5/19/2016 05:36:00 pm
Tips Penting ke Medan :D
5/19/2016 05:36:00 pmAssalamualaikum, and Hi. Apa khabar kalian. Harap sihat, bahagia selalu. Baru baru ni kami baru je ke Medan. Tahu tak Medan ni di m...
Assalamualaikum, and Hi. Apa khabar kalian. Harap sihat, bahagia selalu. Baru baru ni kami baru je ke Medan.
Tahu tak Medan ni di mana letaknya? Di indonesia, belah Sumatera Utara. Bersebelahan dengan Medan ialah negeri Acheh :')
Niat pada mulanya nak cerita apa yang kami buat dekat sana. Jalan jalan di mana. Tapi bila fikir fikir, takpelah tulis apa yang penting sahaja okay kot. Hehe
.
Tips tips penting ;
1. Sediakan wang rupiah yang kecil. Wang rupiah yang telah kalian tukar dari Malaysia tu, disana nanti singgahla ke kedai macam Alfa Mart atau Indo Mart. Kalau di tempat kita tu kedai serbaneka macam 7E la.. Beli lah air ke coklat ke. Nanti dapat duit kecil, simpan nak guna senang..
Sebabnya disana nanti, banyak kegunaannya.. Contoh ; bagi budak pengamen (penyanyi jalanan), bagi tips tuk apa saja bantuan, semasa di Masjid Raya. Kalau singgah solat disitu, kasut kena bayar kalau letak di tempat orang jaga tuu.. Simpan yang 2k rupiah tu dah okay.. Hehe ;D
2. Tips kedua, bagi yang jarang jalan jauh naik kereta, dikhuatiri loya atau pening.. Silalah bawa minyak angin, sebabnya jalan disana agak bersimpang siur.. Jalan belah perkampungan tu biasanya berliku, kalau sekejap je takpe.. Ni kalau yang jalan nak ke Parapat Danau Toba, kemain berliku dan lama.. Huhu
sediakan plastik kecik jugak, kot nak termuntah ke apa. Haha. Nasiblah kami tak muntah, walaupun rasa nak muntah dan pening :)
3. Di Berastagi sejuk sangat, kalau rasa perlu bawa lah baju sejuk. Tapi kalau tak bawa pun okay. Cuma bawa baju lengan panjang untuk tidur malam..
Kabus menandakan suhu sejuk di sini :D |
.
4. Bawa bekal coklat-coklat, atau makanan ringan, air. Bolehla jamu dalam kereta kalau tak nak bosan. Tapi pada saya tak bosan pun, permandangan menarik disepanjang perjalanan tu. Macam macam kecantikan alam, keunikan budaya boleh jumpa..jadi limitkan waktu tidur dalam perjalanan. Rugi kalau tak tengok.. Hahaha
Masa jalan jeng. Boleh tengok gelagat orang sana. Hehe |
5. Travel adapter jangan lupa. Extension plug sekali (mesti banyak benda nak cas kan, yang jenis kecik je dahla) Haha
6. Duit kalau boleh, jangan tukar semua.. Nak senang, aktifkan atm card tuk international punya pengeluaran..(VISA Plus) senang. Dekat sana nanti just cari atm, dan withdraw. Lagi jimat dari ke money changer.. Sana ada bank maybank dan cimb.. Kalau kita guna maybank jumpa atm maybank bolehla guna disana.. Tidak ada cas dikenakan.. Tapi kalau contohla, tak jumpa maybank punya atm.. Guna cimb pun boleh.. Tapi ada cas sikit kalau kita dari kad maybank.. :')
------ lagi apa ya nak bagitahu -----
7. Tips penting lagi. Kenali duit rupiah berapa nilainya. Contoh 100k rupiah =
RM 30 kita.. Bergantung pada currency rate. Belajar lah pasal duit dia, sampai faham. Takut tak sedar masa beli belah kena tipu. Ingat murah, haa sekali mahal. Gara-gara tak faham kan.. Hahaa
8. Kalau rasa duit tak banyak mana untuk shopping. Jangan shopping di Pulau Samosir.. Please.. Sebabnya mahal sangat disana, kalau nak sangat untuk buat kenangan. Beli satu dua sahaja, dan benda kecil yang dijamin murah aje. Jangan tawar menawar kalau tak nak beli. Jangan mudah percaya kalau peniaga cakap ini murah, mari tengok.. Haha. Jangan mudah..peniaga disana agak kasar.. Mereka akan tarik tangan paksa suruh beli di kedai mereka. Pastu taktik mereka, kalau ditanya berapa harga, mereka takkan bagitahu.. Masa nak bayar je akan tahu berapa jumlahnya.
Saya kena ketuk agak teruk disitu...haiihhh tak sangka 3 barang hampir 1 juta rupiah - dekat RM 300 :'(
Tak pernah beli barang di malaysia baju ke sehelai, jarang hampir RM 100. Memang takde la saja saja saya nak beli bila tahu mahal.. Sedar sedar je kena bayar dah. Hmm
- - kalau nak murah, shopping di Berastagi pun okay jugak.. Dan juga di kota Medan.. Di Medan Mall, pasar ikan(bukan jual ikan). Haa banyak tempat sebenarnya boleh shopping..tinggal nak pilih. Tinggal bawa duit shopping banyak ke sikit. Kalau macam kami ni, dah kena ketuk teruk kat samosir.. Banyak benda terbantut nak beli.. Haha
9. Jangan cepat percaya dengan orang baru kita kenal disana. Tak kiralah supir ke siapa..nampak ramah belum tentu jujur
10. Extra careful. Ramai je orang baik disana. Tapi tetap kena hati-hati k.
Medan memang best. Cantikkk, dan banyak sangat tempat menarikk sebenarnya. Rasanya kalau seminggu baru habis cover se Medan tuu :D
Tips lain : pergilah dengan pakej, sebab jauh jauh tempat menarik disana.. Rasa dalam
RM 470 dah dapat harga se pax ke sana jika 4 orang. Tiket flight ke sana tak mahal sangat. Rebutlah masa promo, even tak promo pun beli lah awal k..
Dari airport kualanamu tu nak ke Berastagi 2 jam lebih, dari Berastagi ke Danau Toba 3 jam.. Dari Danau Toba di Parapat nak ke Kota Medan.. Dalam 4-5 jam kalau jalan tak sibuk..
(●・ˇ_ˇ・●)
Apa pun enjoy holiday k. Yang baik ambik, yang tak baik, kurang baik.. Buat peringatan untuk kita di lain hari.. Apa lagi entah nak cerita, nanti lah kalau saya rajin saya update lagi pasal tempat menarik di sana ;D