Food
Personal
Reviews
Sushi King
Tempat Makan
Menu Terbaik Sushi King Yang Penulis Suka, Anda Juga Perlu Cuba
4/04/2020 06:59:00 pmMenu Pilihan Terbaik Yang Penulis Suka Pesan Bila Makan Di Sushi King
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bila teringin nak makan di Sushi King ini memerlukan kewangan agak utuh ya, selalunya sekali makan pasti mencecah RM 50 hingga ke atas ya, kawan - kawan. Mana tak nya, mesti ambil banyak menu sushi kan. Waktu terbaik untuk menikmati SUSHI KING sila datang semasa ada promosi bonanza. Tapi kalau dah teringin sangat, rezeki ada lebih memang kami suami isteri tak berkira nak spend untuk makan mahal sikit. Janji sedap dan halal.
Tuan suami husniey bukanlah suka sangat makanan Jepun atau Korea ke, haha tapi disebabkan bini dia suka merasai makanan yang pelik - pelik jadi dia terikut sama. Lepas dia dah belajar makan kemudian jatuh cinta -- adakalanya dia pula yang suarakan terlebih dahulu, "Jom sayang kita makan di SK". hihi.
Antara Menu Sedap Di Sushi King Yang Kami Suka Pesan
Dahulu masa memula belajar makan di SK , kami selalu saja tersilap buat pesanan dan macam tak berapa mahir juga nak buat pesanan. Kalau dulu buat pesanan makanan hidangan bersaiz besar kini tidak lagi. Kami pesan aje yang bersaiz kecil. Kenyang juga. Nak makan sushi lagi, nak merasa set nasi lagi. Kena bijak memilih menu. Ini antara menu kami pesan semasa penghujung November lalu singgah makan di sana.
27 November 2019
Total: RM 61.70 (2 pax)
Total: RM 61.70 (2 pax)
Pilihan Sushi Yang Sedap
CKT Maki - 1
Chuka Idako - 2
Ebi Fry - 1
Salmon Nishoku - 1
Tuna Mayo - 1
Teriyaki Chicken Gunkan - 1
CKT Maki - 1
Chuka Idako - 2
Ebi Fry - 1
Salmon Nishoku - 1
Tuna Mayo - 1
Teriyaki Chicken Gunkan - 1
Bagi menu nasi buat pilihan hidangan yang bersaiz kecil. Harga lebih murah dalam RM 8 macam tu, berbanding ambil set hidangan besar ada yang harganya dekat RM 20 lebih macam mahal. Lainlah kalau lapar nasi sangat kan. Paling husniey suka pilihan nasi spicy chicken katsu don, atau pun yakiniku don kemudian makan pula dengan kicap masin dan manis. Fuh, secukup rasa. Pedas dek sambal dia tu ada, sedikit rasa manis masin juga terasa. Menu Ten Don itu udang, suami memang suka udang. Kalau ke Sushi King memang menu wajib ada udang; Ebi Fry dan Chuka Idako (sushi yang ada sotong) itu semua kesukaannya.
Tenpura Udon itu serius sedap. Ia macam mee sup tapi versi macam kosong sikitlah. Kalau tak cuba rasa memang sedikit rugi ya kawan-kawan. Husniey mula mencuba makan Mi Udon ni semasa bercuti di Osaka Jepun 2017. Ada kedai makan Halal di dalam lapangan terbang Kansai, so kami tak lepaskan peluang mencuba. Sedap sungguh nampak aje macam kosong.
Bagi menu sushi yang ada cheese, ada salmon itulah pilihan si isteri. Tuan suami kurang makan benda raw. Husniey suka salmon nishoku. Dulu sebenarnya husniey tak reti juga nak makan ikan salmon mentah tapi ini serius sedap tak ada bau hanyir ke apa. Orang kata ikan salmon ini banyak khasiatnya kan? Sesekali suka juga beli dan masak dekat rumah buat panggang. Haa sempat kau membayangkan menu makanan lain pulak, dasar food lover!
Cara nak membuat pesanan di Sushi King tidaklah susah mana pun. Masuk ke dalam kedai duduk di tempat kosong, ambil buku menu di bawah meja. Pilih menu makanan yang anda sukai. Sekarang ini husniey suka senaraikan nama menu dekat apps note di telefon. Krew datang tunjukkan aje senarai makanan kita ingin pesan. Sebenarnya malas nak sebut nama makanan, semua panjang in Japanese kan bukan reti sangat. Risau juga kalau tersalah sebut nanti salah pula krew tulis order, haha. Jika lama menunggu, tekan butang loceng merah dekat meja akan datang untuk melayani. Sebelum membuat pesanan tengok dahulu di atas tray yang sedang bergerak, ada tak menu kita teringin. Jika sudah pun berada di atas tray, silalah ambil makanan
tersebut.
BACA SINI ARTIKEL LAIN YANG MENARIK:
Ingin lebih jimat, mendaftarlah jadi Sushi King Membership dapat jimat juga setiap kali makan, adakala hingga RM 7 dapat potongan dari jumlah bil. Hanya memerlukan anda install aplikasi Sushi King di Play Store atau App Store kemudian isi maklumat untuk mendaftar sebagai ahli. Kemudian setiap kali buat pembayaran di sushi king buka di aplikasi lihat jumlah Smile Points. Boleh tebuskan smile points, walaupun cuma ada RM 5 macam tu. Alhamdulilah rezeki dapat makan sedap sambil redeem smile points. Haritu husniey dah lama uninstall apps Sushi king, tiba aje di restoran suami tanya nanti ada points yang boleh tebus tak. Haaa kalut install balik. Terlupa dah pasal apps tu bila lama tak makan di SK. Sekian itu saja perkongsian pada kali ini, semoga bermanfaat!
Love,
Husniey Husain
Husniey Husain
7 comments
nampak sedap. tp cikla tak pernah makan sushi. hihi
ReplyDeleteSK ni kak PC belum pernah cuba lagi.Tapi kalau adik ipar dan biras kak PC dah cuba sebab mereka memang fanatik sushi..hehehe.
ReplyDeleteAkak pun suka SK ni...memang best. Baru ni baru tukar voucher. Boleh la g makan
ReplyDeleteanak sy suka SK.. dia lagi pndai order dari kita.. kita ni terhangak2 tengok hahahah
ReplyDeleteSalmon Nishoku dgn CKT Maki tu wajib order kalau ana makan dekat sushi king. Sedapnyaaaa.
ReplyDeletealahaii..rindu nak makan kat Sushi King..terliur pulak time2 ni
ReplyDeleteBlog yg sngt menjawab segala persoalan yang bermain di minda saya, hahaha memang duk plan nak makan kat SK, thank you kak husniey, share macam2 pasal SK, senang saya nak pilih menu nanti hehe
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.