Penginapan Terbaik Bercuti Suasana Kampung | KampungStay Desa Murni Temerloh Pahang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semoga semuanya ceria selalu dalam rahmat Ilahi. Bila sebut Temerloh ni kan husniey ingatkan tak banyak...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semoga semuanya ceria selalu dalam rahmat Ilahi. Bila sebut Temerloh ni kan husniey ingatkan tak banyak perkara menarik. Rupanya bila dah sampai sana husniey rasa Temerloh adalah destinasi terbaik untuk bawa keluarga bercuti. Temerloh yang dikenali dengan Bandar Ikan Patin adalah destinasi wajib korang masukkan dalam senarai tempat bercuti! 





Bila sebut je pasal penginapan Kampungstay rupanya ramai juga orang Temerloh tahu, yelah dekat Temerloh ni lagi syok kalau menginap di kawasan kampung. Tenang sungguh! Kampung vibes gitu. Walaupun kampungstay ini terletak di dalam kampung, namun ia tidak jauh dari susur keluar tol Temerloh, hanya mengambil masa 15 minit sahaja. 



Penginapan Suasana Kampung Best Di Temerloh


Kadang mesti rasa stres dengan kehidupan bandar, bila dapat bercuti ini mestilah kita akan tercari-cari penginapan yang jauh dari kesibukan kota. Penginapan yang damai suasana kampung di Temerloh, inilah dia KampungStay Desa Murni. Dengar khabar dulu sebelum pandemik ramai pelancong dari luar negara yang suka datang menginap di Kampungstay ini untuk merasai pengalaman di kampung. Bukan biasa-biasa ni!


Rumah 1 dan Rumah 2

Untuk pengetahuan anda, Kampungstay Desa Murni telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan antara 10 Homestay pertama di Malaysia. Berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan Malaysia, program ini merupakan satu inisiatif di bawah Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar yang bertujuan untuk meningkatkan penglibatan dan penyertaan masyarakat luar bandar dalam sektor pelancongan. Wah hebat bukan? 






Homestay Yang Lengkap Pelbagai Kemudahan ~

Menariknya di KampungStay Desa Murni semua bilik, rumah dan kemudahan dibina dengan idea menggabungkan elemen moden dan kampung, memberikan pengunjung kepada perspektif yang tidak konvensional tentang percutian di kampung – lengkap dengan kemudahan seperti wi-fi, kolam renang, dan tempat letak kereta yang luas. 






Pengalaman husniey menginap di rumah moden 1 ni, paling best kemudahan wifi dekat sini agak laju juga yer, nak menonton televisyen ada (Smart Tv), lapar je nak masak maggie pun boleh, pinggan cawan sudu turut ada tersedia di bahagian dapur. Alhamdulilah dah tak perlu bawa dari rumah kan. 

Terdapat beberapa jenis buah rumah moden dan tradisional. Rumah Moden 1, Rumah Moden 2 merupakan berkonsepkan rumah moden. Di dalam rumah 1 ada 4 buah bilik yang agak besar dan di setiap bilik disediakan bilik air juga. Senang tak payah berebut bila nak mandi, selesa sangat ruang rumah kediaman ini sangat lega. Yang penting bila bercuti ni kita tetap nak ada privasi antara ahli keluarga atau rakan-rakan kan.


Ruang tamu, ruang dapur dan bilik 103 dan 104. 



Jenis - Jenis Rumah Percutian Di KampungStay!

Rumah Kampung merupakan jenis rumah ketiga yang terdapat di penginapan ini, agak sesuai juga untuk sebuah keluarga besar menginap di dalam satu bumbung ini, kalau anda inginkan kelainan merasai tidur di rumah kayu bolehlah memilih menginap disini. Terdapat ruang makan, ruang tamu, ruang dapur, meja makan, televisyen, peti sejuk dan lain-lain. Pendek kata memang tak susah bila stay dekat sini, lapar je boleh memasak guna kelengkapan di dapur rumah kampung ini. Best kan kalau family day dekat sini? 





Harga untuk rumah kampung - 5 bilik ye gais okay sangat tu!


Rumah tradisional 3 - RM680. 5 bilik attached bathroom, 3 bilik twin dan 2 bilik Queen. Semua bilik attached bathroom. Kemudahan wifi, aircond, astro(njoi), ruang tamu dan dapur. Kapasiti katil 10 orang. Kapasiti maksimum rumah 15 orang 










Rumah Moden 2 - RM750
  • 4 bilik berkatil 2 King size setiap bilik beserta attached bathroom
  • Kemudahan wifi, aircond, astro(njoi), ruang tamu dan dapur
  • Kapasiti katil 16 orang
  • Kapasiti max. rumah 25 orang

 




Rumah A-type 

  • A-type Besar (2 units)
  • RM 100-RM 120 / per night 
  • 1 Tilam Queen, 2 Tilam Single 
  • 1 Bilik Air 
  • Kapasiti 4 orang 

Selain itu turut terdapat rumah cabin berwarna-warni, cantik ye gais. Pada pandangan husniey rumah cabin ini sesuai kalau stay bersama kawan-kawan sama jantina. Haa yang bujang. Seronok juga stay sini sambil menghayati udara kampung, lepas jalan-jalan makan ikan patin! hihi


Kampungstay Cabin

  • 1 Queen bed dan 2 single bed attached bathroom
  • Kemudahan aircond, astro (njoi), ruang solat dan dapur (coffee table)
  • Kapasiti 4 orang (RM198)
  • Kapasiti max. 6 orang





Di sini memang mempunyai pakej yang merangkumi aktiviti seperti memancing, dan menerokai kawasan kampung bersama pemandu tempatan. Sama ada anda seorang pengembara solo, pasangan yang sedang honeymoon percutian romantis atau keluarga yang ingin menganjurkan perhimpunan tahunan yang menyeronokkan, banyak aktiviti di sini yang anda boleh lakukan. Apa-apa maklumat boleh lanjut terus ke media sosial KampungStay yer ~




Jadi berapa rating penginapan KampungStay Desa Murni? Husniey berikan 9.5/10. Servis okay, kemudahan yang serba lengkap persis berada di rumah sendiri. Dah tak perlu keluar ke pekan cari dobi untuk basuh baju kan. Jimat ~ Bagi anda yang berminat untuk menempah homestay di sini jangan lupa untuk tempah sekarang dan nikmati detik-detik berharga bersama orang tersayang! Semoga entri husniey kali ini bermanfaat. Terima kasih kerana sudi membacanya.


📍KampungStay Desa Murni

Lot 1674, Jalan Homestay, Desa Murni Sanggang,

28020 Temerloh, Pahang Darul Makmur, Malaysia.


Untuk maklumat lanjut layari

Website: Kampungstaydesamurni.com

Facebook Page: Kampungstay Desa Murni

Instagram: kampungstaydesamurni

Youtube: Kampungstay Desa Murni


Urusan Tempahan

Booking: +609-284 7949

Reception: +6012-553 4715 (sms/whatsapp)




#temerlohunlimited

#kampungstay

#homestaydesamurni

#exploretemerloh2022

#exploretemerloh

You Might Also Like

2 comments

  1. Nampak menarik dan selesa tempatnya

    ReplyDelete
  2. Lama tak ke Pahang. banyak tempat menarik ynag boleh diterokaikan.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.