Backpackers
Busan
South Korea
Things to do
TOP
Travel
Tempat Menarik DiKunjungi Di Busan | Gamcheon Culture Village Dan Bagaimana Mendapatkan Busan Subway Pass PERCUMA!
10/31/2019 11:54:00 amCara Mendapatkan Busan Subway Pass PERCUMA
Bagaimana Mendapatkan Busan Subway Pass PERCUMA? Mesti tertanyakan. Untuk makluman korang ia boleh didapati secara percuma dengan cara yang mudah. Hanya perlu menjawab survey di laman sesawang Korean Tourism Organization (KTO). Masa menjawab survey pastikan anda sudah pun mempunyai tiket penerbangan ke Korea Selatan, itu antara syaratnya lah. Hanya untuk Malaysian Travellers. Boleh baca syarat-syarat di laman sesawang KTO. Bukan hanya dapat Busan Subway Pass tau, malah turut diberikan beberapa kupon diskaun.Gamcheon Culture Village Busan, Berbukit Permandangan Unik
Untuk pergi ke Gamcheon ini tidak ada subway yang cover. Kalau anda lihat di Google maps sekali pun akan keluar pilihan seperti menaiki subway sampai kat tempat mana-mana kena naik bas juga akhirnya. So pilihan tepat adalah terus menaiki bas sehingga ke destinasi. Sebelum itu tak yakin, kemudian tanyalah sepatah dua kata dari penduduk tempatan. Mereka cakap memang kena naik bas.Dari jauh dah nampak bunga bungaan 😍 |
Hotteok Sedap! |
❤️ |
Susah nak ambil gambar dekat sini, ramai orang. Kena pepandai la cari sudut. |
Setiap ceruk kawasan nampak unik, cantik. Ada juga port bergambar yang sentiasa penuh orang beratur, malaslah nak bazir masa. Haa coffee shop kat dalam Gamcheon juga ada view indah. Geram je tengok. Bagi yang nak membeli cenderamata ada banyak kedai menjual pelbagai jenis cenderamata. Sudu besi, chopstick, fridge magnet, poskad cantik-cantik.
Paling suka.. Warna warni, bersih je bangunan dekat sini. Boleh tengok atap tu |
💐 |
Rose berbentuk bulat. Comel |
Kos Perbelanjaan 4 April 2019 | Busan
Day 5✓Haeundae beach - busan station = 1700+1700won (bas 1003)
✓ Topup TMoney - 5k won CU mart
✓Busan STT - gamcheon = 1200+1200k won (Bas no 87)
✓ Beli makan & minuman - 7k won @ gamcheon village
✓ Souvenir @ gamcheon - 6k won
✓ Gamcheon village - busan STT = 1200+1200won (bas no 87)
✓ Naik subway guna pass ke haundae beach
✓Gmart 5300won
✓ Daiso 2k won
✓Haeundae market beli udang - 10k won
Love,
Husniey Husain
11 comments