Aktiviti Best di Tepi Sungai Pahang - Makan Sedap di Restoran Patin Gulai Masam & River Cruise Sungai Pahang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bila dah sampai ke Temerloh ni memang wajib korang menikmati produk popular di Temerloh, iaitu Ikan Pat...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bila dah sampai ke Temerloh ni memang wajib korang menikmati produk popular di Temerloh, iaitu Ikan Patin. Menu masakan yang berasaskan ikan patin di sini sangatlah banyak pilihan tetapi antara yang menjadi kegemaran ramai ialah Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak. Setelah puas jalan-jalan di kawasan Pekan Sehari, Pekan Sehari tu memang meriah hanya pada hari Ahad. Nampak padat dengan pengunjung tempatan dan dari luar negeri yang datang bercuti, ada juga geng motor datang ramai-ramai lepak ke sini. 



Port Makan Tengahari Best Di Temerloh (Restoran Patin Gulai Masam, Restoran Saiful)


Uniknya restoran ni kerana lokasi terletak di tepi sungai Pahang. Di restoran ini anda dapat menikmati santapan ikan sungai yang popular di Pahang, iaitu ikan Patin, Baung, Talapia dan sebagainya. Antara menu yang husniey jamah semasa singgah makan ke Restoran Saiful Gulai Masam ini ialah Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak, Ikan Talapia goreng, Jering masak tempoyak, kulat masak lemak dan ulam-ulaman. Menu masakan seperti ini sangatlah jarang ditemui di negeri lain.




Semasa ke sini anda boleh tengok kesan akibat banjir besar yang pernah berlaku di Temerloh Pahang. MasyaAllah hebat kuasa Allah tak sangka air yang nampak tenang boleh jadi ganas sehingga memusnahkan kemudahan awam. Bayangkan air banjir level bumbung rumah. Fuh


Jemput makan gais ~


Menarik lagi di sini anda dapat menjamu selera makan menggunakan pinggan mangkuk yang rare klasik. Nikmati keenakan juadah masakan kampung dan sambil menikmati keindahan Sungai Pahang. Lebih menarik, konsep kampung diketengahkan dengan cara penggunaan 'talam' untuk menggamit memori dahulu kala. 




Hebatlah konsep Restoran Saiful Gulai Masam ni. Alhamdulillah makanan semua sedap kena dengan tekak. Tak sedar menambah nasi! Paling husniey suka ialah menu ikan talapia goreng dimasak garing, dimakan pula dengan sambal belacan bersama ulam-ulaman, jenis ulam atau lauk sayur kat sini pun unik ye. Ikan talapia dan ikan patin ini jarang didapati di negeri lain. Jadi jangan lepaskan peluang bila anda berkunjung ke Temerloh Pahang, untuk merasai keenakan menu berasaskan ikan sungai. 


Waktu Urusniaga: 11 pagi - 4 petang (tutup hari Selasa)
Alamat: Dataran Patin Tg Keramat, Kampung Bangau, 28000 Temerloh, Pahang


Temerloh River Cruise, Menyusuri Sungai Pahang

Selepas makan kami berkesempatan solat di Masjid Baru Temerloh dan di sebelah petang jam 2.30 petang meneruskan aktiviti dengan river cruise, menyusuri Sungai Pahang. Menariknya dapatlah bergambar dengan lebih dekat dengan papan tanda popular Temerloh. Harga bagi tambang menaiki bot ni pula murah saja, hanyalah RM 6 bagi seorang dewasa. 

Suka tengok permandangan jambatan gantung ni ~




Aktiviti river cruise seperti ini agak baik untuk penduduk tempatan, yelah kan disamping kita bersiar-siar, boleh membantu meningkatkan pendapatan ekonomi penduduk setempat setelah menghadapi musibah banjir teruk. River cruise di Sungai Temerloh ini tidaklah memakan masa lama hanya 15 - 20 minit. Di kawasan sekeliling sungai dapat dilihat beberapa sangkar ikan yang terletak di tepi sungai, permandangan sungai bergabung dengan biru langit cantik kan. Damai sungguh.


Teringat lagu 'menghilir di Sungai Pahang'


Peacee! with blogger Eyqa hasnan

Group photo


Bersama rakan media dan blogger, kami menaiki satu bot boleh muat sehingga 7 orang. Alhamdulillah satu pengalaman yang menakjubkan. Bila merasai pengalaman ni barulah husniey faham kenapalah banjir di sini agak serius, rupanya arus sungai sini agak laju ye. Nampak dari jauh tenang saja, tapi arus menolak kuat tak perlu boat man bawa laju pun. Korang tak perlu risau sebab tak sempat mabuk ye, lagipun steady aje boat man pandai mengawal bot. Perlahan-lahan menyusuri sungai. Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga entri ini bermanfaat ~


#temerlohunlimited
#kampungstay
#homestaydesamurni
#exploretemerloh2022
#exploretemerloh



You Might Also Like

2 comments

  1. Seronoknya dapat naik boat. Bolehlah masuk dalam bucket list nanti

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.