Australia
Flight
Giveaway
Hotel
Personal
Travel
Traveloka
Rezeki Tak Dijangka Menang Percutian Ke Perth, Western Australia
11/28/2019 02:15:00 pmPercutian Yang Tak Dijangka | Road To Western Australia 🇦🇺 Hasil Menang Giveaway Di Facebook
Assalamualaikum semua. Moga sihat dan ceria selalu. Hujung Julai lalu bila mendapat tahu khabat tentang rezeki ini, perkataan pertama keluar pada mulut husniey ketika itu.. "Ya Allah, biar betul. Betul ke ni.. Seriuslah?!".Masa itu terasa semacam nak tampar diri sendiri pun ada, hihi. Siap minta tuan suami pergi ke facebook post tersebut dan tolong baca semula sebab takut tersalah pandang. Contest yang husniey sertai dianjurkan oleh Traveloka di Facebook. Jujurnya husniey langsung tak menyimpan harapan besar. Hanya sekadar meletakkan sedikit usaha iaitu (tinggalkan komen yang kreatif). Untuk makluman husniey juga 'bukanlah ratu contest'. Jarang sekali ada mood nak sertai pertandingan. Masa itu hanya nak cuba nasib. Dah lah komen dalam bahasa inggeris.
Alhamdulillah, inilah komen yang di tinggalkan Facebook page Traveloka 😍 |
Perkara Yang Dilakukan Selepas Tahu Keputusan Contest
Terma dan Syarat |
RM 4,250. Setiap pemenang dapat voucher nilai yang sama. Kiranya nilai RM 4,250 itu kita boleh adjust sendiri nak bercuti seorang atau berdua. Traveloka tak ada melarang. Jadi husniey gunalah voucher itu sebaik mungkin. Rezekilah dapat bawa suami juga. Macam bangga kejap bila boleh cakap dekat tuan suami "kali ini bercuti sayang belanja abang tiket flight dengan penginapan". Fuh tuu dia acah macam orang kaya aje kan, hehe. Voucher tersebut hanya boleh digunakan untuk ke Western Australia sahaja. Tak boleh ke destinasi lain. Memandangkan husniey dan tuan suami tak pernah bercuti ke Australia mestilah terasa gembira, tak sabar pun ada. Tapi dalam mood tak sabar, lagi banyak perasaan berdebar sebab Australia bukan negara kaleng-kaleng. Peraturannya ketat, setiap urusan kena bersabar dan banyak berdoa supaya Allah mudahkan dari awal sehingga ke akhir.
Proses Membuat ETA Visa Ke Australia
Untuk pengetahuan kalian untuk masuk bercuti ke negara Australia diperlukan ETA Visa. Jika tidak ada Visa anda tidak dibenarkan sama sekali untuk masuk ke Australia. Terus husniey menggunakan khidmat Encik Google mencari travel agensi yang boleh buatkan visa dengan harga murah.5 Ogos husniey Whatsapp ejen Arba Travel pada 7 Ogos husniey terima email dari Australian Gov bahawa ETA Visa kami berdua diluluskan. Berikan semua maklumat yang diminta seperti bukti pembayaran, alamat rumah, nombor telefon, email tanpa _ (underscore) dan tarikh tiba di Australia.
Bila Visa Australia dah lulus akan dapat email macam ini |
Bukanlah mudah untuk merasai kemanisan. Penuh ranjau dan liku. Selepas satu tangga kita perlu melangkah ke tangga yang lain pula. Yang pasti makin tinggi kita panjat makin mencabar. Cewahh kasi chance lah husniey berpuitis sesekali. Selesai pasal ETA Visa, kini kita beralih ke tiket penerbangan. Trip kali ini husniey memilih untuk menaiki kapal terbang milik Malindo Air.
22 Oct - 27 Oct 2019, Malindo Air |
Baca disini entri berkaitanBercuti ke Seoul Korea Selatan Pada Musim Bunga Pengalaman Menaiki Penerbangan Malindo Air | Hari Pertama Di Australia
Menempah Membeli Pakej Flight + Hotel Menerusi Aplikasi Traveloka
Mudah sangat bila guna kemudahan pakej Flight + Hotel dah tak perlu pening kepala. Beli sekaligus lebih jimat sebenarnya lagi best bila ada promosi. Terdapat banyak pilihan penerbangan, anda boleh buat pilihan contohnya; Penerbangan pergi dengan Malindo Air manakala penerbangan balik nak naik penerbangan lain seperti; Malaysia Airlines / AirAsia.Maklumat pembelian tiket penerbangan + penginapan di Traveloka. Klik pada gambar untuk penglihatan yang lebih jelas. |
Tapi untuk tiket husniey beli ini; pergi dan balik keduanya dengan Malindo Air. Selepas buat pilihan flight pergi dan balik, terus terpapar untuk buat pilihan penginapan. Terdapat banyak jenis penginapan di Traveloka. Pilihan terbaik mestilah sebuah apartment mewah (hiks yelah bukan selalu ditaja). Dinasihatkan bila travel ke luar negara menginaplah di apartment senang nak menyediakan makanan, nak membasuh baju. Selesa, biasanya bercuti di luar negara lebih lama mesti lebih 3 hari.
Maklumat penginapan. Selama 5 malam di Perth. |
E-Ticket akan dihantar melalui Email. Hanya print out tunjukkan E-ticket ini di kaunter Check in ketika di airport. |
Road To Perth Australia
Kos Hangus Setakat Ini (2 Dewasa)
Flight + Hotel: Tajaan Bernilai
RM 4,190.76
Visa Australia: RM 40
Cas Bagasi 15 KG: RM 101.47
Tiket flight KT - KL: RM 68.60
JUMLAH = RM 210.07
Alhamdulilah lega rasanya boleh menaip sampai ke sini. Cukup rasanya nanti makin panjang entri ini makin melalut, banyak pulak part nak kena edit nanti, ngee. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan inspirasi. Semoga ada pahala yang mengalir. Entri seterusnya insyaAllah bakal kongsikan Pengalaman Menaiki Malindo Air & Hari Pertama di Perth Australia. Klik share jika entri ini 😊Road To Perth Australia
RM 4,190.76
Love,
Husniey Husain.
15 comments
Serius best tengok husniey update masa husniey kat sana... memg rezeki sungguh dapat jalan sana... cantik2 pemandangan...
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki akak.. bukan selalu kan..
ReplyDeleteBestnya..rezeki tu
ReplyDeleteAlhamdulillah...!!! bestnya rezeki..
ReplyDeleteTahniah menang percutian tu. Bukan senang nak pergi ke sana tu
ReplyDeletewah rezeki tak disangka2.. tahniah ye.. mama tumpang gembira
ReplyDeleteif it was me i would be cryingg
ReplyDeletesalam sis, bestnya dapat travel ke Australia, sponsored lagi:)congrats! thanks followmy blog, n done follow ur blog also, slm perkenalan:)
ReplyDeleteRezeki betui.. tahniah sangat2.. ada baca kt FB husniey mse g sana..best betul..
ReplyDeletetahniah..rezeki ke perth dgn traveloka..syok tu sbb nilainya 4k++ dh jimat situ
ReplyDeleteTahniah husniey. Memang rezeki betul tu. Kira hadiah honeymoon la ni
ReplyDeleteseronokkkkknyeeeeee.tahniahhhh
ReplyDeleteBab visa tu plg penting. Biar lulus dulu br booked yg lain kan.
ReplyDeleteRezekinya.. bila rezeki saya nak travel juga ni
ReplyDeletewoahh..tahniah! seronok kalau dapat hadiah macam ni. Selalunya travel ni, tiket flight dan penginapan la yang kos tinggi sikit.
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.