Kelantan
Penginapan
Reviews
Travel
Apartment Menarik di Kota Bharu | Dapat RM 30 sahaja
5/22/2019 09:00:00 pmApartment Menarik di Kota Bharu | Paling Murah Pernah Dapat, RM 30 sahaja!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semoga berbahagia selalu. Mengambil sedikit masa untuk menulis tentang pengalaman menginap di apartment area Kota Bharu. Balik sahaja dari bercuti di Korea, hajat di hati memang nak berehat daripada travel kejap haha maklum sajalah duit dah banyak habis 😅
Last minute ada kerja di Kota Bharu. Sehari sebelum travel tu jugalah baru husniey kalut mencari penginapan murah di sekitar Kota Bharu. Ada je jumpa hotel bajet. Tapi harga pula tak berapa nak bajet sangat. Hehee.
Lalu husniey teringatkan website Airbnb. Haa kalau tak silap ada travel credit ni. So masa poket tengah sempit inilah eloklah tebus kan dan Alhamdulillah dapatlah murah bila buat tempahan penginapan. Cuma kena pandai cari harga yang berpatutan. Jumpalah penginapan ni, harga sewaktu jumpa itu RM 90 per night. Okaylah kan, tebus travel credit yang bernilai RM 60 husniey dapat jimat.
Plus siap dapat diskaun, maybe sebab apartment ini baru dibuka kot. Alhamdulillah rezeki kami berdua.
Tiba di Kota Bharu waktu petang, husniey minta tuan suami hubungi owner kemudian kami diberitahu perlu jumpa security guard dekat bawah dan kami diberi kunci, lalu naik lif ke tingkat atas terus check in. Bangunan apartment ini dari luar nampak belum dihias sepenuhnya. Mungkin masih ada kerja di apartment tu yang belum settle. Tapi okaylah takde nampak seram pun.
Kami dapat rumah jenis studio apartment. Simple tapi lawa. Suka betul homestay jenis studio apartment ni. Rasa macam mewah dah kalau dapat ruang begini, yelah kalau hotel ruang sempit kot. Ini ruang sesuai untuk dua orang dewasa. Kemudahan tak lengkap sepenuhnya. Tapi okaylah ada televisyen, mini kitchen dan perkakasan dapur seperti gelas pinggan cawan. Tak boleh masak. Seterika dan iron board turut tersediakan.
Paling husniey suka bila terjah dekat tempat tidur, rupanya bilik kami mengadap dengan permandangan indah. Cantik. Boleh nampak Sungai Kelantan. Nampak kesibukan bandar. Wahh serius rasa fresh je tengok view macam ni. Almari yang tersediakan agak besar. Meja serta kerusi untuk ruang kerja turut disediakan. Bilik mandi serta tandas juga besar ruangya.
Haa masih belum habis ni, ada lagi kemudahan best. Sesuai untuk yang menginap disini bersama keluarga. Apartment ini turut mempunyai kolam renang kanak-kanak dan kolam renang dewasa. Berlainan level. Ada juga bilik sauna. Syok juga sesekali kalau dapat sauna kan. Heee.
Bagi yang nak santai boleh bawa anak bermain-main di playground mesti happy kan.. Kami naik ke tingkat paling atas iaitu tingkat yang ke 19.. Indah betul layan view dari sini. Owner yang suggest kami untuk layan view lawa kat atas ni. Syok juga duk tengok kesibukan bandar Kota Bharu Kelantan dari atas.
Harga husniey dapat cuma RM 30! Teruja betul bila dapat menginap tempat okay macam ni dengan harga murah. Kalau anda turut nak merasa harga murah begini, hanya di Airbnb saja. Kalau korang nak bercuti serta nak dapatkan rate penginapan murah teruk, nah sila sign up Airbnb. Nanti korang akan dapat travel credit bernilai RM 120 dan boleh digunakan semasa buat tempahan guesthouse.
Berbaloi tak? Sekian, sampai disini sahaja perkongsian husniey pada kali ini. Mudahan, semoga ia memberi manfaat ya. Thanks for reading!
Jarak Dengan Lokasi Popular
📍 Best D'Kiara Apartment
Jalan Sultanah Zainab,
Kota Bharu City Centre, Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia, 15050
Last minute ada kerja di Kota Bharu. Sehari sebelum travel tu jugalah baru husniey kalut mencari penginapan murah di sekitar Kota Bharu. Ada je jumpa hotel bajet. Tapi harga pula tak berapa nak bajet sangat. Hehee.
Plus siap dapat diskaun, maybe sebab apartment ini baru dibuka kot. Alhamdulillah rezeki kami berdua.
Apartment Baru Best D Kiara, Kota Bharu
Apartment Best D'Kiara ini dalam 5-10 minit nak ke sekitar bandar Kota Bharu. Tak jauh pun. Masa mula membaca maklumat tentang penginapan, husniey macam rasa gusar juga dalam hati ini "eh okay ke tempat ni" , nampak macam tempat baru je. Satu lagi risau kalaulah tetiba tak dapat nak booking ke kan. Sebab tempahan dibuat agak lewat. Alhamdulillah everything was fine.
BACA SINI JUGA ARTIKEL MENARIK:
Pengalaman Menginap K-Guesthouse Dongdaemun Premium Seoul, Korea Selatan
Bahagian depan apartment. Masih macam kosong maybe belum siap dekorasinya.. tapi okaylah ada juga orang lain stay sini |
Our studio room for 1 night 😍 |
Kami dapat rumah jenis studio apartment. Simple tapi lawa. Suka betul homestay jenis studio apartment ni. Rasa macam mewah dah kalau dapat ruang begini, yelah kalau hotel ruang sempit kot. Ini ruang sesuai untuk dua orang dewasa. Kemudahan tak lengkap sepenuhnya. Tapi okaylah ada televisyen, mini kitchen dan perkakasan dapur seperti gelas pinggan cawan. Tak boleh masak. Seterika dan iron board turut tersediakan.
Mestilah siap ada aircond |
Ruang tamu dan Mini kitchen |
Kemudahan yang ada disediakan di dalam studio apartment |
Selesa 😍 |
Lawa kan, inilah view dari tingkap bilik kami. |
Cantik sangat view waktu petang. Nampak suasana bandar Kota Bharu |
Boleh beriadah bersama family disini |
Sesuai tempat beriadah bersama family |
Bagi yang nak santai boleh bawa anak bermain-main di playground mesti happy kan.. Kami naik ke tingkat paling atas iaitu tingkat yang ke 19.. Indah betul layan view dari sini. Owner yang suggest kami untuk layan view lawa kat atas ni. Syok juga duk tengok kesibukan bandar Kota Bharu Kelantan dari atas.
With my sweetheart ❤️ |
Cantikk, bukan? |
Berbaloi tak? Sekian, sampai disini sahaja perkongsian husniey pada kali ini. Mudahan, semoga ia memberi manfaat ya. Thanks for reading!
Jarak Dengan Lokasi Popular
📍Siti Khadijah Market - 1.01 KM
📍Cahaya Bulan Beach - 6.45 KM
📍Sultan Ismail Petra Airport - 8.19 KM
📍Sultan Ismail Petra Airport - 8.19 KM
📍 Best D'Kiara Apartment
Jalan Sultanah Zainab,
Kota Bharu City Centre, Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia, 15050
13 comments
Berbaloy2
ReplyDeleteharga bajet rm30 is insaneeeeee
ReplyDeleteSangat berbaloi ni Husniey.
ReplyDeletewow..murah dan berbaloi..:)
ReplyDeleteBerbaloi giler harga tu Husniey. Bilik pun ok sangat.
ReplyDeleteWoww memang berbaloi sangatlah husniey..tapii ni yang dekat mana ye. Xnampak lagi kat mana ianya ni
ReplyDeletewah bestnya, dah pernah sign up belum pernah cuba book
ReplyDeletebiar betul. murah sgt2 tu dan sgt berbaloi
ReplyDeleteWow murah tu
ReplyDeleteBerbaloinyaa husniey harga nii
ReplyDeleteberbaloi sangat ni kak.. dah la murah.. penginapan pun selesa ^^
ReplyDeletehttps://www.nurulsyahirah.com/2019/05/trip-family-ke-hatyai-thailand-part-1.html
wah...
ReplyDeleteboleh cuba nanti ni.
aida kalau ke kb, setia dgn holiday villa.
siap request bilik yg sama tiap kali gi :)
perghhhh ~~ boleh la jejak sini pula singgah.Mewah nampaknya,berbaloi tu harga serendah macam ni
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.