Belanja Ke Penang
Jalan jalan
Penang
Travel
Penang Part 1 ♥♥
1/10/2016 04:35:00 am
Assalamualaikum dan hai semua ~
Tak terlambat lagi nak ucapkan tahun baru Masihi,
yes, tak sambut pun cuma dah sistem gunakan kalendar Masihi,
jadi kita pun tetap terasa tahun berubah kan? :)
Semoga baik baik sahaja. Semoga yang positif sahaja.
Berbalik kepada tajuk sebenar
Hampir 2 minggu jugak merancang bersama suami, untuk ke Penang.
Dan kebetulan juga customer dia pun ajak meeting untuk project lori diecast tuu.
Haaa, serius tak faham sangat bab business dia actually. Tapi yakin apa dia buat, takde pun yang bertentangan dgn agama. Janji rezeki halal. Kan menteri suruh buat #2Kerja
Katangnya suami aku buat #3kerja sehari. Dah lama dia start #3kerja dari sebelum kami kahwin :)
Pagi-Tengahari kerja lain, Petang-Malam lain, dan termasuk business.
--------proceed--------
3 Jan 2016
Malam tu pukul 9.30pm kami bertolak menaiki bas dari Kuala Terengganu-Butterworth, tiket berharga RM 46.20 sehala per pax, tiket balik pun dah beli siap siap. Suami check tiket dari Butterworth mahal sikit kata dia. Tu yang beli siap siap. Total pergi dan balik 2 orang RM184.80. Ingat nak naik flight je, tapi sayang tak ada ke Penang, malas la nak banyak songeh kena transit ke KL dulu. So bas je lah pilihan mudah walaupun lapan jam perjalanan, huhu
Sampai je di Butterworth, pukul 5 am lebih macam tuu.
Ramai je orang sini, jadi tak takut |
Bas Rapid, Keretapi KTM, dan Terminal Feri semua ada kat sini
4 Jan 2016
Tunggu subuh pukul 6am. Terus solat subuh di surau disitu. Dalam pukul 6.45 macam tu kami bergerak menuju ke stesen feri untuk ke sebelah Pulau. Jauh juga la menapak lebih kurang 10 minit jalan kaki. Nampak je macam dekat, sekalii jauh. Hahaha
Yang jadi penatnya, naik turun tangga banyakk. Sabor ajelahh :D
Penat jalan pun, tetap nak snap picture :P |
Yang kagumnya Penang ni kebanyakan tak perlu tunggu lama untuk naik public transport yang murah haa. Feri pun kejap je kami tunggu. Pukul 7 lebih macam tuu, duduk tunggu kejap je dah ada feri sampai. Tambang Feri hanya bayar RM 1.20 per pax.Tukar syiling semua duit tu. Harga tu tuk DUA HALA. MURAH KAN?
Serius murah, masa routes balik tak bayar dah tambang.
the ferry |
haa tengok tuu, motor dah siap sedia nak keluarr (feri kami ni baru nak pergi) |
Jom layan view sunrise dari feri :)
1. |
Cantik sangat masa ni, masih segar diingatan :) Dalam hati penuh puji pujian kpd pencipta keindahan ni |
Tengok tuu, dari jauh tetap nampak cantik |
Peace. Tenang, Aman perasaan tika ni :') |
ni masa naik bas CAT pagi tu |
Laluan bas percuma CAT ni |
boleh klik gambar dan zoom :) |
Contoh Lebuh Buckingham ada Masjid Kapitan Keling :)
Antara seni jalanan yang kami jumpa,tak banyak mana pun sebenarnya, kaki dah tak larat kot. Bersamaan cuaca yang sangat terik disini, kering. Entah berapa kali kami minum air harituu. Banyak betul, Hahahaa, Nah.
Ni gambar masa dah nak check out sebenarnya, hahaha sebab tulah nampak sepah sikit. Sorry ya :D
Lebuh Buckingham |
Masjid Kapitan Keling |
the information about mosque :) |
Antara seni jalanan yang kami jumpa,tak banyak mana pun sebenarnya, kaki dah tak larat kot. Bersamaan cuaca yang sangat terik disini, kering. Entah berapa kali kami minum air harituu. Banyak betul, Hahahaa, Nah.
cantik seni pada bangunan ni |
Ni lebuh armenian pun ada street art |
Ni tak pasti seni apa :D |
Gabungan 2D and real ~ |
Akak pun tak sampai dik nak tolong ambikkan :P |
Tinggi meoww ni lompat |
kreatif! |
Very heritage ! |
Seni wayar, tiap seni ni ada cerita tersendiri |
you can stand under my umbrella, ella ella ehh ehh ehh ~ |
Dah nyanyi tu, maknanya dah penat la jalan jalan situ. Hahaha panas sangat. Diingatkan kalian pakai sunblock okay sebaik sampai di Penang. Dah penat penat jalan area situ, tak sedar dah tengahari. Kami pun naik bas CAT tu balik, dan ke Komtar semula.
Kami pun check in hotel area situ jugak. Beberapa meter jugakla. Senang, dekat nak gi mana mana naik bas disitu. Kami menginap satu malam di Wassup Youth Hostel, yang kami menginap ni bilik standard RM95, provide towel, tv, water heater, hair dryer, aircond, iron kami mintak.Sebabnya tengok dalam booking.com ada provide iron, huhu. Sekali dia cakap bilik kami patutnya takde. Nasib tak kena cas. Kalau yang bujang datang dengan kawan kawan, boleh la stay di hostel ni. Murah murah je, boleh check di Booking.com
Ni la, tempat diturunkan penumpang, dan naikkan/ Untuk bas CAT sahaja tepi ni |
kalau nak naik bas rapid berbayar kat dalam stesen nii
haa tunggu sini untuk bas rapid berbayar tuu ;) |
signboard hotel ni |
Ni gambar masa dah nak check out sebenarnya, hahaha sebab tulah nampak sepah sikit. Sorry ya :D
Ruang dalam hotel |
Omeyy kan :D |
Smoking area |
Dah siap check in pukul 2pm, kami pun rehat. Mandi (dari pagi tak mandi) hahahaa kantoii disini :P
Solat. Then, baru keluar ke Bukit Bendera pulakk. Lewat jugak keluar pukul 3pm lebih gitu kot.
Sampai sana hampir pukul 4pm. Setengah jam je daripada George town ke Bukit Bendera. Bas untuk ke Bukit Bendera, takde bas free tu tau. Kena ambil bas rapid berbayar. Dekat komtar tu jugak ada bas tuu. Sediakan wang kecil okay. Tiket sehala RM 2.00 sahaja. Bas nombor 204 ke Bukit Bendera. Tak lama pun tunggu kejap je, fee entrance masuk Bukit Bendera RM10 per pax. Kalau senior citizen/childs lagi murah, students pun rasa lagi murah.
antara view di Bukit Bendera yang cantik nii ;
train ni haa, nasib tak gayat yang ni |
C A N T I K KAN? :') |
Bangunan bangunan tuu macam mainan je kelihatan dari atas nii |
nak gi explore mana, nexttt ? |
ku tak kunci cintaku disini, hanya kunci dihati ku sahaja :p |
tak ready lagiii laa abang |
pipi dua urang ini mahu kemanaa ?! huhu |
Wajib try ABC Ice Cream kat Bukit bendera nii RM5 banyak jugak portion |
sebelum : periuk kera |
selepas : jadi periuk orang :p |
Lewat petang tu, kami turun ke bawah naik train balik dan tengok bas rapid pun dah menunggu. Pukul 7 lebih jugak bergerak, sampai di Komtar berehat sebentar.
Teruskan perjalanan ke Batu Feringghi night Market pula, Takde apa sangat bagi saya, sebab tak banyak pun kami beli kat situ. Macam uptown la, beg banyak, hand bag, key-chain, fridge magnet, selipar, kasut, accessories perempuan dan lain-lain. Sebab kami pun dah lapar tengahari-petang tak makan nasi pun, ingat nak makan petang tuu,sekali malam baru jumpa makanan. Banyak minum air siang hari tu, asyik tertangguh nak makan, sebab kenyang dengan air. hahaaha
Teruskan perjalanan ke Batu Feringghi night Market pula, Takde apa sangat bagi saya, sebab tak banyak pun kami beli kat situ. Macam uptown la, beg banyak, hand bag, key-chain, fridge magnet, selipar, kasut, accessories perempuan dan lain-lain. Sebab kami pun dah lapar tengahari-petang tak makan nasi pun, ingat nak makan petang tuu,sekali malam baru jumpa makanan. Banyak minum air siang hari tu, asyik tertangguh nak makan, sebab kenyang dengan air. hahaaha
Cari punya cari kedai, last decide nak makan kfc jela. Macam tak ade yang sesuai atau mungkin kami yang tak jumpa, sebab dah tak larat kaki nii melecet :D
sebelum terlupa, bas rapid ke Batu Feringghi nombor 101, RM 2.70 sehala per pax
sebelum terlupa, bas rapid ke Batu Feringghi nombor 101, RM 2.70 sehala per pax
tengok air dah tauu kan, memaang dahaga betul nii, hihi |
Sekian untuk part 1 day 1, untuk next part klik ni part 2
0 comments