Suasana Best Guesthouse Di Haeundae Beach, Busan South Korea

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera anda semua. Setelah beberapa purnama barulah kita tiba di entri travel to Busan! [ Baca lebih lanju...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera anda semua. Setelah beberapa purnama barulah kita tiba di entri travel to Busan! [Baca lebih lanjut tentang trip ke Seoul, Korea Selatan]. Yeayyy. So sorry sangatlah perlahan nak siapkan entri travel. Yang selalu menulis tentang travel di luar negara tahulah macamana payahnya nak ambil mood menyiapkan tulisan tentang perjalanan di tempat orang. Yelah travel 10 hari, bukannya 4 hari 3 malam. Semua benda nak dikongsi jika tertinggal mesti edit balik.

Ketika memilih untuk meneruskan perjalanan ke Busan, husniey agak buntu kawasan manakah yang sesuai untuk pelancong menginap. Disebabkan selalu saja dengar pasal Haeundae Beach jadi husniey decide mencari penginapan di kawasan Haeundae. Syok duduk homestay tepi beach ni. Okay sangat kawasan ini happening. Cuma di Haeundae sangat susah nak mencari kedai makan HALAL. Setiap hari rutin di guesthouse adalah memasak. Tapi ada masalah juga pada mulanya sebab dapur dekat guesthouse tak boleh guna, dapur itu hanya wujud tapi tak ada gunanya.. HAHA geramnya rasa bila ingat. Jom baca seterusnya sampai akhir entri.


Lokasi penginapan dekat untuk ke tempat menarik di sekitar Haeundae. Seperti Haeundae Beach, Haeundae Market. Hentian bas juga terletak tak jauh dari guesthouse. Tentang tempahan guesthouse ini husniey buat melalui laman Airbnb. Semua cantik aje macam dalam gambar. Yang best nya semasa tempahan dibuat ada jadual pembayaran. Tak perlu bayar sekaligus. Alhamdulilah bagus juga. Pembayaran pertama dibuat pada 1 Februari cas dikenakan RM 325.63 dan bayaran baki seterusnya dijadualkan pada 19 March 2019 pula sebanyak RM 318.30. Airbnb akan tolak terus dari kad anda, sebelum itu akan ada email sebagai peringatan.

Kemudahan Yang Terdapat Dalam Guesthouse 

Katil dan tilam yang disediakan agak mencukupi, rumah ini boleh menginap sehingga 5 orang. Lagi berbaloi dari stay hotel kan. Saiz rumah luas. Ada loft dekat dalam rumah, nampak macam ada dua tingkat. Tandas disediakan ada bidet, senanglah sikit nak membuang. Dalam bilik mandi meriah dengan stok mandian dan syampu.

Tingkat atas bilik kedua

Tingkat bawah

Tilam di tingkat atas

Dekat bersebelahan tandas juga ada mesin basuh sekali dengan dryer tak payah dah hantar baju di dobi. Perkakasan untuk memasak ada disediakan lengkap. Pinggan mangkuk, rice cooker, microowave semua ada. Tapi sayangnya stoove dekat dapur tu entah mengapa tak dapat guna. Jenuh husniey mencuba gunakan rice cooker jenis Cuckoo, tak faham sepatah apa yang dituliskan pada rice cooker, semua tulisan Korea. Nasib ada apps google translate untuk scan ayat yang terpapar. Banyak juga menu masak dekat guesthouse. Serius syok kenangan ketika di Busan.

Ruang tandas, bilik air dan ruang mendobi 


Tandas ada bidet yeayy

Rice cooker Cuckoo


Penginapan di Haeundae ini hanya akan best jika tuan rumah upgrade services, perbaiki kekurangan kerosakan pada barang di rumahnya. Ada juga beberapa plug tak dapat guna. Pelik rasanya. Seterika tak disediakan. Sarung ajelah baju dan shawl yang berkedut nasiblah tutup dengan jaket. Yang lain semua okay, cuma part kemudahan dalam rumah itu banyak yang tak dapat guna. Lokasi okay, nak ke pasar dekat. Nak jalan-jalan juga dekat. Nak check in juga mudah. Simpan password yang diberikan oleh tuan rumah, haaa kena tekan pada keypad pintu tu. Suka tekan kat keypad tu, then dengar bunyi pintu tu auto lock. Bawah bangunan ini ada kedai serbaneka CU mart. Setiap malam mesti pergi membeli di situ. Wajiblah beli banana Uyu, ramen dan lain-lain makanan yang tak rasa was-was. [Baca pengalaman kami mengembara ke Busan Korea Selatan.]




Selama 3 malam disini rasa selamat suasananya kami check in waktu malam jam 10.30 pm, lewat tiba naik train Mugunghwa dari Seoul Station ke Busan Station. Jumlah kos hangus untuk penginapan RM 643.93 termasuk cleaning fee dan service fee. Kos Penginapan dibahagi 3 orang. BOOKING MELALUI AIRBNB, KLIK DISINI. Sekian saja perkongsian pada kali ini.

Love,
Husniey Husain 

You Might Also Like

8 comments