Berlayar Di Tasik Kenyir Dengan Razna Houseboat, Kemudahan Serba Lengkap!

Pengalaman Menaiki Razna Houseboat Tasik Kenyir 3 Hari 2 Malam Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Harap belum terlambat nak ucapkan Salam ...

Pengalaman Menaiki Razna Houseboat Tasik Kenyir 3 Hari 2 Malam


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Harap belum terlambat nak ucapkan Salam tahun baru 2021! Awal tahun baru dimulakan dengan perkara yang baik. Syukur. Izinkan Husniey berkongsi tentang percutian ke Tasik Kenyir. 

Trip bermula pada 31 Disember 2020 iaitu hari terakhir bagi tahun 2020. Percutian yang tidak dijangka, namun inilah yang dikatakan rezeki. Program Cuti-Cuti Malaysia Kenyir 2021 bersama Media, Bloggers, dan InstaFamous. Program ini dianjurkan oleh Tourism Malaysia - Wilayah Timur dan dengan kerjasama dari pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) & Razna Travel & Tours SDN BHD. 


Pengenalan Tentang Razna Travel & Tours

Razna Travel & Tours Sdn Bhd dahulunya dikenali sebagai Sri Redang Leisure & Event Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 26 Februari 2009. Tujuan penubuhan Razna Travel & Tours adalah untuk menyahut seruan kerajaan agar lebih ramai lagi Bumiputera melibatkan diri dalam bidang pelancongan dan makanan halal bagi membangunkan ekonomi negara ke tahap yang lebih membanggakan. Razna Travel & Tours turut menyediakan beberapa pakej pelancongan yang menarik minat pelancong asing untuk melancong di Malaysia. 

Dari kejauhan nampak macam kecil aje saiz houseboat ini tapi sebenarnya besar ¬

Tambahan pula syarikat ini telah mengambil alih sebuah syarikat Quinara Global Sdn Bhd yang menyediakan pakej pelancongan dalam negeri. Syarikat Quinara Global ini mengendalikan dua buah houseboat dinamakan Quinara Kenyir Houseboat dan Razna Houseboat yang telah didaftarkan dengan nombor TKP47 dan TKP15 di Tasik Kenyir. Lebih menarik lagi harga pakej yang ditawarkan adalah mampu milik, penginapan selesa bagi pengunjung. 

Sebelum pelayaran bermula.
Majlis 'Flagoff' ASEAN Monsoon Casting Tournament
2020/2021 Special Edition


Ucapan dari Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur


Tasik Kenyir merupakan destinasi pelancongan yang sangat sesuai untuk pengunjung yang cintakan keindahan alam sekitar. Untuk makluman semua Razna Houseboat adalah houseboat terbaru yang mula beroperasi pada September 2020. Merupakan houseboat VIP dan eksklusif yang terdapat di Tasik Kenyir. Houseboat ini akan membawa penumpang berlayar ke Air Terjun Lasir, Taman Herba, Pulau Orkid, Taman Negara, Pulau Orkid dan Santuari Kelah.


Kemudahan Lengkap Di Dalam Razna Houseboat 

Jarang dapat dilihat houseboat mewah dan ia dibina tiga tingkat. Boleh memuatkan penumpang sehingga 35 orang dalam satu masa. Persis bercuti di sebuah homestay mewah ia lengkap dengan pelbagai kemudahan. Razna Houseboat mempunyai 10 buah bilik tidur, termasuk 1 buah bilik vvip dan 2 buah bilik VIP. Bilik jenis dorm turut ada disediakan, sesuai untuk kumpulan tetamu yang ingin menginap bersama keluarga, rakan tempat kerja. 

Deretan bilik-bilik tidur di tingkat 2


Bilik VVIP - Sesuai untuk bos/ketua jabatan/ketua keluarga menginap


Kalau anda menginap di houseboat ini tak perlu risaukan kemudahan bot laju, set kayak, jaket keselamatan untuk melakukan aktiviti air kerana semuanya lengkap disediakan. Bagi kemudahan dalam bilik VVIP  dan VIP pula terdapat ruang yang luas, penghawa dingin, tandas. Dalam bilik VIP dah ada tandas sendiri. Haa serius bilik begini sesuai untuk bos korang stay atau jika datang bercuti dengan family kita beri mak ayah stay di bilik VIP. Sangat selesa!


Bilik jenis Quad. Husniey dan Blogger Najihah menginap. Selesa!


Kemudahan dalam bilik tidur kami ialah terdapat dua buah katil double decker, boleh muat 4 orang satu bilik. Memang selesa stay dalam bilik ni, kipas dinding disediakan dua biji. Fuh sejuk kami dibuatnya. Musim hujan tak perlu pasang kedua kipas. Korang dah tak perlu bawa bantal dan selimut kerana ia sudah pun disediakan. Bagus juga dah tak payah nak beratkan muatan bagasi. 


Lagi bilik,  jenis VIP

Pertama kali tengok houseboat ada kemudahan Gelongsor Air

Kemudahan tandas dan bilik air di terletak tingkat 2 ada 3 buah,
tak sempat nak berebut dengan team


Pada bahagian hadapan houseboat ini terdapat kolam renang untuk kanak-kanak. Tetamu yang menginap tak perlu risau kalau bawa anak kecil anda boleh lepaskan anak-anak berendam dalam kolam. Heee. Ruang bilik karaoke yang agak luas, selesa dengan dua buah penghawa dingin serta beberapa biji kipas, sofa. Bagi anda yang minat dan hobi suka menyanyi tak susah kemudahan semua dah ada lengkap dengan set karaoke (microfon, speaker, dan terdapat banyak pilihan lagu - lagu). Wah, menarik. Memang betul-betul percutian melegakan stress. Kaum lelaki boleh menaiki bot laju cari port untuk memancing,  lepas tu bagi ruang dekat kaum perempuan karok. Haaa kenalah gilir gilir nyanyi, okay kan?


Kolam renang kanak-kanak



Cantik betul dekorasi dalam bilik karaoke,
nak feeling lagi boleh buka lampu warna warni ¬


Tidak dilupakan dengan kemudahan dapur, kalau korang menggunakan pakej penuh siap dengan makanan , sudah tak perlu fikirkan tukang masak bahan-bahan memasak. Kita datang untuk bercuti seronok release stress, tiba-tiba sampai Kenyir jadi tukang masak pula tak best lah gitu kan. Hee. Ops just my two cent! 😉


Antara menu makanan yang dihidangkan semasa di dalam houseboat. Makanan dihidangkan adalah buffet style. Sarapan pagi pada hari pertama check in houseboat dimulakan dengan menu Bihun goreng. Bagi makan tengahari pula ada nasi putih campur aneka lauk pauk, sedap sangat turut ada ikan kering, sambal belacan, budu, ulam-ulaman. Hari terakhir menu makan tengahari kami disajikan dengan ikan baung masak lemak tempoyak. Memang menyelerakan, makan sambil mata melihat kehijauan alam di sekeliling. Pengunjung atau pelancong dari luar negeri Terengganu masa ini lah anda nak ambil peluang merasai keenakan menu masakan di pantai timur.

Banyak lagi menu lain tak sempat snap.
Malam akhir ada BBQ meriah diserikan dengan adanya kambing bakar. Yeay!

Di bahagian belakang houseboat terdapat gelongsor. Tinggi juga yer, ni kalau anak-anak tengok mesti teruja nak terjun. Bukan senang nak dapat peluang terjun terus ke dalam tasik! Teruja semua peserta yang bermain gelongsor ni. Kemudahan penting yang lainnya seperti mesin basuh, peti sejuk, seterika. Ya cukup lengkap!


Semua serba serbi baru - selesa.



Kemudahan kayak, jaket keselamatan disediakan


Roof top - Ruang meja makan


Itinerari Pakej 3 Hari 2 Malam (Razna Houseboat)
Hari Pertama

9.00 pagi - Berlayar dari Jeti Lawit ke Taman Negara Terengganu

2.00 petang - Sampai ke Taman Negara Terengganu 

3.00 petang - Melunak Trail

5.00 petang 

- Bermandi manda di Taman Negara 

- Berkayak 

- Bersiar-siar dengan bot laju

7.00 malam - Bermalam di Taman Negara Terengganu


PAKEJ 3 HARI 2 MALAM - ISTIMEWA TAHUN MELAWAT KENYIR 2021


Hari Kedua 

10.00 pagi - Eksplorasi Gua Bewah

12.00 tgh - Berlayar ke Air Terjun Lasir

2.00 petang - Mandi manda di Air Terjun Lasir 

4.00 petang - Berlayar ke Pulau Petang 

5.00 petang 

- Bermandi manda di pulau petang

- Berkayak 

- Bersiar - siar dengan bot laju

- Melihat matahari terbenam

7.30 malam - Bermalam di Pulau Petang                                                                                                                                                                   

PAKEJ 2 HARI 1 MALAM - ISTIMEWA TAHUN MELAWAT KENYIR 2021
 
Krew Houseboat - Dari Kapten, Houseboat Manager yang akan membantu sepanjang trip.
Belum termasuk krew di dapur. Ramai.

       

   Hari Ketiga 

7.00 pagi - Berlayar ke Santuari Kelah

9.00 pagi - Trekking ke Santuari Kelah

1.00 petang - Berlayar ke Pulau Herba 

3.00 petang - Melawat Pulau Herba

3.30 petang - Bertolak ke Jeti

4.30 petang - Tiba di jeti 


Review 3 Hari 2 Malam Berlayar Dengan Razna Houseboat

Dari awal check in houseboat ini memang husniey jatuh cinta. Binaan houseboat yang baharu lebih moden. Selesa. Kemudahan yang disediakan lengkap, tak perlulah kalut nak iron tudung di rumah. Beria husniey gosok tudung kat rumah. Sebab ikut pengalaman lepas biasanya tak ada kemudahan seterika. 

Damai 

Ruang kami bersantai selain di bilik Karaoke. Ada bean bag, buaian




Krew houseboat juga memberi layanan, penerangan tentang peraturan, prosedur dengan baik. Ada krew yang akan bawa peserta jalan-jalan dengan menaiki bot kecil melawat sekitar Tasik Kenyir. Semua krew ramah mudah disapa, bila bertanyakan soalan pasti dijawap dengan baik. Keselamatan dan keselesaan penumpang dalam perhatian krew. Makanan yang disediakan di dalam houseboat ini sedap banyak pilihan lauk. Waktu hidang makanan juga tak lewat. Kami tak sempat merasa lapar ketika di dalam Razna Houseboat. Banyak jenis lauk pauk tersedia. Malam akhir kami dijamu dengan jamuan BBQ di roof top. Bila ada BBQ ni lambat sikit nak siap. Jam 9 malam baru kami dapat makan malam. Biasalah tu kan. Kalau anda tak suka menyanyi boleh aje korang bermain games, ada disediakan carrom. Kalau ada hard disk boleh tonton movie. Okay sangat, walau tak ada jaringan internet kita dapat lebih mengeratkan silaturahim di antara peserta.


Baca sini juga:

Senarai Tempat Menarik di Terengganu

Solo Trip ke Pulau Kapas, Terengganu


Jadi berapa rating untuk pelayaran mewah di Tasik Kenyir ini? 9.5/10 bintang untuk Razna Houseboat! Semoga terus memberi servis yang terbaik, selamat maju jaya! Kalau anda sudah pernah melawat destinasi pulau-pulau dalam negeri Terengganu apa kata tahun 2021 datang ke Terengganu dengan merasa pengalaman menaiki houseboat dan melawat tempat-tempat menarik di dalam Tasik Kenyir pula.


Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Razna Travel & Tours
Laman Web: www.raznatravel.com
Facebook: Razna Travel & Tours
Instagram: razna.travel / kenyirhouseboat.official 

Phone No: 09 - 6226565 | 014 - 3296565 | 010 - 9222665 | 011-10609897
HQ: Lot 37756, Tingkat 1, Block A, Rimba Square, 
Gong Pak Damat, 21200 Kuala Terengganu.


You Might Also Like

6 comments

  1. Wahh best nyer.. boleh release tensions ni... Terbaik admin.. baca sampai habis dan karangan yang bagus..👍

    ReplyDelete
  2. First time dengar kt tasik kenyir ada houseboat. Biasa dgr cruise je. Syok jugak ni tenang je bercuti

    ReplyDelete
  3. best nya dapat release stress naik house boat nikmati alam semulajadi dan jauh dari dunia luar..insyaAllah one day nak merasa juga naik houseboat kat tasik kenyir..pernah naik speed boat je pergi taman rama-rama..hiihi..

    ReplyDelete
  4. Menarik la Husniey. Ambil pakej macam ni seronok tengok aktiviti tu

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.