🎈Standard Room
Masa check in di Tune Hotel, Kota Bharu Nov 2016 |
Ni masa di Langkawi menginap di Dewani Villa, boleh klik pada gambar untuk baca entry langkawi 2015 😁 |
- Selalunya muat untuk dua orang
- Diberi 1 katil double (jenis tilam, queen)
- Harga standard room ni bergantung pada jenis hotel.
- Hotel yang 1, 2, 3 star :
Bilik begini selalunya harga bermula
dari RM 80 - RM 150 ke atas satu malam.
dari RM 80 - RM 150 ke atas satu malam.
––––––––––––––––––––––
🎈 Twin Room
- 2 katil single, sesuai untuk orang bujang yang menginap bersama kawan.
- Harga selalunya lebih kurang sama juga dengan standard room
––––––––––––––––––––––
🎈 Triple Room
Sumber : Hotel KT Mutiara
- 3 orang dalam satu bilik.
- Ada 3 katil single atau
1 katil single bersama 1 tilam double.
- Harga akan jadi lebih mahal sikit dari rate standard room.
Yelah, sebab banyak katil kan.
Lingkungan RM 150 ke atas 😁
––––––––––––––––––––
🎈 Quads Sharing
Sumber credit : Viewhotels.co.jp |
- 4 orang menginap dalam satu bilik.
- Ada 2 katil double, atau
1 katil single dan 1 katil double.
- Sesuai untuk keluarga anak ramai 😊
––––––––––––––––––––
🎈 Backpackers Hostel
Sumber : Hostelworld |
- Dipanggil hostel, bilik ini selalunya ada katil double decker. Macam duduk asrama.
Duduk bercampur. Tapi ada juga pihak hotel asing mengikut jantina.
Kadar harga? Tentu saja lebih murah nilainya. RM 20 - 50 satu malam,
Sebab kurang selesa kan.
Bilik ni sesuai untuk orang bujang yang travel dengan kawan kawan sama jantina. Dan selalunya bilik macam ni sedia maklum tandas kena berkongsi dengan pengguna yang menginap di hotel tu juga 😊
Tapi jangan terlalu underestimate, kalau pandai cari, yang jenis ni boleh jadi lebih cantik, murah, dan menarik dari hotel 3 bintang. Hihi 😁
–––––––––––––––––––
Jenis bilik jadi lebih mahal, jika ada permandangan cantik:
❤ Bilik Permandangan Pantai / Pulau :
Contoh destinasi : kepulauan Maldives, Pulau - Pulau dalam Malaysia.
Sumber : Ayada Maldives
Laguna Redang, di Pulau Redang pun cantik 😍
(Resort begini selalunya kadar harga satu malam RM 300+ ke atas, yang di Ayada Maldives tu tak silap 1760$ Dollar usd,
Haha pergilah try convert ke Ringgit Malaysia😁
❤ Bilik Permandangan Taman :
Sumber : Conradbali.com
❤ Bilik Permandangan Kolam atau Permandangan Bandaraya :
Baca entry saya menginap di airbnb di Apartment Penang Times Square :
- - - - - - - - -
Jika menginap di Pulau yang jauh dari darat dan bandar, selalunya mahal sikit harganya.
Jika menginap di Pulau yang jauh dari darat dan bandar, selalunya mahal sikit harganya.
Sedia maklum sajalah kos pembinaan resort agak tinggi.
Paling mahal yang saya pernah menginap
RM 275 satu malam, di Arwana Perhentian. Include buffet breakfast dua orang. Cantiklah ada kolam, view lawa juga..
Kalau pergi dengan kawan seramai 4-5 orang, atau keluarga besar 1 bilik, boleh dibahagikan dan jimat juga perbelanjaan
Baca entry : Perhentian2016
- Hotel Policies -
Hotel mana mana pun memang akan bagi percuma pada bayi berumur bawah 3 tahun. 11 tahun ke atas dikira dewasa.
Jadi kalau kanak - kanak kena cas sebab nak extra tilam tu, jangan rasa pelik pulak tau. Memang policy macam tu mana mana hotel 😂
Okay just sharing 😁
Selalunya bajet untuk hotel semasa travel, bergantung keadaan poket yang ada masa tu, hahaa
Selalunya RM 100 macam tu je satu malam. Ada dua kali macam tu je terpaksa pilih menginap di hotel agak pricey sebab kurang pilihan lain. Gituu.
Apa pun, kalau korang mampu untuk bermalam di hotel yang mewah tak salah sesekali merasa bawa orang yang tersayang❤
Banyak lagi yang nak dikongsi, tapi macam panjang dah entry ni jadi sampai sini sajalah.
Kalau ada pengalaman menarik semasa menginap di mana mana hotel, ceritalah kat ruangan komen! 😉
Daaaa, thanks for reading!❤
0 comments
Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.