Backpackers
lifestyle
Seoul
South Korea
Things To Do In Seoul
Travel
Hari Ketiga Di Seoul, Membeli Belah @ Gwangjang Market | Jalan - Jalan ke Itaewon
8/27/2019 08:00:00 pmSelepas solat zohor baru jalan jalan ke Gwangjang Market. Begini keadaan bila travel. Hari sebelum itu dah balik lewat, jadi badan agak penat. Hari seterusnya mesti mula berjalan agak lewat. Lagi pun suka selesaikan solat dulu baru keluar jalan-jalan. Rupanya takdelah jauh mana jarak nak ke pasar kain tersebut, cuma 10 minit menaiki bas dari bus stop berdekatan K-Guesthouse Dongdaemun yang kami menginap selama di Seoul.
📍 Gwangjang Market Tempat Menarik Untuk Anda Yang Teringin Beli Kain Pasang Sebagai Cenderahati
Mula ketahui pasal tempat ini dengan sedikit research dan rajinkan diri untuk masuk group travel dekat Facebook. Tiapkali travel selain merujuk baca di blog orang, husniey juga akan join group khusus dekat Facebook yang ada informasi padat dalam masa sama kita boleh lihat suasana terkini di negara berkenaan. Ada juga rujuk pada rakan blogger yang pernah sampai beberapa kali di Korea, iaitu blogger Nadia IzzatySuasana dalam pasar - Gwangjang Market |
Suasana dalam kedai bernombor 190 |
Kain pasang yang dipilih |
Betul, 4 meter kiranya ukuran sesuai untuk sepasang baju kurung lengkap. High quality cotton. "kalau dekat tempat kita mahal ni" ~ ini emak husniey yang berkata begitu. Lepas dah settle beli kain yang emak pesan terus terasa yakin nak buka order untuk sesiapa yang nak kirim. Tapi slot terhad ajelah buka masa tu. Not bad permintaan ramai juga yang minta husniey belikan, hanya post di ig fb story.
Kamsahamnida Ahjumma Ahjussi for the great service! |
Nasiblaa husniey layan drama Korea so fahamlah ayat pendek yang dia cakap tu. Comel tahu bila kita cakap bahasa Korea, dan peniaga faham. Layanan tetap bagus walaupun kami ambil masa lama untuk memilih. Sebab nak tunggu orang approve. Satu persatu tengok corak kain, ada yang hantar gambar, ada yang kami video call terus. Dengan mak husniey, siap video call lama juga sebab mak agak cerewet bab memilih kain, hehe. Mujur internet laju sebab guna poket wifi @travelrecommends , baca sini selanjutnya. Ahjumma Ahjussi siap bagi minum kopi lepas kami habis shopping, patutlah ramai orang suka datang kedainya. Baik betul. Katanya sejuk sangat cuaca di luar. Siap diberi Husniey kain free sepasang. Lepas selesai semua terus bergegas keluar. Balik ke Guesthouse kejap simpan semua barang dibeli. Kejap aje then terus lelaju keluar semula sambung berjalan. Oh esoknya tu sambung lagi shopping kejap. Seronok buat kerja macam ni 😝
Alamat:
88 Changgyeonggung-ro, Jongno 4(sa)-ga, Jongno-gu, Seoul, South Korea
Waktu urusniaga: Dibuka dari jam
9 pagi sehingga 6 petang. Tutup hanya pada hari Ahad.
Kalau korang tak cukup duit cash, boleh withdraw di bank yang ada berdekatan luar pasar. Dekat Seoul tak susah nak jumpa bank. Ada beberapa jenis bank yang tak dapat terima kad untuk withdraw, nak kena tengok juga kalau mesin ATM tertulis 'Global ATM'. InsyaAllah yang itu boleh terima kad bank Malaysia; Maybank, CIMB, BSN. Paling penting jangan lupa untuk mengaktifkan kad anda untuk pengeluaran luar negara sebelum travel ya.Duit keluar macam air |
Cas pengeluaran ada dikenakan, rasanya cas itu berbeza bagi tiap bank. |
Lagi best kalau dapat tonton video kan jemput tengok video di YouTube Channel Husniey. Klik dibawah.
📍 Ke Seoul Station Beli Tiket Train Untuk Ke Busan
Kaunter tiket keretapi di Seoul Station |
📍 Jalan- Jalan Cari Makan Dekat Itaewon
Bas berhenti jauh. Husniey tak pasti kami yang tersalah pilih bas, atau memang tempat dia berhenti tu jauh, haha. Kami menaiki bas dari Seoul Station ke Itaewon. Perjalanan agak jauh, kalau nampak dari dalam bas macam permandangan bukit bakau itulah Itaewon dari kejauhan. Tempatnya berbukit. Semput weh berjalan dekat kawasan Itaewon. Binggung tercari kawasan centre dia. Jalan punya jalan, kami lalu depan beberapa Bangunan Kedutaan. Unik binaan disitu.Kawasan bas tu berhenti - jauh kami menapak dari sini |
Tak tahu nama kawasan ini tapi nearby Itaewon -- Masa ini tak tahu lagi kena berjalan jauh, kalau tahu awal mesti takde mood nak bergambar haha |
Random Shoot |
Cantik kan . . . |
Bangunan LINE STORE |
Ada tengok beberapa orang bergambar dekat dalam ni, tapi sebabkan lapar letih malaslah nak pose |
Ini sedap. |
Ini lagi sedap. Mengenyangkan. |
The Halal Guys Seoul
187 Itaewon-ro 2nd Floor Seoul,
Yongsan-gu 04350 South Korea
Yongsan-gu 04350 South Korea
Opening hours: 11:00am – 11:00pm
(Sun – Thurs), 11:00pm – 3:00am (Fri – Sat)
(Sun – Thurs), 11:00pm – 3:00am (Fri – Sat)
Permandangan Di Itaewon Waktu Senja
✓ K Guesthouse - gwangjang market - 1200+1200won RM4.35x2
✓ Gwangjangmarket - gwanghuidong = 1200+1200won RM4.35x2
✓ Korean silk gwangjang market 50k won = RM185 (5 helai kain pasang)
✓ Gwanghuidong-seoul STT -1200+1200won RM4.32x2
✓ Seoul Station - Itaewon = 1200+1200won RM4.35x2
✓ Tiket train Mugunghwa (Seoul to Busan) 28,600 won RM 98.76 / pax
✓ The halal guys = 21900won RM80
✓ Itaewon - myeondong = 1200+1200won RM4.35x2
✓ Myeondong - gwanghuidong = 1200+1200 won RM4.35x2
✓ Shopping @ Daiso = 14,050won RM51
💰Kos Belanja Pada Hari Ketiga
RM 565.72
RM 282.86 per pax approx
Sudah termasuk jumlah transport berdua. Tambang bas pergi balik ke hotel ataupun home stay. Naik bas pergi jalan-jalan sekitar Seoul dan balik ke hotel. Termasuk juga shopping beli kain pasang di Gwangjang Market untuk family. Selepas itu pergi beli tiket train Mugunghwa untuk ke Busan. Dah termasuk berdua juga. Kemudian, makan dekat Itaewon. Last aktiviti hari ketiga shopping di Daiso. Ada makanan dan juga barangan yang di kirim orang.Tiap hari repeat, suka. |
Malam itu lapar balik, dan seperti malam sebelumnya mesti kami singgah di CU Mart beli banana Uyu. Susu pisang itu buat rasa kenyang. Makan pula bersama jajan atau ramen. Nikmat betul makan masa dalam suhu sejuk. Sekian entri pada kali ini, semoga bermanfaat!
Last..
Belanja gambar kami berdua di Seoul :)
Belanja gambar kami berdua di Seoul :)
Jemput membaca entri berkaitan;
- Cara Menaiki Bas di Bandar Seoul / Busan, South Korea
- Bawa Adik Umur Bawah 18 tahun Travel Ke Luar Negara Tanpa Ibu Bapa
- Mengembara Ke Korea Selatan | Wajib Sewa Pocket WiFi Travel Recommends!
- Travel ke Korea Selatan | Berikut Tentang Tiket Penerbangan Pergi Balik
- Pengalaman Menginap K-Guesthouse Dongdaemun Premium Seoul, South Korea | Selama 3 Malam
- Musim Bunga #Seoul | Dongdaemun - Seokchon Lake Park - Gyeongbokgung Palace - Myeondong Shopping Street
Love,
Husnieyhusain
2 comments