Food
Makan Sedap
Resepi
Resepi Menu Tengahari Ringkas: Ayam Masak Halia Sedap!
4/04/2020 08:30:00 amSuka Makan Ayam, Jom Cuba Resepi Ini Ayam Masak Halia. Pasti Makan Nasi Menambah!
Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Semoga pembaca blog husniey sihat dan ceria selalu hendaknya. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan ini satu persatu menu makanan yang husniey teringin nak mencuba. Tapi itulah kena tengok dulu menu menu yang tular di media sosial itu menu sihat ke tak. Bila Google search serta membaca informasi yang ada kongsikan di WhatsApp, ada yang menulis bahan-bahan alami yang bagus untuk diamalkan ketika jangkitan wabak covid-19.
Salah satu bahan semulajadi terbaik ialah halia. Ia sangat bagus diamalkan. Selalu tengok warga emas suka minum teh halia untuk buang angin. Elok juga untuk sistem imun tubuh kita. Cegah demam dan selesema, mengubati batuk berkahak, mengurangkan sakit perut dan bantu penyerapan nutrien dalam usus. Wow sangat banyak khasiat bagi halia.
Jadi husniey terus terfikir untuk mencari resepi masakan yang berasaskan Halia. Terjumpalah beberapa menu resepi Ayam Masak Halia. Belum pernah mencubanya. Haaa jom baca sampai akhir entri ya..
Resepi Ayam Masak Halia | Bahan-Bahan Yang Diperlukan
(Untuk 2-3 Orang Makan)
Beberapa ketul ayam (5-6 ketul)
* Bawang merah 2 biji
* Bawang putih 2 ulas
* 1 inci halia muda
* Cili padi 3 biji
* Bahan dihiris atau ditumbuk
Bahan-Bahan Lain Untuk Sos
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap manis
Garam & perasa
Gula sedikit
Cara Menyediakan Ayam Masak Halia
InsyaAllah mudah sahaja. Gorengkan ayam dan tumis bahan sos. Simple. Pertamanya, ayam dimasukkan dengan bahan bahan seperti garam dan sedikit serbuk kunyit untuk di gorengkan. Dah panaskan kuali dan siap menggoreng, ketepikan ayam.
Dalam kuali yang sama, buang sedikit minyak menggoreng tadi untuk menumis pula. Panaskan kuali dan tumiskan bahan yang dihiris (bawang merah, bawang putih, halia, cili padi).
Masukkan bahan bahan untuk sos. Sos tiram, kicap dan juga ayam yang digoreng tadi. Ratakan. Tambahkan sedikit air.
Tunggu sehingga air yang dimasukkan menjadi kuah sedikit pekat. Jangan lupa perasakan dengan gula & sedikit garam ya. Tak perlu banyak sangat garam, sebab ayam goreng tu dah ada rasa masin. Akhir sekali kalau nak tambahkan tomato ke okay juga 😍
Sudah siap. Sedia untuk dihidangkan. Confirm korang makan menambah tak ingat dah misi nak diet tu! Hehee. Suka tengok suami bertambah nasi makan menu husniey masak ini. Nanti husniey nak masak lagilah. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat ya. Terima kasih kerana sudi membaca blog www.husnieyhusain.com ❤️
Baca sini artikel menarik lainnya:
Ayam Panggang Kedai Ayamas Memang Terbaik
4 Cara Jana Income Semasa PKPB
5 Langkah Untuk Tingkatkan Kualiti Tidur Di Malam Hari
Rangkaian Produk Skincare Terbaik Di Malaysia, Cosmoderm Tea Tree Oil!
Love,
Husniey Husain
4 comments
Sangat bermanfaat.Lauk ni sering menjadi pilihan terutama bulan puasa..masak lebih untuk berbuka dan sahur.
ReplyDeleteTgk menu ni ingat bulan puasa
ReplyDeletedulu rajin masa kerja dulu memasak ayam halia ni mmg antara menu fav sbb ringkas dan cepat..
ReplyDeleteSedapkan . Menu yg boleh dipelbagai kan
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.