2/17/2016 02:02:00 pm
Review : Xiaomi Yi Action Camera
2/17/2016 02:02:00 pmSalam and Hi Seperti yang dijanjikan, even terlambat sikit. Nak share pasal action camera yang saya baru guna. Langkah pertama sebelu...
Salam and Hi
Seperti yang dijanjikan, even terlambat sikit. Nak share pasal action camera yang saya baru guna. Langkah pertama sebelum saya beli, mestilah saya survey dulu berbaloi tak, okay tak camera ni, kualiti gambar macam mana, video okay tak. Alhamdulilah everything okay ;D
Tip top. Cantik. Murah pulak tu. Berkualiti. Bagi yang ada minat macam saya, suka snap picture cantik, dan idamkan camera yang senang dibawa ke mana mana, tak mampu nak beli go pro. Haa beli Yi cam ni, serius tak menyesal la! :D
Ini yang saya dapat dgn harga hanya
RM 390.
in box :
- Camera
- 8gb memory card
-USB cable (untuk cas)
- Waterproof case jenis kingma
- Skin tuk camera
Saya beli online je. Puas hati dah harga tu. Memang tu je buat sementara ni accessories camera yang nak digunakan. Hehe
Yelah nak banyak sangat accessories bukannya kami selalu guna pun haha.
Dan diingatkan membelilah secara bijak,
Contoh; kalau dah ada memory tak payah la beli lagi ;D
Macam saya ni, monopod dah ada.
Yang hitam jenis yunteng tuu guna jela apa ada. Alah, camera ni tak payah pakai monopod pun dah dapat wide picture kot. Masuk 10 orang pun muat. Tangan je jadi monopod! Hihi. Okay gurau je :P
Camera ni pun senang je bagi saya, cas tak perlu lama macam phone atau macam camera digital lain. 1 jam lebih dah penuh. Nak tahu, macam mana, bila dah penuh lampunya akan terpadam.
Nak tahu percentage bateri pun senang je ;
- 1st tengok warna lampu di button on/off tu. Kalau warna biru masih banyak bateri, kalau warna purple kurang 50% dah, kalau dah bertukar warna merah dah 20% ke bawah dah tu.
-2nd tengok di apps masa kalian connect to phone. Ada keluar disitu, berapa percentage baterinya.
Dari segi storage pics and video pulak, memang direct save to memory card camera. Tapi boleh je nak save jugak di gallery phone kalian. Senang kan? Boleh pilih yang mana pics atau video yang nak save di phone. Boleh download dari dalam apps tuu masa tengok album ;D
Haa ini button yang ada di camera ni, 3 button. |
Mula mula dulu saya ingatkan, kamera ni tiap kali nak guna kena connect to phone! Hahaha. Atau kena sentiasa ada internet. Padahal, tak pun. Kalau dah tekan on tuu, dah boleh terus snap picture sesuka hati. Connect to phone hanya untuk kalian tengok secara live nak ambik gambar nak tengok view macam man melalui phone tuu, and dalam masa yang sama phone kita pun boleh jadi remote. Senang je kan ;)
Then kalau nak tukar mode tuk snap video, boleh click di butang on off tu jugak. Tekan slow je, nanti ada bunyi satu kali tu dah tukar ke video la. Then snap jela, masa tgh snap video akan ada lampu berkelip di kamera tu :D
Kenapa kena connect to phone tuk view gambar, nak live view masa nak ambik picture? Sebabnya camera ni takde display screen. Tapi tak membantutkan rasa pun nak menggunakannya. Bagi saya ia tetap berbaloi.
Tapi kalau kalian nak yang ada screen, dah ada jual LCD tu.. brand lain pun ada je. Tapi sekarang saya review brand ni, hihi ;)
Nah sample picture dari yi cam ni ;
Wide lens sangat, kan (: |
View 1 |
View 2 |
Ni view di Jeti Tasik Dayang Bunting, Langkawi |
Walaupun gelap, low lighting tapi still okay :) |
Okay disini saya selitkan video sikit,
Harap membantu bagi yang sedang survey camera action ni :D
Sebenarnya saya ada berkenan jugak dgn sjcam sebab colour cameranya cantik dan picture pun okay, tapi picture yang saya tengok sample dari pengguna YI cam jauh lebih cantik, and sharp! Yelah, yi cam ni raw picture sahaja dah 16 mega pixels, sjcam baru 14 mega pixels
:D hehe
:D hehe
Sorry, just my two cent.
Apa apa persoalan boleh tanya saya, email address : husnieygurl@gmail.com
Atau tinggalkan jejak di chat box ;)
Kbai semoga bermanfaat! Doakan yang baik buat saya, mana tahu nanti boleh jadi supplier action camera ni! Heee ;)
Salam