5/14/2011 11:57:00 am
Kasihnya Ibu Ayah Sampai Mati Tak Kulupa ~
5/14/2011 11:57:00 amDengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Sungguh hambaMu ini sangat bersyukur padaMu ya Rabbi.. Semalam Jumaat 13hb M...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Sungguh hambaMu ini sangat bersyukur padaMu ya Rabbi..
Semalam Jumaat 13hb May 2011..
Subuh lagi Mak ayah aku dah bangun,
Menyiapkan tender makanan, mencari rezeki lebih buat kami.
Ya Allah.. Kuatnya mereka.. Kuatnya kasih mereka..
Ya Allah, pdMu aku panjatkan syukur tak terhingga..
Terima kasih ya Allah.. Alhamdulilah..
Mereka sgt bertanggungjawab..
Tiada lafaz kata yang mampu aku ucapkan lagi
Betapa aku bersyukur dgn anugerahMu
Ya Allah, kini tak lama lagi umurku ckup 18 tahun aku hidup..
Ya Allah, bagiku mereka cukup sempurna mendidikku..
Cuma kadang bila aku ingat..
Aku yang banyak berdosa, banyak menyakiti mereka..
Kini aku sedar semua nasihat dan teguran mereka waktu dulu..
Sangat berMAKNA..
Ya Allah ,
Ya Allah ,
Sungguh aku takut..
takut kehilangan mereka....
kerana kekuatanku pada mereka...
Tak dapat kubayangkan Ya Allah,
Andai satu hari nanti
suara gemersik yang setiap hari memanggilku,
"ALONG.. ALONG.. "
Aku takut suara tu akan lenyap ya Allah..
Bagiku,
mereka la Nur buatku..
Nur yang menghiasi kegelapan dihatiku..
Tiada mereka siapalah aku..
Mungkin tiada mereka aku tak akan merasa ketenangan seperti ini..
Mungkin andai tiada mereka aku hidup,
tetapi barangkali hidupku cumalah seperti kertas kosong..
Kosong , tiada erti..
Kerana mereka,
aku kenalMu, rumahMu,
Aku dapat mengenal ayat ayatMu,
Kerana mereka mendidikku
seperti mana Kau amanahkan ya Allah..
Ya Allah, hari demi hari mereka makin tua..
Hari terasa semakin cepat berlalu..
Memutih uban di rambut mereka..
Ku tatap, ku sentuh..
Pandanganku sayu ya Allah..
Kau lindungilah mereka sebaik2nya..
Hari demi hari,
terasa tak sanggup aku lihat mereka bekerja keras buatku sekeluarga..
Mereka tak kenal erti penat ya Allah..
Sungguh aku tahu betapa sakitnye mak melahirkanku..
Sungguh aku tahu betapa sayangnya makku padaku..
Semua yang kupinta, mereka cuba tunaikan walaupun mreka
dlm keadaan jerih payah..
Ya Rabbi..
Hanya kupinta..
Kau panjangkan la umur mereka..
Kuatkan la mereka Ya Allah..
Wahai Tuhanku,
Rahmati mereka ya Allah..
Kasihi la mereka sebagaimana mereka mengasihaniku..
Andai satu saat nanti mereka tiada lagi disampingku, memberi kata azimat buatku..
Aku pohon Ya Allah..
Selamatkan mereka dari azab neraka
Kau hubungkanlah mereka dgn taliMu sentiasa,
Kau dekatkan la mereka sentiasa dihatikuu,
Ya Allah..Sesungguhnya,
RedhaMu bergantung pada Redha mreka..
Hatiku menangis ya Allah..
Aku menangis terharu, aku menangis bahagia..
Aku menangis ya Allah disaat aku lihat
ayahku bermandi peluh bekerja keras..
Ya Allah, semoga Kau permudahkan aku
utk menjadi lebih baik dr hari ini..
Hanya Kau yang Maha Mengetahui
betapa aku ingin menjadi yang Terbaek buat mereka..
Aku terlalu ingin menyapu keringat mereka..
Ya Ilahi.. Andai saat aku lupa padaMu..
Aku pohon.. Ingatkan la aku..
dengan segala nikmat yang telah Kau berikan padaku ya Allah,
Seluruh jasa dan semangat mereka itu akan selalu dihatiku
walaupun disaat mereka sudah tiada..
Lailahaillallah..
الله أكبر..
Barakaallahufikum..
Wallahuallam..