Trip Singapore - Batam part 2 ☆

-Assalamualaikum, okay jom kita sambung cerita susulan dari last entry  Trip Singapore - Batam Part 1,   klik lama untuk baca part 1 ๐Ÿ‘† ...

-Assalamualaikum, okay jom kita sambung cerita susulan dari last entry Trip Singapore - Batam Part 1, 
klik lama untuk baca part 1 ๐Ÿ‘†


Masa di Harbour Front, Sg sebelum bertolak ke Batam aku rasa nak guna tandas setelah seharian berjalan,
 Tandas di SG sangat bersih, tapi harap maklum tak ada paip air ๐Ÿ˜‚ - Sebelum terlupa, di masjid sultan tandas ada paip air untuk mencuci najis. Sangat bersih dan kering je tandas masjid. Siap dalam tandas tu kat lantai boleh letak beg.
Masa di Harbour front tu kebetulan ada botol air mineral yang dah habis diminum bolehlah jadikan alternatif buat cebok. Haha mana selesa kalau tak basuh bersih ๐Ÿ˜‚  
.
.
Proceed. Batam, 12 Oktober. 
Pagi tu, breakfast di hotel. Sedap sangat buffet breakfast simple aje, tapi kena dengan tekak. Sehinggakan tak rasa lapar langsung tengahari-malam. huhu


24 JAM selepas tu baru kami makan pulak, haha tak tahu lah kenapa bila jalan jalan macam ni, kurang sikit selera makan. Serius tak rasa lapar, mungkin asyik minum air je. Sengaja check out lewat, dan lepas tu baru mula jalan jalan - Haa masa kat hotel tu, sempatlah buka tv tengok cerita kartun upin ipin yang turut famous di Batam ni, haha aku ni tergelak dan rasa comel sangat tonton cerita tu subtitles dalam bahasa indonesia ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚



: Haha comel kan subtitles tu ๐Ÿ˜ :
.

Pukul 1pm check out, masa check out tu staff reception hotel terus tanya "mbak mahu free shuttle ke terminal feri ngak? Ya, mahu jawabku ringkas. Tapi cuma minta dihantar dekat Masjid Raya je, (sehala dan dekat je dari hotel tak sampai 5 minit supir hotel tu drive) - - -Walaupun free shuttle tapi aku beri juga upah sikit kat supir tu..
Then sampai di Masjid memang dah masuk waktu, solat zohor. Bergambar kejap, sekaligus singgah solat dalam 30 minit jugak kot kami kat situ.


- Masjid Raya Batam -

masa dalam perjalanan kami ke Masjid tu. Hee 


Masa aku siap solat aku ingat suami aku dah siap juga, haha rupanya dia tunggu aku dulu siap sebab bahaya takde orang nak tengok beg katanya. Then aku pun jagalah backpack masa suami pergi solat, memang masa suami duk tunggu aku tu ada orang datang bersembang dengan dia, eh lepas tu dia sambung bersembang dengan aku pulak. Aku syak dia ada niat kurang baik, sebab aku baru je duduk situ dah bercerita banyak benda..cerita yang dia kena buang kerja, bos tak bayar gaji lah. Memang pandailah dia buat ayat nak kita kesian, tapi alhamdulilah mungkin baru lepas solat kan. Jadi Allah bantu..lindungi..paling aku perasan, bila dia beritahu dah duduk kat masjid ni 4 hari, duit makan minum pun selalunya orang yang datang masjid ni bagi sedekah. Weii aku terus tersedar dan hati buat kental, tak mahu percaya..tak boleh jadi ni bila dia dah mention gitu, aku terus macam cecepat angkat beg berat suami tu, beralih tempat dan berharap suami cepatlah siap solat. 
.
nah belanja view area Masjid Raya ni :


- Ni view dari masjid, roof top-

- Dalam masjid -




- Luar masjid -

haa tu je cerita di masjid tuu. Dah la tak ramai sangat orang masa tu. Risau jugak.. Memang aku tak percaya dah depa ni, sebab dah pernah alami sendiri pengalaman memandangkan dah 3 negeri indonesia aku pergi.. huhu agak seriklah dengan orang dia.. tapi jakarta bandung lagi teruk aih, mentaliti orang sana memang macam tuu.. tapi cuma bagi aku batam ni macam okay sikit, tak scary sangat nak jalan jalan, macam penduduk situ kebanyakannya nampak sikap dan minda lebih terbuka..dan tak nampak desperate sangat dalam cari rezeki tu. Maju pulak tu, maybe kesan kemajuan singapore kot, yelah dekat je kan. hihi ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ 

sebab apa aku cakap kesan kemajuan sg pun dibawa ke batam, sebabnya mall banyak sini, kebersihan okay sikitla. Then tandas kat mall batam ni sama macam sg, takde paip air ! hahaha sabar jelahh ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ 
.

okayy dah jauh melalut tu. Dari Masjid Raya kami jalan kaki ke Mega Mall. Melintas jalan utama situ, kami shortcut jalan kaki lalu masuk ke pejabat kerajaan apa entah. Dalam 10min jugak jalan kaki.. macam biasa kami memang tak bosan bila berjalan berdua macam ni, sambil jalan sambil capture all moments together,
.






kereta ni macam kereta axia je. haha

Masuk je dalam Mega Mall kami beli souvenirs (kerepek, kek lapis, fridge magnet.),
- Selepas shopping souvenirs.. pergi sejukkan tekak dulu sebelum ke bangunan terminal feri.




 kami masuk pelbagai kedai yang nampak jual souvenirs. hehe kek kat sana sangat menyelerakan di pandangan mata aku. Ada brownies, ada cheese cake, kek lapis ada. Puas pusing nak beli kek tu. Ada yang murah, tapi risau gak beli besar kang tak sedap menyesal. Huhu kami beli yang cheese jelah. Sedap, siap ada tester boleh merasa, tu yang terus beli.
.




pelbagai kek cheese, kek lapis. 

-Beli kerepek-

-'Sampai Jumpa' katanya kat papan atas tu. Huhu
.
.

Masa dah rasa ready nak balik tu, nak beli tiket feri tapi tak cukup ongkos rupiah! Hahaha tiket feri ni mahal sikit. Aku rasa tak berapa berbaloi sebenarnya, tapi nak buat macam mana gatal kaki, nak jugak datang sini. Better beli tiket feri langkawi lagi lah, murah sikit. Haha ni padahal sehala je dah dekat RM 70 kita per pax. Bukan jauh pun menyeberang sejam je. Haha sabar jelah. Maybe sebab cross border kot. 
Tapi tak kiralah, aku nak cakap mahal jugak..tiket flight KT-KL pun tak sampai RM 50 sehala. Hahaha
okay lah maybe jugak sebab kos terminal feri yang mahal ๐Ÿ˜‚
.
.
Duit rupiah ni matawang murah, tapi rumit sikit sebutan dia 'besar',
main ratus ribu juta ni, haha cepat jugak habis. Belanja makan / shopping tak banyak pun hangus, cuma nak beli tiket feri tu haish tak cukup pula. Kena tukar lagi RM, nasib ada money changer dekat terminal feri tu.





Tiket feri sehala : Majestic Ferry 270k Rp = RM 70+ kita seorang. Kalau naik feri batam fast lagi mahal tak pasti lah kenapa. Tapi feri kami naik ni Majestic ferry ni puas hati dah la bau baru lagi. Cantik, aircond sejuk, ada toilet bersih + yang penting selesa toilet tu ada paip air. Hehee. Ada tv, siap pasang movie. Memang nampak baru, moden ๐Ÿ˜˜




Dalam feri.. selesa sangat.. cantik!


.
.
Alhamdulilah tiba di SG dah lewat petang, turun di Harbour Front, SG. Haa masa dari batam tu, kena isi form (macam izin masuk tu, kami punya borang staf kaunter feri dah setelkan masa disana). Siap tolong taipkan nama kami, passport number dengan tulisan berkomputer lagi..Ngee tak ingat nak snap ๐Ÿ˜Š
.

Kiranya kami laki bini ni, 2x masuk SG lah. Masa di kaunter imigresen ingat dah setel, rupanya ada lagi urusan, kena panggil check barang semua. (bukan kastam) aku duk perhati je kat uniform mereka, rupanya narkotik bahagian check dadah.. Singapore bab kes dadah memang sangat dipandang berat tau.. Kalau kau bawak dadah, takde kompromi..digantung teruh.. 
.
Bagus, ramah mesra aku perhatikan kakitangan kerajaan di SG.. Mula dari day 1 masa tiba di airport, imigresen situ siap bergurau lagi.. sebab sebelum tu encik suami sembang dengan pegawai imig tu dia terkejut cakap melayu, (maybe muka macam chinese tu sebab suami aku terkejut) lepas tu giliran aku pergi kat pegawai imig yang sama dia bagitahu kat aku sambil berseloroh, sini takde masalah..kita boleh cakap macam macam bahasa..
melayu english.. siap gurau lagi. heee - 
senyum je muka, aku rasa very nice welcoming! Dah lah handsome muka ala keith foo. Ingat chinese, rupanya melayu tak sombong pun. Hahaha okay sorry gatal jap. Maaf suamiku. 

 ( ˘ ³˘)♥



masa dalam feri perjalanan balik ke SG



 :

--- From Harbourfront to Stesen Bugis -- then jalan kaki ke area Masjid Sultan..(sebab ni area terdekat kami turun untuk ke Golden Mile Complex untuk naik bas balik ke KL

Video masa beli tiket MRT ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Ada tanya anak muda lelaki kat area masjid, kami tanya direction nak ke Golden Mile complex , aku kagum betul dengan mereka. Aku dan suami dengar mereka bersembang kat depan masjid guna fully english.. Haa nanti aku sambung kat cerita bawah. Masa aku kat dalam tandas pun ada juga terserempak local mereka anak muda remaja perempuan, duk borak kencang.. pun..mereka juga guna full english. Huhu ๐Ÿ˜‚

 (nanti akan sambung lagi cerita ni kat bawah sebab ada point yang berkaitan ) hahaha
.
.

Kami jalan area Arab street meriah jugak malam, ada restoran kat area situ, banyak yang buka dan staff-staff tiap restoran tu sapa mesra dan ajak makan, sambil bagitahu menu yang ada. Nanti tengok kat video di hujung post ni neh (^~^)
.
.

Next kami lalu area kampung glam cafe, teringin nak makan tapi penuh orang kat restoran tu takde kosong pun meja - decide nak shopping sikit je lagi di area arab street tu..murah juga situ, beli bantal neck tu : 2.90sgd je tak sampai RM 10 pun kalau convert, ha kau habis semua benda nak convert kan! Hahaha haruslah senang nak kira kira --







Bantal 2.90 sgd ๐Ÿ˜‰
.

 Sambung berjalan kaki ke golden mile complex, dalam 10 min + jalan kaki - Melalui kaki lima ada pelbagai bangunan,
pelik bila rasa sunyi sepi je, dah tu bersih sangat kat celah lorong lorong, bersih dan selamat.. jenayah pun macam kurang sini.
Masa tu terlintas di fikiran eh takde kucing ke anjing kat sini..ni kalau kat tempat kita laluan macam ni rasa seram betul, tak anjing / kucing takut ada orang jahat pencuri ke dari celah mana. Haa memang serius masa tu baru perasan kat kedai makan area situ pun tak nampak kucing berkeliaran. Rupanya terjawab persoalan aku, memang tak dibenarkan bela haiwan di negara mereka. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Tak tahu nak gelak ke nak kagum, tapi kesian pun ada juga, rasa macam.. wow uniknya. (◍•แด—•◍) 

: Nah, ni yang aku
 terbaca BELAKANG FRIDGE MAGNET aku beli hehe 


- Singapore is a Fine City - ๐Ÿ˜Š
.

Proceed cerita,

 Masa di Golden Mile tu, dah nak beli tiket bas.. check duit tak cukup beberapa keping je lagi 50dollar ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ
haha dahlah bas masa tu dah ada dekat luar bangunan golden mile tu, boleh terus naik dah kata orang kaunter situ. Tapi sayang..masa tu (bas StarMart, 18dollar, paling murah bas ni kot)
Kami ingat boleh la guna mastercard sebab nampak ada mesin tu kat office kaunter tiket bas tu..tapi mereka tak terima. hmm memang nak tak nak cari atm / money changer. Money changer pun takde area situ ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ
.

Penat duk sembang nak tanya benda penting kat kaunter tiket bas tu. Mereka semua chinese, dan fully english speaking with us. Haha aku ni dan suami tak reti laju sangat sembang dalam english, satu persatu aturkan ayat, fuh dahsyat jugalah nak menjayakan 2 way communications. Haha. Bukannya tak pandai, faham je apa mereka cakap, tapi bila nak balas laju tu ada jarak masa beberapa minit untuk fikir ayat nak balas. hahaha yelah tak biasa kan ๐Ÿ˜
.
Lidah orang terengganu macam kami ni kerah ketung weh. Haha tapi at the end terpaksalah hentam aje broken english. Tapi best juga kalau ingat balik, sebab mereka tak gelakkan pun kalau kita salah grammar ke, dia tak rasa kelakar pun tengok kita bersusah payah aturkan ayat..so tak rasa malu langsung. Memang kalau kalian nak improve english elok sangatlah jalan jalan kat SG ni..sembang dengan orang muda melayu mereka. Cuba tanya direction.

Memang bagus mereka ni, speaking english like American. 'Cair di bibir' kata orang kita. Educated jauh beza dengan anak muda kita.. Lebih 3-4x jumpa, sama-sama mereka kawan rapat pun sembang lebat pun guna fully english. Kagum weh.. Muka pulak takde riak berlagak pun masa kita tanya dia jawab guna english, walaupun aku tanya dalam bahasa melayu, haha. Dia macam try hard nak explain balik dalam bahasa melayu. Hahaa comel je dengan sikap yang cuba membantu. Haa ni merujuk cerita kat masjid sultan kat atas tadi.
♥(✿ฺ´∀`✿ฺ)๏พ‰
 Nak buat macam mana, mereka sedang martabatkan dan mantapkan ilmu tu. Bukan nak menunjuk pun. Hohoo ๐Ÿ˜๐Ÿ˜ 
.

-Kami jalan kaki lintas jalan naik jejantas suami pergi ke mesin atm keluarkan duit dollar, di bank ocbc.  Mujurlah memang dah aktif pengeluaran international sehari sebelum trip ni - Beli tiket kat kaunter bas lain pula, sebab bas tadi tu pukul 11pm next. Lambat kot nak tunggu. Kali ni kami beli di kaunter lain, 
Bas konsortium 25sgd per person. Mahal sikit. Tapi masa tak payah tunggu lama.
 9.30 pm bas bergerak. Alhamdulilah lega dah beli tiket bas. Penat dah kaki masa tu.

 ๐Ÿ˜จ๐Ÿ˜จ



bas kami naik yang merah ke belakang sikit ๐Ÿ˜Š

Bas gerak tepat 9.30pm, SG-KL. 
Bas berhenti di Jurong ambik penumpang, kemudian berhenti di Tuas checkpoint. Semua kena turun cop passport di imigresen SG, next berhenti pula masa dah masuk kat Malaysia, kat johor dah. Sekejap je berhenti cop passport dan check barang semua total masa dalam 15 minit gitu. Mungkin masa tu dah malam kot, tak sibuk. Masa di Imigresen ni memang terpampang besar tak boleh tangkap gambar k. Aku rasa mana mana kaunter imigresen memang dilarang kat negara kita sendiri pun tak boleh tangkap gambar☺
.

- Sampai TBS KL jam 2.30am, rehat dan mandi terus bila tiba di tbs. Subuh je terus ke surau.. 

Pagi, 13 oktober tu kami breakfast kat restoran Nasi Kandar Tbs. Fuhh ni baru kami makan, selepas 24 jam. Sedar tak sedar 24 jam tak makan.. Last makan pagi kat hotel di batam..hahaha Minum air mineral je banyak..makan coklat. hee. Rasa letih lebih dari lapar tu yang bas berhenti pun tak turun..

Masa makan pagi di TBS 



Ada rainbow masa kami makan, ni rainbow yang indah ;

sangat jelas kelihatan 


masa tunggu bas di TBS - KLIA 2

Beli tiket bas dari TBS- KLIA2, 
RM 10 je seorang. 1 jam perjalanan
Bas pukul 11am
Tiba di airport kami jalan jalan, terus check in flight kat mesin self check in tu. Print out boarding pass. Jalan jalan beli coklat lah, haa ada ni sekor lembu yang comel kat dalam kedai. Then masuk je waktu zohor, bagus betul pengurusan klia2 ni, siap announcement akan masuk waktu solat, then tutup lagu lagu yang dimainkan(^_^)



lembu comel dalam sebuah kedai, di klia2

video lembu comel ๐Ÿ˜



Perlepasan dalam Negeri ๐Ÿ˜Š
.
.
 Masuk ke gate perlepasan dalam negeri jam 2pm lebih, lepas dah siap solat kat surau. Flight delay kat 1 jam gak. 4.30pm baru gerak. Patutnya pukul 3.45pm. Ada masalah teknikal. 



tandas comel di KLIA 2

Gate jauh jugak masa flight balik ke KT ni, huhu. Hujung sekali. Jenuh kena berjalan ๐Ÿ˜

Nasib lah smooth je flight aler balik. Macam biasa kali ni tak beli juga seat..seat pun bersebelah jugak.. Tapi terpisah jarak sikit je. Aku seat 15C, suami 15D haa tapi still mengadap, cuma dipisahkan laluan tengah je. siap order makanan, hahaa kami order
karipap dan nachos macam kerepek tu cicah sos spaghetti makan sama sama dalam flight.. Lapar jugak masa tu.. Karipap 3 Biji : RM 5. Nacho's tu RM 10 rasanya. Sedapp lah makan petang kudap-kudapan di petang hari dalam flight pulak kan sambil lihat permandangan di atas awan. Wahh rinduu moment tu! 

 ( ˘ ³˘)♥
( ˘ ³˘)♥

: Flight selamat tiba di Kuala Terengganu :




BAJET PERJALANAN TRIP KT-KL-SG- BATAM-SG-KL-KT ๐Ÿ™ˆ
Nah rujuk gambar terus ya.


- Tambang flight, tambang pengangkutan seperti MRT, tiket bas. Total day 1, and day 2 in Singapore.



- Details belanja di Batam- 





Ni je yang kami shopping, tak banyak pun. ๐Ÿ˜



Rumusan : 
Pengurusan masa travel kali ini tip top, semua berjalan lancar seperti dirancangkan, takde lambat bergerak ke.. sistem pengangkutan di Singapore sangat laju tepat pada masa..kami tiba je di stesen memang tak lama pun tunggu terus bergerak MRT.. 
yang rasa tak berbaloi cuma pengangkutan feri je yang mahal..huhu. Maybe surcharge untuk terminal tu yang mahal. Tapi takpelah kalau tak pergi tak tahu kan, memang dari awal aku dah survey berapa bajet tiket ni kat website feri..jadi taklah terkejut mana.. memang mata wang kita yang rendah sebenarnya tu yang rasa mahal..huhi. 


-- Untuk pengetahuan, dekat tempat public susah wifi di SG mahu pun Batam, kat hotel baru lah dapat online ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ -- sediakan tisu dan botol mineral nak membuang senang - 
Duit kecil kena sediakan kalau nak naik MRT..tukar di kaunter stesen yang ada..
.

 Singapore besttttt nanti nak repeatt lagii banyak lagi tempat nakk pergi.. cuma jadual kami silapp buat pergi batam. kahkahh konon nak lari dari tidur hotel di singapore yang mahal, padahal ke batam gatal nak cop passport. hahaha. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

- Yang penting apa pun yang musykil, cecepat tanya orang awam. Jangan takut. Tanya je. Nanti tak tanya sesat pulak. Maaf kalau gambar tak banyak untuk dirujuk, sebenarnya aku takut nak tangkap gambar banyak kat sg. haha
 Jadi ada gambar yang penting takde untuk diberi rujukan. Maaf sangat. Aku hanya mampu simpan memori tu dalam kepala aku jelah. ๐Ÿ˜‚

Contoh dalam MRT, area station MRT kalau tak silap aku ade terbaca tak boleh sembarangan snap gambar, dan dalam MRT mereka siap ada polis kot jaga, siap ronda ronda lagi tengok kita buat apa masa dalam train tu, huhu. Ingat aku tak teruja ke dengan kemajuan mereka, mestilah rasa nak share tapi tak semua tempat boleh ambik gambar. Haha pastu ade jugak part aku lupa atau penat tu yang tertangkap apa pun gambar. Takpelah janji kenangan, pengalaman serta ilmu banyak yang dipelajari semasa kami berada di sana!
.
. ni trip yang paling best dan paling berjaya bagi kami, sempoi je. Sebenarnya kalau perasan memang tak banyak tempat kami pergi lawati, huhu tu semua bukan kekangan masa tau, tapi sengaja aku tinggalkan. Nanti nak datang lagi ! yeayyy insyaAllah ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

lagi pun dekat, by bus boleh dari johor..by flight pun boleh. Tempat menarik pun banyak. Kalau kalian nak tidur di johor pun boleh..Carilah hotel dekat dengan terminal bas di johor tu. Hihi okay baii terimalah video dah siap edit 

Di SG dan Batam. 

Thanks for reading, macam biasa ada kekurangan akan diedit balik. Bukan senang nak siapkan post ni ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ™ˆ

Video rumusan ke Singapore ๐ŸŒธ



Video rumusan ke Batam, Indonesia ๐ŸŒธ




You Might Also Like

0 comments