Ramadhan 1437H ✿

Assalamualaikum semua, Berdebu sudah blog ni. Hee Apa khabar, guane ramadan kali ni. Bereh dok? Tudia campur sekali loghat teranung....

Assalamualaikum semua,
Berdebu sudah blog ni. Hee
Apa khabar, guane ramadan kali ni. Bereh dok?
Tudia campur sekali loghat teranung. Hihi :P

Ni entry saja je nak buat kenangan sempena ramadhan kali ni, mana tahu ni je kenangan terbaik pernah ada. Suka fikir gitu sejak dua menjak ni, yelah hidup kita kan bukannya lama mana. Jadi manalah tahu ni jelah antara kenangan terbaik yang pernah aku ada untuk dikenangi suatu hari nanti. 

Tahun ni merupakan tahun ke 3 berpuasa bersama suami. SubhanaAllah kejapnya masa kan. Dah 2 tahun lebih kahwin :')

--------

Pejam celik laju sungguh rasa ramadhan tahun ni.. Kejap aje harini dah masuk 29 ramadhan. Moga kita diampuni segala dosa.. Dikabulkan segala doa..semoga kebaikan yang dilakukan dalam bulan ni dapat diteruskan lagi dalam bulan seterusnya :))


Jangan biarkan Ramadhan berlalu tanpa meninggalkan bekas di hati kita :')



Ramadhan kali ni, banyak sungguh rezeki datang. Memang banyak. Tetap syukur..dari segi makan minum, dari segi kewangan. Alhamdulilah.. Allah banyak mudahkan kami berdua. Kadang terharu, diri ni terasa banyak kurang..tapi Allah beri sangat banyak nikmat.. Allah 〒_〒

------
Panjangnya mukadimmah, sebenarnya tak tau nak share apa. Rasa macam nak share menu menu masakan 1 bulan puasa ni. Heee tahun ni nekad tak nak keluar sangat pergi bazaar.. Ada 3x macam tu je pergi. Bahaya eh kalau aku pergi jugak, duit bajet RM 10 je kejap lagi bila aku keluar ikut suami ke bazaar, 
habis RM 20+ T_T


Apa yang penting masak sendiri lagi lah puas hati walaupun lauk aku macam biasa, memang simple je konsepnya.. Trademark aku masak yang mudah aje. Hehe -_-"


Bagus jugakkan kelebihan bulan puasa ni, rasa rajin je nak masak selalu..mungkin sebab kita selalunya cenderung terliur nak makan sedap kan, masak sendiri jelah pilihan aku. Kalau beli luar rasa tak puas, dan selalunya tak berbaloi. Lagi pun kebanyakan makanan, minuman banyak yang naik harga aku tengok kat bazaar tuu.. Serammm tauu.. 

-----------

Satu lagi, sebab pernah 2 kali aku beli lauk di bazaar. Rasa pelik semacam je, dan perut rasa tak best, cirit birit. Lauk pun macam terbiar je. Sejak kena macam tu dah tak lalu nak beli lauk. Malas atau takde mood memasak macam mana pun haruslah aku masak jugak, yang penting ada lauk pedas. Fuhh, baru menyelerakan :')





Ni baru 15 keping je rasa ada. Ada yang tak snap. Ada juga masak simple sangat malas nak snap. Huhu. Banyak lauk pedas je. Heeee tulah aku. Suka pedasss baru selera makan :D
.

Sila klik di gambar untuk lihat lebih jelas 

------------

Tiapkali suami balik kerja, memang ada saja rezeki. Bos dia bagi beras, bagi kurma, orang kat pasar payang bagi keropok lah. Banyakkk pulak tu mereka bagi. Tuan rumah yang kami sewa ni bagi minuman yang dia jual lah. Orang beri udang galoh la. Macam macam ada.. 

Bermacam bentuk rezeki dapat dirasai. Baik hati betul orang kita ni, sangat pemurah..apa lagi bila tiba bulan ni semua pakat memburu pahala besar bulan ni. SubhanaAllah.

----------
Dan aku yakin satu hal lagi, mungkin semua ni kerana berkat praktik 'tak perlu takut memberi'.. Kami tanam dalam fikiran, what you give Allah bagi lebih lagi. Setakat ni memang takde rasa tersepit..kadang kalau ada masalah bab kewangan pun kejap saja.. Mesti ada jalan keluar..benarlah, nak rezeki lancar..selalulah bersedekah :') 

Masuk masjid mana mana pun, selalunya akan ingatkan antara satu sama lain untuk bersedekah..kadang tu pernah terlupa, mesti rasa ralat. Yang rasa ralat ni selalunya masjid yang singgah untuk solat dalam perjalanan.

Kadang tu suami sendiri selalu beri dan ingatkan, "nah sayang letak kat masjid nanti.." Aku ni jenis kalau ke masjid ke apa, jarang bawak handphone, jadi handbag semua tinggal kat rumah. Tu yang selalunya suami lah hulur dan ingatkan masa dalam perjalanan.
 Kadang bukan banyak pun letak, sikit sikit je. Tapi kena berterusan ingatkan diri 
( ´▽` )

Sebab fikir, kita guna kemudahan masjid tu. Kipas lah, air lah. Kalau masjid yang siap buat moreh atau buka puasa, pleasee letaklah sedikit sumbangan ikhlas.. Yelah logiknya manalah masjid nak cari banyak duit kan untuk buat majlis. Mestilah duit yang kita dermakan? Jadi ringan-ringankan tangan memberi..dan sama samalah kita lihat keajaiban dalam memberi bersedekah.. :)

---

Ni picture masjid yang kami pergi, ni masjid kat bandar kuala terengganu dekat dengan istana maziah. Orang teranung panggil masjid putih. Nama dia Masjid Abidin. Dah tua masjid ni, kalau tak silap dari tahun 1793 :)




Suka tengok tiang tiang dalam masjid ni. Cantik. Rasa terpegun, pastu berangan macam dah kat masjid Nabawi atau Masjidil Haram. SubnaAllah tenang sungguh, baru membayangkan belum lagi sampai sana tu

 (⊙o⊙)




Ni masa moreh, lepas qiam. Ramai jugak jemaah yang datang..






Bukan setakat cantik, malah masjid ni makmur seringkali ramai orang, banyak program tak kira bulan apa pun :)

Okay rasanya itu saja untuk kali ini.
Tiap yang tertulis di atas ni hanyalah sekadar berkongsi cerita. Tiada niat untuk berbangga mahu pun untuk dipuji. 
Tidak sama sekali ^_^

Hanyalah sekadar minat aku yang suka menulis, kita tak tahu apa yang kita tulis ni akan mengetuk pintu hati manusia untuk berbuat kebaikan. 

Kan pahala tu. Heeee

Niat kita biarlah manusia salah tafsir, tapi Allah Maha Tahu. Ye tak? Haa so tak payah ambil kerja Allah dengan menilai perbuatan baik orang lain. Jangan diremehkan okay.. Ok bai. 

Thank you for reading this entry!

Assalamualaikum =)

You Might Also Like

0 comments