Hari Pertama [Setibanya Di Seoul Korea Selatan] ; Waktu Bercuti Terbaik Adalah Pada Musim Bunga!

Day 0 (30 March 2019 Ahad)  Penerbangan dijadualkan boarding pukul 1.40 pm dan kami selamat tiba di Incheon Seoul waktu malam, jam 10...


Day 0 (30 March 2019 Ahad) 

Penerbangan dijadualkan boarding pukul 1.40 pm dan kami selamat tiba di Incheon Seoul waktu malam, jam 10.00 pm. Beza waktu Malaysia dengan Korea tak jauh pun. Satu jam sahaja berbeza. Waktu Korea laju sejam. Alhamdulilah dipermudahkan segala urusan ketika di imigresen dan kastam.

Ada cerita mendebarkan semasa dekat KLIA2, seorang wanita India (bukan Malaysian kot) berumur lingkungan 50 an, cuba mendekat dan minta husniey guide dia bila tiba di Incheon airport. Pada mulanya husniey layankan je auntie tu, sebab tak terasa pelik lagi. Beberapa minit selepasnya, tetiba dia duk video call dengan seseorang perempuan muda, mungkin anak dia. Tapi cara dia macam peliklah, Mak cik tu pass kan telefonnya yang tengah live video call.

Mak cik India yang diragui.
Ini husniey screenshot dari ig story 

Dari gaya bukanlah orang Islam tapi perempuan muda (indian jugak) cuba bagi salam bila mula video call dengan husniey (dia tengok husniey bertudung kot). Bercakap dalam Bahasa Inggeris, beritahu pasal keadaan emaknya tu tak pandai nak bawa diri, dan minta husniey guide bila tiba di Incheon nanti. Mula rasa pelik dan takut, yelah kita tak boleh terlalu baik dengan orang asing ketika di airport. Banyak kes husniey pernah baca, risau kalau diaorang ni penjenayah ke, scammer ke. Semasa beratur di gate, mula rasa takut bila mak cik tu dari jauh sengih dan dia datang dekat siap cuit then buat isyarat macam nak ingatkan tolong guide dia nanti.. Alhamdulilah selamat je landing dekat Korea, rasa lega betul. 6 jam lebih dalam flight dah lupa pasal mak cik tu.


Tapi kan, haaa the moment husniey beratur nak naik train di Incheon airport untuk ke bangunan lain, dalam suasana kalut ramai orang disitu tetiba dia munculkan lagi dirinya depan husniey. Masa ni dah cuak sebab dia siap cuit dari belakang. Tengah cakap telefon dan macam cuba nak pass telefon tu kepada husniey. Husniey nampak tindak tanduknya dari cermin pintu. Buat tak tahu je, train tiba kami masuk ke dalam dan menjauhkan diri dari dia. Risau sungguh, memang terfikir mungkin dia ni ada niat nak scam husniey, sebabnya perempuan muda tu kata emaknya tu tak pandai berbahasa inggeris tapi husniey ada terdengar dia berbual telefon guna bahasa inggeris. Rasa tertipu disitu. Terus doa harap Allah lindungi. Kita tak tahu siapa dia. Yang nak highlight kat sini; please jangan mudah percaya orang, mata jangan alpa dengan keadaan sekeliling, jika ada yang mendekat rasanya cukup sekadar senyum kot. Yelah kan, malang itu tidak berbau.

Berehat di Incheon Airport. Ada banyak bangku disediakan. USB port pun ada juga. 

Uii panjangkan cerita kat atas tu kan? Maaflah korang, nanti tak share husniey akan rasa ralat. Selalu berhati-hati ya. Oh ya, malam tu kami berehat dan tidur di airport. Ini kerja gila. Kalau dekat Malaysia bolehla kalau melepak kat airport tu sebab ada kemudahan lengkap, nak ke surau, nak ke tandas ada paip air nak makan ada banyak makanan halal. Dekat negara minoriti Islam ni agak mencabar dengan suasana pula sejuk. Pusing dalam airport terjumpa kedai CU mart macam 7-11 Eleven gitu. Dah lewat malam kan, perut lapar pulak tak tahu nak makan apa, so belilah susu segar berperisa pisang. Pertama kali rasai keenakan Banana Uyu tu terus jatuh cinta.


Husniey beli juga nasi segera then panaskan dalam microwave bersama sambal ikan bilis yang mak masak, 
bawa bekal packing dalam plastik kecil. 


At Incheon Airport 

Information board tentang bas sila rujuk di board macam ni  mudah difahami


Nama je musim bunga tapi suhu pada 
30 dan 31 haribulan Mac dah macam winter season. Ada terbaca perkongsian di group Road To Korea dekat facebook ada yang sempat tengok salji masa hari kami sampai tu. Malam tu juga kami keluar sekejap dari airport mencari hotel bajet yang boleh mandi, solat, salin pakaian. Tapi takde rezeki, dah penuh. Sejuk sungguh angin malam tu, haha merah muka masing-masing.

Nah, jemput tonton video yang husniey kongsikan di Youtube. Baru dapat lihat ragam dan suasana ketika husniey travel 


Day 1 (31 March 2019 Isnin)

Cerita di Seoul bermula dengan kisah dari airport ke penginapan. Pagi itu mengantuk betul, seronok duk lena dalam bas. Ambil bas yang bernombor 6011 ke Gyeongbokgung, dan dari Gyeongbokgung berjalan kaki sikit ke bus stop lain dan naik bas seterusnya bernombor 7212 untuk ke guesthouse kami terletak di Dongdaemun. 


Ikut je directions hasil carian di Google Maps

Bus stop here, area Gyeongbokgung 

Hari pertama di Seoul merupakan hari yang agak sukar, sebab terkejut dengan suhu yang agak sejuk. 
Suhu mencecah 3 degree waktu siangnya, malamnya -1. Memang sejuk. Terketar ketar menahan sejuk. Keluar kejap dah beku jari ni. Kena pakai gloves.


Jalan punya berjalan kami jumpa bangunan penginapan. Stay dekat dengan Dongdaemun Plaza, senang nak nampak bangunannya. Alhamdulilah dapat drop beg dulu, check in jam 3 pm. Cuba juga minta check in awal tapi tak dapat. Guesthouse ini super busy, agak ramai tetamu. InsyaAllah akan ada entri berasingan tentang penginapan yang husniey menginap di Seoul..


Ada Apa di Myeondong Street? 
Pelbagai jenis premis perniagaan yang terdapat di Myeondong Street. Terdapat kedai makan, kedai kosmetik yang popular, kedai pakaian, kasut dan lain-lain lagi.

Kemeriahan di Myeondong 

Terjumpa dinding ni macam lawa je, hehe terus suruh suami posing disini

Pendek kata Myeondong ini merupakan one stop centre. Semua ada disini. Tapi hati hati tau dengan street food yang dijual, ada beberapa gerai claims makanan tu halal dimakan tapi nampak macam meragukan. Kenal pasti makanan tu macamana, kalau tak bercampur dengan benda haram atau daging / ayam. Ada rasa yakin bolehla makan. Contohnya husniey makan Bunggeopang ia adalah sejenis roti berbentuk ikan dalamnya ada inti coklat, red bean, pisang, sweet potato dan lain-lain. Tak ada bercampur dengan makanan lain. Rasa yakin husniey beli laa.

Comel je kan. Akan dipanaskan semula

Yess, iya sedap tau! 

Dekat luar negara, signboard pun macam lawa je 😂 


Kampungku; Makanan Halal Sedap di Myeondong

Masa sampai je Myeondong kami dah lapar sangat, so misi pertama ialah makan-makan. Kedai makan Kampungku. Haa, ini merupakan kedai makan Halal. Alhamdulilah senang jumpa kedai makanan halal di Myeondong.. Tak rujuk google maps pun, jalan jalan santai aje terus terjumpa. Bersebelahan dengan Kampungku tu siap ada Halal Mart.

Bahagian depan kedai makan Kampungku, Myeondong 

Semua sedap. Recommended! 😍 

Halal Mart - Kedai runcit yang menjual barangan makanan halal di Myeondong. 

Suasana dalam Halal Mart

Menu kami pesan ialah; Nasi Goreng Kampung, Halal Ramyeon, Bulgogi dengan nasi putih, crispy chicken. Minuman free je, air masak
(Jimat dah kat situ). Suka kesemua menu kami order sedap sungguh. Memang lega perut ni hilang terus rasa lapar.

📍 Total hangus belanja makan di Kampungku ialah 31500 won = RM 115 untuk tiga orang. 
Ada 4 menu. Agak mahal tapi okaylah first time labur duit pada makanan 

Ayam goreng rangup sedap.. 

Masuk saja ke kedai makan Kampungku ni mata rasa teruja lihat suasananya. Simple tapi teratur. Lagi tambah teruja bila orang Malaysia yang berniaga disitu.

Usai je makan di Kampungku, kami pergi sambung berjalan-jalan di Myeondong Street. Ramai sungguh orang dekat kawasan street ni. Meriah. Lagi syok tengok pelbagai kedai kosmetik, kedai barangan kecantikan untuk wanita. Mestilah kaum wanita paling happy bila ke Myeondong ni, hehe. Syoknya bila shopping dekat kedai kosmetik di Myeondong mesti korang akan dapat free gift masker la, sample product seperti toner, cleanser (nikmat terbaik) dan lain-lain.

Aneka produk kecantikan, skincare di dalam store Nature Republic, Myeondong

On the way balik ke guesthouse kami sempat berjalan sekitar Dongdaemun Plaza setelah makan di Kampungku. Kawasan Dongdaemun plaza ini ialah berdekatan dengan guesthouse husniey. Cantik sangat kalau korang nak photoshoot disini. Yang husniey perasan sini anginnya kuat sungguh. Sejukkk weh. .🤦‍♀️

💰 Senarai Belanja Di Seoul Day 1 

✓ Pocari sweat = 1800w RM6.50
✓ Topup Tmoney@airport = 20k won 72.03 ( incheon airport - Gyeongbokgung station)
✓ Topup Tmoney@7E = 10k won RM36.03
(sejong center - gwanghui-do,jangchungdan) 86200k won RM22.35
✓ Dongdaemun history culture-seoul station
2700 won (2 org) RM9.75
✓ Seoul stt - myeondong = 1350won + 1350won (izzat&husni) RM4.87x2
✓ Halal Mart myeondong = 5400won RM19.47
✓ Makan di Restoran Kampungku = 23500won
✓ Beli jaket @ dongdaemun underground shopping = 40k won
✓ Myeondong - dongdaemun STT - 1350+1350
✓ CU mart = 2400won (air banana)
✓ CU mart = 5400won (telor+air strawberi 3pcs)

💰 TOTAL BELANJA 
DAY 0 + DAY 1 SEOUL

122,800 WON | RM 446 berdua. 
Nilai semasa tersebut 10k won RM 37 

Bersambung pula di lain entri dah panjang berjela. Moga ada terselit manfaat disini.

Baca part two;
Jalan Jalan Di Seoul Musim Bunga <<

You Might Also Like

9 comments