Tempat - Tempat Menarik di Terengganu Wajib Dilawati!

5 Tempat Menarik Di Terengganu Wajib Masuk Senarai!  Apabila tiba musim cuti persekolahan dan cuti umum maka bersesak-sesak rakyat Malaysia ...

5 Tempat Menarik Di Terengganu Wajib Masuk Senarai! 

Apabila tiba musim cuti persekolahan dan cuti umum maka bersesak-sesak rakyat Malaysia di atas jalanraya, ada yang menuju ke kampung halaman dan tak kurang juga mengambil peluang untuk bercuti di tempat pelancongan yang popular. Disini husniey senaraikan 5 tempat menarik yang wajib singgah di negeri Terengganu.


1) Terengganu Drawbridge

Tarikan pelancong terbaru yang menjadi mercu tanda bagi negeri Terengganu adalah jambatan angkat. Bila korang tiba di Kuala Terengganu, wajib singgah di jambatan angkat untuk bergambar bersama keluarga. 

Permandangan dekat sini memang berbaloi anda boleh lihat permandangan sungai, birunya laut dan jambatan ikonik itu. Dah rasa macam berada di Kota London tau! Dekat sini juga terdapat banyak aktiviti serta meriah dengan gerai-gerai makanan :) 


2) Pasar Payang 

Tempat beli belah yang popular di kalangan pelancong dan masyarakat tempatan. Barangan yang boleh di beli di Pasar Payang ada bermacam aneka. Barangan yang anda boleh cari, termasuklah periuk belanga yang antik, kain batik Terengganu, kain sarung, kain pasang, makanan tradisional Terengganu, keropok ikan, makanan yang berasaskan ikan dan lain-lain.


Pendek kata, banyaklah produk Terengganu yang berada dalam Pasar Payang ni. Suasana pasar ini agak sesak tiap kali musim cuti. Kena bijak merancang masa bila nak datang sini.


3) Payang Walk

Payang Walk baru saja bermula operasi pada Julai 2023. Hanya beroperasi setiap Jumaat di pesisir laluan Pasar Payang. 


Credit: Payang Walk


Menariknya di Payang Walk ini ada pelbagai konsep, tema yang menjadi tarikan di sini. Anda boleh memilih untuk merasa Street Food, Local Brand, Street Bundle, Stage Show, Coffee Zone dan macam-macam lagi. Paling seronok mestilah bila dapat cari barang murah dekat area street bundle tu. Payang Walk hanya beroperasi waktu 4 pm - 12 am hari Jumaat sahaja. 


Tak silap sekarang musim tengkujuh di tutup sementara, akan beroperasi semula bila dah habis musim tengkujuh. Nanti masukkan Payang Walk dalam senarai tau! 


4) Kampung Jambu Bongkok, Marang

Kebanyakan pelancong suka datang ke Terengganu sebab nak menghayati permandangan laut. Samalah kita, walaupun dibesarkan di Terengganu dah biasa tengok pantai tapi Husniey tak pernah rasa jemu dengan permandangan laut. Cantik dan tenang. Kalau anda berada di sekitar Marang, bolehlah singgah di Kampung Jambu Bongkok, kampung ini menjadi tumpuan pengunjung sebab terdapat banyak pokok kelapa dan mengadap laut biru. Tenang betul tengok suasana kampung di sini.




Terletak di dalam daerah Marang Terengganu, berjarak 39 km dari bandar Marang. Jika dari Kuala Terengganu lagi lah jauh sekitar 55 km jaraknya. Agak jauh, namun berbaloi bila dah sampai seronok tengok pokok kelapa melambai boleh berhentikan kereta dan bergambar kenangan.


5) Pulau Kapas, Marang 

Terletak di daerah Marang. Negeri yang terkenal dengan penyu ini sangat popular dengan keindahan pantai. Namun diingatkan kepada para pelancong kebanyakan pantai di Terengganu tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda. 



Hanya di pulau sahaja sesuai untuk aktiviti air seperti berenang, snorkeling. Teringin nak tengok ikan nemo berenang di tepian air anda bolehlah snorkeling di Pulau Kapas. Pulau Kapas adalah pulau paling dekat dengan tanah besar hanya mengambil masa 15 minit sahaja dengan menaiki bot, sesuai untuk bawa anak-anak serta warga emas. 


Akhir sekali, anda yang memilih ingin bercuti di Terengganu, husniey cadangkan menaiki kapal terbang dari ibu kota dan boleh menyewa kereta sewa bagi urusan jalan-jalan di sekitar kawasan Bandar Kuala Terengganu. 


Bila sewa kereta, badan pun tak rasa penat sangat, perjalanan jauh ni akan buat kita rasa sangat penat berganda. Kan ada yang terpaksa mohon cuti lebih lama. Jika ada yang nak sewa kereta Kuala Terengganu, boleh hubungi KSKT di talian 013-3158080.


Kereta Sewa KT
Hubungi: 013-3158080
Website: www.keretasewakt.com

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Terima kasih.


Love,

Husniey

.

.

.

#keretasewakualaterengganu

#kualaterengganu

#terengganu

You Might Also Like

0 comments

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.