Cermin Mata
Kedai Spek
KL
lifestyle
Reviews
Spek Murah
Terjumpa Kedai Spek Viral Terlajak Murah Di Kuala Lumpur
1/16/2020 05:05:00 pmMisi Mencari Cermin Mata Baru: Kanta Anti Silau Yang Murah Terbaik Di Kedai Eye Pro Vision
Menjadi keutamaan bagi si pemakai cermin mata akan berganti
spek saban tahun. Setiap kali spek rosak mulalah kita yang rabun ini jadi buntu
dan rungsing memikirkan spek dah nak kena buat baru. Mana nak cari kedai murah murah ni kan.
Kebanyakan kedai spek meletakkan harga agak mahal. Payah sungguh nak jumpa cermin
mata yang murah. Nak pula kalau ada silau kan mestilah nak tambah kanta anti
silau. Sudah merata husniey cuba survey harga, nak tukar kanta saja pun
mencecah RM 200 ke atas.
Travel ke Kuala Lumpur bagi trip pertama tahun 2020, kami
suami isteri mulakan short trip ke kota metropolitan Kuala Lumpur. Spek dah
menunjukkan tanda nazak setahun tak tukar, husniey ni jenis lasak
sikit. Kadang tak sampai setahun dah senget spek. Sebelum terlupa dekat kedai spek husniey pergi ini ada banyak pilihan spek jenis bingkai fleksibel. Okay bersambung.. Siapa sangka di tengah bandaraya Kuala Lumpur ada kedai
spek murah-murah. Ini merupakan pengalaman kali kedua husniey datang jauh-jauh
dari Terengganu semata-mata nak buat spek di kedai viral. Ternyata memang harga
jauh lebih jimat. Kualiti spek okay sangat!
Eye Pro
Vision Kedai Spek Viral Terbaik! 💓
Tak susah bergerak boleh menggunakan kemudahan awam untuk ke Sungei
Wang Plaza, anda boleh menaiki MRT dan terus turun di Stesen MRT Bukit Bintang
dan kedai spek itu dekat saja berjalan kaki dua tiga minit dan terus masuk ke pusat beli belah tersebut.
Eye Pro Vision terletak di tingkat 1, kedainya bernombor G111. Nampak ramai pelanggan
itu benarlah kedainya. Kedai Cermin Mata Viral ini menjual bingkai dan cermin
sudah termasuk dengan harga tak masuk akal tau, hanya RM 65. SERIUS LAH, MURAH SUNGGUH? Dah dapat bingkai dan cermin pada harga RM 65. Patutlah selalu
tak putus dengan pelanggan datang ke kedai spek ini. Harga ditawarkan memang terbaik.
Di dalam kedai spek ini kelihatan terlalu banyak design spek
yang trending. Terdapat 2,000 reka bentuk spek dijual disini. Sekarang jadi
trend orang suka pakai spek comel yang ala-ala gaya macam orang Korea. Berkenan
juga tengok tapi sebab terlalu banyak pilihan, husniey habiskan masa agak lama mengambil
untuk memilih yang paling tepat dan okay. Rasanya buat spek tak lama pun,
memilih bingkai yang lebih lama. Bagusnya servis di kedai spek Eye Pro Vision ini,
pekerjanya disini tak lekang memberi senyuman dan tampil menghulurkan bantuan
atau memberi cadangan kepada anda yang manakah bingkai spek pilihan terbaik.
Kanta Anti Silau Terbaik Melindungi Mata Dari Cahaya; Alpha Blue 420
Jika anda sering bekerja menghadap komputer, laptop dan smartphone
sangat digalakkan untuk menambahkan kanta anti silau. Husniey dulu tak tahu
menahu juga kepentingan tambah kanta anti silau ni. Sangat bahaya bagi mata kita
jika selalu terdedah dengan sinaran UV, lampu dan lain-lain. Kalau rasa mata
tak selesa bila berjalan malam tu haa itu maknanya mata anda tak boleh kena
silau cahaya. Untuk perlindungan terbaik, perlu menggunakan cermin mata kanta
anti silau Alpha Blue 420. Husniey pernah survey di kedai spek biasa di bandar Terengganu,
kanta anti silau itu memang mahal ada yang cecah RM 500 ke atas, lagi parah
kalau rabun tinggi. Fuh mencabar betul nak buat seketul cermin mata yang ideal.
bingkai cantik , rambang mata memilih |
Flexible Frame, ini sesuai untuk ibu ibu di rumah, kalau anak melasak takdelah isu spek patah. |
Sempat William menunjukkan sedikit demo perbezaan di antara jenis kanta-kanta yang ada, turut dijelaskan jika pakai kanta Multi Coated cahaya akan tembus sampai ke dalam mata. Manakala bagi kanta jenis Alpha Blue 420 ia menahan dan melindungi mata anda dari terdedah dengan secara langsung dengan cahaya atau lampu. Paling bahaya itu lampu telefon, siap Encik William pesan kurangkan mengadap telefon di dalam suasana gelap. Harga spek mata siap penuh dengan kanta Alpha Blue 420 ini hanya RM 125. Termurah di pasaran, memang tak jumpa harga ini dekat kedai lain.
Pilihan kanta di Eye Pro Vision |
Pemeriksaan mata dibuat oleh William, sebelum proceed buat spek |
Bingkai yang jadi pilihan |
Akhirnya cermin mata yang berkenan di hati telah dipilih. Husniey memilih bingkai jenis clear berwarna pink. Ingat nak angkat yang warna hitam atau
kelabu boleh padankan dengan tudung berwarna, tetapi nampak warna pink itu
lebih ceria bila dipakai. Keseluruhannya husniey amat berpuas hati dapat jumpa
kedai spek murah ini. Memang bagus layanan pekerjanya. Tuan suami husniey asyik
ulang ayat sama, lepas ni kita terus datang sini aje kalau nak buat spek. Jauh
takpe, janji berbaloi duit yang keluar tu.
NAK TENGOK SUASANA DALAM KEDAI EYE PRO VISION?
JEMPUT TONTON VIDEO DI YOUTUBE CHANNEL
JEMPUT TONTON VIDEO DI YOUTUBE CHANNEL
Cermin Mata Siap Dalam Masa 1 Jam
Menariknya, cermin mata anda akan siap dalam masa 1 JAM!
Serius cekap betul buat kerja. Kedai spek ini paling cepat siap, ini pengalaman pertama husniey merasa dapat siap secepat itu. Tak sempat keluar berjalan-jalan dalam pusat beli belah itu. Dari langkah
pertama memilih spek terbaik, buat pemeriksaan mata dan menunggu cermin mata
siap. Memang tak lama menunggu. Hanya dalam masa satu jam. Seronok okay pergi berjalan-jalan dah boleh pakai
spek baru. Terasa jelasnya penglihatan. Keyakinan diri terasa meningkat
bila ugrade spek baharu, hihi.. Highly recommended. Really good customer service.
Keep it up, Eye Pro Vision. Rating diberikan: 5 bintang!!! 🌟🌟🌟🌟🌟
10 comments
terima kasih Husniey perkongsian.Bila ke KL boleh pergi ni.
ReplyDeletebestnya.. staff pun friendly
ReplyDeletealhamdulillah, puas hati kalau dapat spek mata yang sesuai dengan diri...
ReplyDeleteMenariknya kedai nie Husniey.. Kak Sue teringin juga nak datang sini nanti sebab katanya murah dan banyak pilihan..
ReplyDeleteorang pakai spek memang kena letak budget setiap tahun untuk tukar spek kan? sama la dengan suami ada je tarikh luput spek tu hihiihih
ReplyDeleteso affordable that people xyah pening fikir nak buat spek memahal.
ReplyDeleteWow.. baru teringin nak buat yang baru..Thanks for sharing!
ReplyDeletepergh 1 jam siap.. sini la ni adik sedara ajak p buat. tp x snggop nak pi sana ehe..
ReplyDeletesbb jauh.. tp fkir balik sejam je mmg cepatla...
ReplyDeleteTerbaik sgt mesra pelanggan,penerangan jelas dan harga berbaloi..
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.