Backpackers
Busan
South Korea
Things to do
Travel
Senarai Tempat Menarik Di Busan Korea Selatan Wajib Kunjungi
12/18/2019 09:37:00 amPengalaman Mengunjungi Busan, Korea Selatan Pada Musim Bunga
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Semoga baik-baik saja. Kali ini husniey mengambil masa untuk berkongsikan entri semasa travel ke negeri kedua terbesar selepas Seoul, iaitu Busan Korea. Pada entri yang sebelum ini sudah tak sabar lalu dah publish pasal tempat menarik cantik Gamcheon Culture Village di Busan. Jemput klik dan baca di link yang disediakan.1) Haeundae Beach
Di Korea kelihatan hidup rakyatnya macam seimbang ada waktu mereka bergembira bersama keluarga. Semasa bercuti di Jepun jarang dapat tengok budak kecil dengan keluarga.
2) Haeundae Market
Tak jauh dari kawasan pantai kita akan dapat melihat kawasan pasar. Terus berjalan kaki ke lokasi pasar Haeundae ini. Disini juga ada pelbagai food street cuma semestinya nak cari yang Halal atau muslim friendly susah sikit. Dari pagi sehingga malam waktu operasinya. Seronok kami lalu lalang di pasar, tengok hidupan laut yang dijual secara hidup dah macam masuk Aquaria KL, haaha. Pada mulanya terasa janggal dan pelik tapi baguslah orang Korea menjual barang basah yang masih segar molek. Husniey tidak melepaskan peluang semasa menginap di kawasan Haeundae, selalu pergi ke pasar untuk membeli barang basah untuk masak di guesthouse. Nak beli bawang besar sikit, tapi ahjumma tak jual dalam amaun yang sedikit. Bertabah ajelah nasib jumpa bawang, telur, kimchi dijual amaun sedikit di CU Mart.Banyak jenis hidupan laut jarang dilihat |
Kimchi dan Seaweed |
Di pasar perkara yang menarik mata husniey juga buah-buahan tempatan. Ada buah buahan juga dijual pada harga berpatutan. Selalunya bahan basah akan beli makanan laut, hanya beli udang ketika di Busan.
Baca sini artikel berkaitan:
3) Lotte Department Store, Busan
Dari luar Lotte |
peminat Kpop mesti suka part ini |
Tapak tangan artis popular Korea di ruangan Busan Star Avenue. Anyeong Lee Min Ho! |
Masuk ke Lotte tujuannya untuk membeli barangan skincare yang dikirim kawan. Nature Republic Store bila google ada dalam Lotte mall ini tak jauh dari jarak pemginapan ketika menginap di kawasan Seomyeon. Kos hangus shopping di store Nature Republic ialah 20400 won. Paling suka shopping di sini kerana terdapat banyak kemudahan water dispenser berjenama popular; Coway, setiap level disediakan boleh minum percuma.
Syok repeat minum air brand popular ini. It's free |
Waktu Operasi
Monday to Thursday: 09:30 ~ 20:00
Friday to Sunday: 09:30 ~ 20:30
Alamat: LOTTE Department Store Busan,
Bujeon-dong, Busanjin-gu, Busan
4) Nature Republic Store Seomyeon Station, Busan
Sebelum terlupa ingin juga husniey kongsikan Nature Republic Store yang murah untuk korang beli barangan skincare keluaran Korea. Rupanya disini harga sangat murah berbanding husniey beli di Myeondong.Semasa husniey singgah ke Nature Republic Store Seomyeon Station sedang ada promosi potongan hingga 50%, siap ada buy 1 free 1 then macam mask tu beli 10 dapat percuma 10. Fuh rambang mata husniey shopping di dalam Nature Republic Store, Seomyeon Busan.
5) Jagalchi Market Bukan Pasar Biasa
Destinasi menarik seterusnya ialah Jagalchi Market. Terletak di bandar Busan, kawasan Nampo Dong. Husniey menaiki bas berwarna biru untuk ke pasar Jagalchi terus boleh nampak deretan kedai disitu, dan berjalan ke pasar. Pasarnya ada beberapa tingkat. Tingkat bawah menjual ikan segar, belut, abalone, ketam, dan lain-lain lagi. Pasar ini sangat meriah dengan makanan laut dan hasil laut. Di bahagian Floor 1F kelihatan majoriti kaum wanita menjual bahan basah hasil laut. HEBAT.
Kalau anda Google pasal Busan, mesti akan keluar pasar ini sebagai cadangan tempat wajib untuk dikunjungi. Semasa berjalan di dalam pasar, kedengaran penjual ahjumma ahjussi menyapa kami dengan memanggil "Malaysia, Malaysia". Mereka panggil seperti itu , rasa macam kagum pun ada. Pandainya ahjumma ahjussi ni mengenali rakyat Malaysia. Macamana kalau Indonesia, haha sebab tak jauh beza orang Malaysia dengan Indonesia. Ramai antara penjual yang tak fasih berbahasa inggeris, jadi makanya kita perlu guna bahasa isyarat. Yang buat husniey kagum pasar ini tidak berbau busuk walaupun menjual hidupan laut yang segar dan masih hidup. Pasarnya juga bersih selesa nak berjalan.
Husniey cuma beli udang dan bawa balik guesthouse masak dekat rumah aje. Buat lauk sambal udang dan letakkan bersama dalam tomyam campur. Nikmat betul makan panas-panas. Ada lagi tempat menarik yang husniey terhutang untuk berkongsi disini iaitu ke Jinhae Chery Blossom Festival. Insyallah jumpa di entri seterusnya ya. Semoga bermanfaat!😊
Mr Crab.. geramm tengok |
Abalone, Prawn. Kawasan zon restoran. |
Di tingkat atas terdapat zon restoran dan zon menjual makanan kering. Macam ikan kering sotong kering. Ada husniey melihat blogger lain yang mencuba makanan di restoran dalam pasar. Pilih seafood dan minta dimasak. Sebelum itu kena tanya harga dahulu.
Baca sini artikel berkaitan
6 comments
menariknya semua tempat. subhanallah ^_^
ReplyDeleteHasil lautnya wow.Fresh.
ReplyDeletewah bestnya.. bilalah mama nak sampai sini
ReplyDeleteAdoii.. terliurnya tengok kimchi tu. tqq sharing husniey, best sangat tgk
ReplyDeleteTak berkesempatan explor3 busan hari tu gara2 flight delay. Sob sob. Mungkin ada rezeki akan dtg untuk ke sini balik. InsyaAllah.
ReplyDeleteSeronok gila baca, tak skip langsung! Serious tak tipu. Korea duduk dalam wishlist tapi tak tau lah bila ada rezeki nak pergi. Thanks for sharing! Boleh buat reference untuk masa depan insyaAllah, hehehe
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.