5/28/2025 11:27:00 pm
Minimalist Style Backpack | Gaston Luga Jenama Dari Stockholm Sweden
5/28/2025 11:27:00 pmBeg Galas Gaston Luga Spläsh 16" - Gaya Kehidupan Scandinavia Hai semua. Kali ini husniey nak kongsi info dan review tentang Gaston L...
Beg Galas Gaston Luga Spläsh 16" - Gaya Kehidupan Scandinavia

Hai semua. Kali ini husniey nak kongsi info dan review tentang Gaston Luga, ia telah dicipta dengan visi untuk memastikan gaya kehidupan anda dalam keadaan mudah: visi yang Gaston Luga terus berusaha untuk capai. Ditubuhkan di Stockholm, jenama ini adalah pengeluar beg galas dan aksesori berkualiti yang diilhamkan oleh reka bentuk dan gaya kehidupan Scandinavia.
Beg Galas Spläsh 16” Wira Baru Setiap Hari
Mari bercakap pasal beg galas Splash 2.0 dari Gaston Luga ini. Bukan biasa-biasa fungsinya, bukan jenis sedih dan kendur yang menghantui almari dari zaman sekolah menengah. Ini beg jenis yang benar-benar buat hidup korang rasa bermakna!
•Eco-friendly waterproof material with waterproof rating of 8 0 0 0 mm
•Holds most 11"-16" laptops
•Cushioned and breathable back support
•2 outer pockets and 1 inner zipped pocket

Perkara pertama husniey nak bercerita: Gaston Luga kebanyakan keluaran produknya ialah kalis air. Sesuai untuk lifestyle di bandar, kadang cuaca tak menentu tiba-tiba hujan lebat yang mengejutkan atau boleh jadi tersalah tumpahkan kopi ke atas beg, tiada masalah bagi beg yang waterproof ini!
![]() |
Semasa gambar ini diambil tengah hujan gerimis, beg tak nampak basah kan? Kalau basah pun senang aje nak lap kesan air tu |
Selain itu, Ia juga muat dengan laptop, saiz beg ini adalah 16". Terdapat poket dalam berzip yang menghalang barangan keperluan daripada hilang ke dalam lubang petak utama.

Lebih menarik lagi, dua poket luar untuk akses mudah kepada barang yang diperlukan semasa dalam perjalanan (baca: makanan ringan, pakaian, barang keperluan diri). Love betul bahagian compartment banyak 🫶🏻

![]() |
Best strap jenis begini, boleh laraskan di bahagian dada bila galas 🫶🏻 |
![]() |
Zip bahagian laptop dan bahagian tepi beg |
Paling menarik perhatian husniey, bahan yang digunakan diperbuat adalah mesra alam, 100% polyester, ini bermaksud Gaston Luga sentiasa melakukan yang terbaik dan disamping itu memastikan bumi ini selamat.
Review Backpack Splash 2.0•
Overall, rating husniey nak berikan pada beg galas penuh gaya dan effortless ini; 10/10
Kalau korang mencari beg galas kekal bergaya, praktikal dan mementingkan keselamatan bumi yang jenis sesuai untuk dipakai buat kerja harian, travel di hujung minggu atau balik kampung.
Nahh husniey rasa Spläsh Utility Backpack 16" mungkin menjadi kegemaran baru! Husniey suka dengan pilihan warna yang ada, hitam, taupe, putih dan oren. Semua warna cantik tau. Boleh dapatkan beg idaman anda di website Gaston Luga!

Don't forget to use this code
You can get 15% discount
Code: husniey