan,
Balik ke hotel, akan ada lori ambil dan hantar ke hotel masing masing. Masa ni rasa sedih la sebab nak berpisah dengan geng geng satu bot ni. Mereka semua peramah, ada yang pelancong dari Itali suami isteri dan anak seorang. Alahai, anak dia comel sangat dan cerdik.
Ada pasangan yang dah tua, jauhnya datang jalan jalan,
Kagum mereka cerita tentang penerbangan mereka ke Krabi hampir 11 jam. Kuatnya kudrat walaupun dah tua
Yang lain ada dari Spain, India, China. Masa nak turun kat hotel masing masing semua ucap "byee byee, see you again" Alahh sayu hati macam dah kenal lama je
Sampai je di hotel, mandi rehat solat tertidur keletihan.. Bangun balik dah nak maghrib, lepas maghrib keluar lagi cari makan, malam kedua ni makan di kedai makan Sareefah. Halal food. Sini senang cari yang halal. Tapi kena pandai pilih jugalah.
Sebelum makan malam kami shopping dulu. Beli baju untuk keluarga, beli souvenirs sikit. Aah lupa nak cakap kami jalan kaki je jalan jalan ke arah kawasan Masjid Aonang ni. Hahaha tak jauh mana, ada dalam 300m dari hotel.
Asalnya berjalan kaki nak cari kedai dobi je, sekali tak sedar dah sampai kat kawasan Masjid Aonang
Dah kenyang apa lagi balik ke hotel dengan hati riang.. Tak tidur lagi, duk main internet.. Wifi hotel slow sikit mungkin sebab ramai orang.. Orang kitalah ramai sangatt.. Dah macam bercuti kat Malaysia je. Nasib ada internet sim kad yang dibeli. Boleh tahan laju internet ni siap layan lagu kat youtube lagi. Hehehe
---- TAMAT AKTIVITI HARI KEDUA ---
DAY THREE
Kemas barang, jalan jalan kali terakhir di Aonang Beach. Berjalan kaki dari Aonang ke Hotel lebih 1.3 km (tak sedar jalan jauh, tuktuk ada je boleh naik).
Ya kami jalan kaki sampai ke sini
Hahaa tak sedar pun jalan jauh, duk tengok situasi sekeliling je sambik bersembang tu sedar sedar sampai kat pantai dah ~
Landmark. Krabi. |
Cantikkan permandangan pantai ni rasa macam tengok lukisan 😍 |
Comel ~ |
Di Aonang Krabi ni tak susah kalau duit habis dalam wallet , banyak mesin ATM 😁
Apa? Money changer? Tak payahlah lagi rugi. Saya tukar di Malaysia lebih awal.. Saya dah pergi kebanyakan money changer di Aonang ni, ambil mahal sangat duit kita.
Baik withdraw, cas RM 20 je rasa.
Cuma jangan lupa aktifkan kad bank tu untuk pengeluaran antarabangsa.
Kalau money changer, contoh amaun nak tukar
RM 200 patut dapat 2K baht lebih tapi dia bagi 1.5k baht je. Gituu. Rugi pada sayalah. Suami sayalah yang ajar, saya pun ikutkan tak faham sangat. Tapi masa kami ke Krabi ni, memang duit ringgit kita tengah jatuh teruk jugaklah 😂
Ni awal pagi lagi di Pantai Aonang. Tu sunyi je 😁
Pukul 11 am baru teringat nak makan, kiranya (breakfast + lunch sekaligus) makan nasi kerabu. Sedapp sini. Siap free ulam ulaman. Banyak pulak tu
- Ambil baju di dobi
- Check out Fahsai Hotel
- Bertolak ke Krabi Town naik Tuktuk
- Tuktuk banyak disini, tak susah pun
NAIK TUKTUK
📍 KRABI TOWN
Bebetul centre kot sini. Haha tak tahu sangat pasal bandarnya. Turun ke sini pun pasal nak transit je sebelum balik pagi esoknya
CHECK IN HOTEL
Krabi town, takde apa tarikan sangat kat sini
- Beli souvenirs last untuk keluarga
- Makan mala terus petang itu
- Rasa takut sikit nak jalan area bandar ni kurang pelancong sini
- Kedai makan yang Halal nasib dekat je dengan hotel, sedap pulak tu. Makan nasi goreng seafood, siap tapau satu. Martaba chicken sedap jugak kena cuba kalau datang sini! Harga makanan lebih murah di krabi town ni :
📍 Abdullah Halal Food
Semua sedap, saya bagi 4 bintang |
Kedai makan tadi,
memang dekat dengan kawasan jalan ni
- Balik hotel, rehat.
- Keluar lagi malam tu nak print out boarding pass
- Sekali masa jalan jalan berdekatan hotel jumpa kedai urut ! Harga 250 baht.
Thai Massage, boleh dapat lagi murah sebenarnya..tapi dah malam terakhir, nak sangat rasa urutan orang sini. Alhamdulilah lega. Haha tapi sakit jugak urutan orang Thai ni.. hahaa sakit sangat
- Lepas urut tu diberi minum air herba macam kundur gitu, sedap je siap bagi biskut sekalii.
- Good service.
- Masa sedang mengurut tu, tak reti nak cakap dengan tukang urut tu. Dia tak faham bahasa Inggeris
Dia cakap bahasa dia je. Hahahaha saya ni berapa kali menjeritt, lepas tu tiap kali rasa sakit saya jerit cakap dengan suami. "Abangg sakittttnyaa dia urut"
Hahaa beritahu suruh slowly pun dia tak faham
Last tukang urut tu cakap "sob sob na kap"
Saya jawab : kha kha
Kha = ye. Haha itu jelah saya boleh faham, dengan ucap
Premis kat bandar ni semua tutup awal. Seram jugaklah nak jalan jauh. Bunyi anjing je banyak. Berlari balik ke hotel risau takut kena kejar dengan anjing
- Buat tempahan dan bayaran untuk pengangkutan ke airport esok pagi. Siap tulis pesanan pada nota lagi.
NAH, VIDEO DAY THREE DAY FOUR
KLIK di Youtube tu pilih 480p untuk lihat video dalam kualiti lebih cantik.
DAY FOUR
- Bangun pagi pukul 5.15 am, mandi, solat subuh dan bersiap untuk check out
- 6.20 am turun di lobi check out dan tengok dah ada truck yang bersedia nak hantar orang ke airport.
Sakit hati sikit masa ni, sebab staf meja depan ni tak inform pun kat pemandu ni. Nasiblah ada bukti notis yang ditulis malam tu.. Bertolak ke airport.
Sakit hati sikit masa ni, sebab staf meja depan ni tak inform pun kat pemandu ni. Nasiblah ada bukti notis yang ditulis malam tu.. Bertolak ke airport.
- 6.45 am tiba di airport terus ke kaunter. Boarding pass dah siap print out awal awal sebab takde barcode 2D masa buat check in online.. Nasiblaa boleh print out di hotel
- Shopping last di airport. Habiskan sisa wang Baht sikit lagi, Hehe beli tomyam paste, kekacang.
- 8.30 am To KLIA2.Alhamdulilah, semua urusan dipermudahkan semasa di Krabi. Syukur sangat.
Cantikkan ~
Sebab balik awal pagi, memang tahu akan lapar.
Saya buat tempahan makanan lebih awal, secara online. Sedap sangat Nasi Lemak Pak Naseer.
Selama ni naik kapal terbang tak pernah order makan macam ni, asyik terliur ambil bau je.
Hahaaha kalini kita merasa pulak.
Lain hari rasa menu lain pulak
Rumusan ringkas :
Best tak Krabi ni? Of course best. Mungkin akan ulang lagi datang sini kalau ada tiket murah nanti! Seriuss. Bestlah lagi dari Langkawi. Hahaa Langkawi dah ler kena sewa kereta nak jalan jalan. Rugi. Tapi Krabi tak payah pun, naik je tuktuk, macam macam pengangkutan ada. Murah. Sewa motor pun murah. Makan yang paling best kat Krabi ni. Kalau anda datang sini semua kena rasa makanan Thai ni,
dari pancake, roti roti martaba ke apa tomyam, nasi goreng, minuman pekat macam Teh Ais thailand ni. Woiihh terliur balik bila ingat.. Semua sedap. Cuma aktivitilah mahal sikit, national park saja dah 400 baht seorang RM 40+
Tu yang tak banyak aktiviti kami buat, cuma jalan jalan sendiri je. Hehe nak jimat sebenarnya.
Emerald pool, elephant semua tak pergi pun. Hahaha biarlahh simpan aktiviti ni buat lain kali
Emerald pool, elephant semua tak pergi pun. Hahaha biarlahh simpan aktiviti ni buat lain kali
Maaf lambat. Macam biasa bukan senang nak menghayati penulisan, haha. Berapa kali kena sunting dah ni. Maaf juga kalau bahasa rojak sangat.
Entri lain yang berkaitan:
Entri lain yang berkaitan:
Love,
Husniey