cinta Allah
Motivasi/ Peringatan
_ Wahai Hawa __
3/08/2011 05:15:00 pm
Renungan Buat Diriku & Semua Kaum Hawa..
Wahai HawaSedarlah hawa kau bisa mendunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh & solehah , kau bisa menjadi isteri yang taat serta serta memberi sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau coba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu , dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu dan Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa , jangan sesekali coba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu.
Wahai Hawa,
Andai engkau belum menikah, jangan kau risau akan jodohmu , ingatlah hawa janji Allah , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan imanmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki ,jangan memakai pakaian yang menampakkan lekuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya.
Wahai Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, tidak memilih wanita melalui keseksiannya ,tidak menilai wanita melalui keayuaannya ,kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa , lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya ,peribadinya ,dan agamanya
Oleh karena itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu,kuatkan pendirianmu. Andai kata tiada cinta dari Adam ditakdirkan untukmu , cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu , biarlah hanya cinta kedua ibu bapakmu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta kaka adik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu..
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperoleh cinta dari insan yang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga..
Wahai wanita solehah..Jangan risau akan jodohmu..Kerana muslim yang bijaksana itu..Tak akan terpaut semata-mata pada kecantikan..Atau pada lirikan senyuman..Pada bicara manja yang menggoda..Atau pada pujuk rayu yang meruntuhkan imannya..Sesungguhnya, lelaki itu..Adalah pemimpin kepada wanita..Andai jodohmu belum ditemui..Anggaplah bahawa adam yang kau nantikan itu...Sedang membina sahsiah kepimpinan dan akhlaknya..Bagi memimpin dirimu menuju keredhaan Tuhan..Kerana wanita itu pasti ada kekurangannya..Dan, adam yang benar-benar layak akan hadir..Untuk melengkapkan dirimu.. insyaAllah~

0 comments
Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.