Food
lifestyle
Resepi
Terengganu
Resepi Masak Lemak Buah Gajus Sedap (Jambu Golok) Terkenal Di Pantai Timur, Khususnya di Terengganu
5/25/2019 12:33:00 pmAssalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Didoakan semoga sihat dan ceria selalu. Bila tiba sahaja bulan Mac, April, maka kami di pantai timur terasa sukanya. Yelah air laut pun cantik, musim tengkujuh juga tamat. Musim mencandat sotong di sekitar perairan laut Terengganu agak meriah tau. Bila tiba musim nelayan dan orang lelaki pergi mencandat sotong. Kedua musim ini datang seiring dengan musim buah gajus.
Resepi Sayur Lemak Jambu Golok Bersama Sotong
Bahan-Bahan Yang Diperlukan Lebih 5 Bilangan Orang Makan;
- 1 kg Jambu golok (Untuk ramai)
- ½ kg Sotong bersaiz sederhana (Beberapa ekor)
- Santan secukupnya
- Bawang besar 2 biji
- 2 biji cili merah
- 1 inci halia
Pertamanya perkara paling lama mestilah proses menyediakan bahan-bahan. Bawang besar dipotong 6, tak besar tak kecil sangat. Cili merah di potong memanjang dan halus. Ini mak husniey yang ajar. Dari cara potong sampailah cara memasaknya.
Jambu golok mestilah dipotong dalam keadaan memanjang dan dibersihkan. Buang biji dan ramaskan ia untuk buang airnya. Letak jambu golok dalam periuk, masukkan air serta jambu golok yang dah bersih. Celurkan ia. Nak buang airnya tu je. Sekejap je tau dalam 5 minit. Toskan buang airnya.
Jangan lupa, potong dan bersihkan sotong. Masukkan sayur jambu golok tersebut bersama sotong, santan secukupnya, bawang dan lain-lain bahan ke dalam periuk. Masukkan juga air putih secukupnya. Buka api perlahan dan sentiasa dikacau kuahnya tu (masakan bersantan kan kena jaga jagalah sikit, tak boleh nak leka) 😂
JEMPUT BACA BAWAH INI ARTIKEL MENARIK:
14 comments
Pernah dengar tapi tak pernah makan lagi..teringin juga nak masak ni..
ReplyDeletebelum pernah cuba lagi jambu golok masak lemak
ReplyDeletelooks interesting. teringin jgk nak rasa ni
ReplyDeleteskrg ni byk sudah pokok ketereh yg dah mati. masa kecik2 dulu selalu gak makan colek ketereh ni.
ReplyDeletemama xpenah lagi makan jambu golok yg dimasak mcm ni
ReplyDeletesayur lemak br je mkn tp yg sayur lemak kobis ngan sayur lemak cekur manis...
ReplyDeleteFuhhh sedapppnya
ReplyDeleteFirst time dengar menu ni. Nampak sedap sgt tu Husniey. Lapar plak tengok. Hehe
ReplyDeletesedap nih! tambah petai lagi terangkat!!
ReplyDeleteJambu tu boleh buat gulai ye.. first time tahu nie..
ReplyDeletekan, sha...
Deleteunik.
sama la kita, first time tahu.
24 tahun duduk malaysia first time dengar nama lauk ni
ReplyDeletex pernah merasa ni, husniey.
ReplyDeletemungkin nanti ke rumah makcik, nak suruh sepupu masakkan :)
mesti cuba kan.
uhh sedap tuh masakan...
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.