Rutin Penjagaan Kulit Menggunakan Pencuci & Pelembap - Aloe Ac Clean Bubble Cleanser + Aqua Whitening Cream By Hansaegee Nature

Assalamualaikum, Hai. Tak lama lagi dah mula nak berpuasa bagi tahun 2019. Mesti dah ada yang sibuk dengan persiapan bagi berpuasa dan ...


Assalamualaikum, Hai. Tak lama lagi dah mula nak berpuasa bagi tahun 2019. Mesti dah ada yang sibuk dengan persiapan bagi berpuasa dan beraya untuk tahun ini kan? Tak kurang juga ada yang misi nak kulit cantik mulus. Yelah kan pada hari raya nanti mesti nak tampil cantik depan pasangan, keluarga, sanak saudara. Perempuan kan, normal teringin nak nampak cantik. Husniey juga ada berangan nak kulit mulus cantik macam gadis Korea, hehe. Jom baca sama-sama skincare dari Korea yang best di bawah ini 


Rutin Harian Menggunakan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser 

Sejak mula mengenali dan menggunakan Bubble Cleanser ni, terus husniey jadi tersuka tanpa sengaja. Tak sangka rupanya tekstur ia jenis Foam Cleanser (Berbuih).

Jenis Produk: Pencuci Muka Jenis Buih
Kegunaan: Seluruh Wajah
Tekstur: Soft Bubble Cleanser 
Saiz: 150ml 


Pembersih muka ini boleh membersihkan kulit dengan secara mendalam ke dalam liang, dan yang paling penting adalah lepas guna ia akan rasa effect lembap tidak kering, selepas membersihkan muka, berasa bersih dan lembut, kelembapan berpanjangan dan tidak berasa kering pada kulit..😍


Bahan utama yang terdapat di dalam cleanser ini ialah; 

Aloe Barbadensis Leaf Juice (Ada aloevera, which is baik untuk menyejukkan kulit wajah, merawat kulit berjerawat, mengurangkan sunburn dan lain-lain lagi.

Tea tree leaf oil. Membantu melembutkan kulit, mengurangkan cela pada wajah, membersihkan, rawat kesan jerawat dan banyak lagi khasiatnya. Kalau google je pasal bahan semulajadi ni mesti rasa kagum.


Bagaimana Hendak Menggunakan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser 



Pertamanya, tekankan pada botol pencuci tu dengan jumlah bubble yang mencukupi, pastikan tangan anda basah. Kedua, urut muka perlahan dengan bubble tu, dan membuat urutan di sekeliling muka. Akhir sekali, basuh muka dengan menggunakan air suam.

Review Menggunakan Pencuci Muka Jenis Foam 

Hasil pembacaan dan sedikit kajian rupanya pencuci muka jenis foam cleanser ni sangat sesuai untuk buat rutin 'double cleanser'. Patutlah husniey rasa kulit muka bersih betul lepas cuci. Terasa seperti mencuci hingga ke lapisan dalam. Buihnya itu ringan, lembut je bila urut pada muka. Serius best 😍





Gebu betul tekstur cleanser ni kan?


Husniey suka pada bau nya, bila tekan keluar semerbak bau ekstrak tea tree. Wangi dan tenang. Kulit yang tegang, kulit berminyak dan meradang akan berkurangan. Kulit muka husniey jenis agak kering dan berminyak sedikit di kawasan T zone tapi bila gunakan pencuci muka jenis buih ni, nampaknya makin serasi. Oh ya pencuci muka ini sesuai untuk semua jenis kulit (kulit berminyak, kulit kering). 


Konsisten Menggunakan Aqua Whitening Cream 

Setelah selesai rutin mencuci muka, husniey akan lap muka dengan tuala yang bersih. Lalu apply toner. Kemudian, next step husniey tak lupa untuk apply moisturiser. Alhamdulillah sejak konsisten menggunakan krim pelembap muka ini husniey dapati banyak perubahan. Yes, memang kena selalu pakai baru hasil terbaik.




Paling suka fakta tentang krim pelembap ini ialah bukan saja berfungsi melembapkan kulit, malah ada fungsi menarik iaitu membaiki sel kulit yang break out serta turut memutihkan (ada bahan Niacinamide). Ia bagus untuk kulit kering & kulit sunburn. 

Love it!
Sejuk je kulit kita bila pakai ni. Paling suka bila sapu perlahan akan ada kehadiran water drop. Yes dah nama pun Aqua Whitening Cream kan. Aqua sungguhlah teksturnya. Fungsi waterdrop itu memberi kelembapan jauh ke dalam lapisan kulit.

Selepas beberapa saat sapu perlahan..
Nah, look at the waterdrop effect 😍


Kandungan bahan semulajadi seperti Camelia Japonica Seed Oil tidak menyekat liang pori. Ia juga turut membaiki kulit yang rosak dengan baik. Manakala kandungan "Niacinamide" - memperbaiki tona kulit yang tidak rata, mencerahkan. Anda boleh menggunakannya pada waktu pagi sebelum make up dan pada malam sebelum tidur. Itulah rutin pemakaian krim pelembap husniey. Sebelum makeup ia akan buat kulit jadi lembap dan makeup lebih smooth.

Aqua whitening cream ini senang dibawa travel :)

Semasa di Seoul, Korea

Semasa bercuti di Korea Selatan tempoh hari, husniey memang ingatkan diri untuk bersedia bawa pelembap dan sebab ada terbaca juga tips untuk travel di luar negara ni penting juga kita apply moisturiser sebelum keluar. Suhu sejuk memang best tapi kulit kita bakal 'shock' dan meradang. Tuan suami husniey, kononnya ingat tak penting pakai moisturiser.. sekali dia mengalami perubahan kulit kering yang teruk juga. Gatal-gatal jadinya. Sehingga mengelupas. Nasiblah husniey memang bawa krim pelembap dari Hansaegee Nature ni, so bagi suami guna juga. Alhamdulillah cepat okay.



Lega sebab kenal dengan produk dari Korea ini yang semakin menempa nama. Kualitinya yang terbaik menggunakan bahan ekstrak semulajadi, kesannya pun positif. Semakin serasi. Banyak perubahan husniey alami. Repurchase? Yes ~

Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari:

🍁Brand: Hansaegee Nature 

You Might Also Like

9 comments