Mengembara Ke Korea Selatan | Wajib Sewa Pocket WiFi Travel Recommends!

The Best Router Pocket WiFi | Travel Recommends . Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Macam biasa, husniey mendoakan sem...


The Best Router Pocket WiFi | Travel Recommends. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Macam biasa, husniey mendoakan semoga semuanya sihat belaka ceria dan dimurahkan rezeki. Kali ini teringin nak bercerita pengalaman menggunakan pocket wiFi ketika travel di Korea Selatan. Untuk pengetahuan kalian, ini merupakan pengalaman kedua husniey ke luar negara (menyewa pocket wifi). Semasa kali pertama husniey mula mengenali pocket WiFi ini ialah semasa travel ke Osaka, Jepun pada tahun 2017 lalu. Yelah zaman sekarang kita sangat memerlukan internet bagi mencari maklumat dan untuk terus berhubung dengan keluarga, rakan² semasa mengembara. Jom baca sampai akhir entri, semoga artikel husniey pada kali ini memberi manfaat.

Sedikit Maklumat Tentang Pocket WiFi Travel Recommends

Anda boleh membuat tempahan secara online di laman sesawang Travel Recommends. Bagi urusan mengambil dan menghantar Pocket WiFi, korang boleh pickup sendiri di Level 2, Arrival Hall dalam Tune Store jika travel menaiki flight melalui lapangan terbang KLIA2. Manakala jika anda akan berlepas menaiki flight dari lapangan terbang KLIA boleh juga pickup disana. Untuk penghantaran sehingga ke pintu rumah anda akan dikenakan cas RM 20 sehala. Nak mudah pickup jelah. Rujuk kat bawah, senarai tempat yang korang boleh pickup Pocket WiFi yang disewa.

Langkah langkah cara menempah, mengambil dan menghantarkan portable wifi

Lokasi Mengambil dan Menghantar Pocket WiFi yang Disewa

  • KLIA, Departure Hall Level 5, Lot 13-D, Books and magazine Store (6AM to 12AM)
  • KLIA 2, Arrival Hall Level 2, L2-73A, Inside Tune Store (24 hours)
  • Penang Airport, Arrival Hall, Level 1, Hotlink Booth (6am - 11pm)
  • Johor Bahru Branch. No. D-1-3 Pusat Komersial Bayu Tasek, Persiaran Southkey 1,Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor. (Weekdays-9am to 5pm, Saturday - 9am to 12pm). 
  • Kota Kinabalu Branch. Lot 9, 2nd Floor, Block A, Damai Plaza Phase 1, Luyang, 88300. Kota Kinabalu, Sabah (Weekdays- 10am-4pm)


Dalam beg.. 

Semasa pickup diberi bersama sebuah beg dalamnya ada 1 pocket wifi bersama universal travel adaptor (anda boleh gunakan semasa travel, tiap negara tak sama plug dengan negara kita punya). 1 kabel USB untuk urusan mengecas, dan juga sekeping kertas untuk guideline cara menggunakan pocket Wifi (ada password).

Kelebihan Menggunakan Pocket WiFi Travel Recommends

Jika anda mengembara ke Korea Selatan, Jepun router Travel Recommends ini menjanjikan Unlimited Data. Haa best bukan? Memang syoklah husniey tak ada rasa terbatas pun hendak menggunakannya. Boleh disambung sehingga 5 jenis peranti. Husniey travel seramai tiga dewasa. Jadi ada 3 buah smartphone serta 1 tablet yang membuat sambungan guna router pocket wifi ni. Menariknya sebab korang boleh sambungkan ke laptop, tablet dan telefon bimbit. Okay je line smooth sungguh. Siap kami download movie la, senang nak update story di instagram, whatsapp. Mudah dibawa kemana saja, letak dalam handbag ke bagpack begitu saja. Saiznya sesuai masuk poket seluar atau jaket baju. 



Paling husniey suka ialah baterinya juga agak tahan lama. Pocket WiFi ini korang kena cas bila dah lama guna (mengikut pengalaman, lebih 7 jam penggunaan masih bertahan). Boleh tengok dekat situ bateri tinggal berapa bar lagi, serius terbaik penggunaan baterinya yang lama. Dah ready standby dengan powerbank tapi tak pernah guna untuk cas poket wifi sepanjang 10 hari di Korea. Kami keluar pagi balik ke hotel malam pun still on.


Lebih menarik, liputannya juga meluas dan agak laju. Semasa mula tiba dekat Incheon Airport terus mencuba switch on dan gunakan ia, tak susah pun dah terus boleh connect internet dan terus berhubung dengan keluarga di Malaysia! 😊 Kemana saja kami pergi, mana arah ingin dituju, nak gunakan Google maps arah nak ke tempat menginap, perlu naik pengangkutan apa. Alhamdulilah, berkat usaha menyewa pocket wifi Travel recommends urusan kami semasa mengembara jadi mudah. Harga pelan yang ditawarkan berpatutan, korang jangan lepaskan peluang yang ada sekarang dengan serendah RM 8.40 / sehari!

Harga berbeza mengikut destinasi. 

Untuk maklumat lanjut sila layari pautan di bawah ini:

You Might Also Like

9 comments

  1. your one looks so cute and new. but mine is a bit old and small last time. what's important is that it was so handy and the coverage was good as well. ahhhhh stress. i need a trip like pronto.

    ReplyDelete
  2. Problem juga pergi travel kalau xde internet. Xleh masuk gambo dlm ig kan. Hihihi. Bagus ni pocket wifi :)

    ReplyDelete
  3. wahhh bestnya travel dah ada wifi device macamni. Memang tak risau la pasal data.

    https://www.farhanajafri.com/

    ReplyDelete
  4. Penting wifi bila travel ke overseas ni kan. Banyak guna dia. Boleh lah try sewa nanti.

    ReplyDelete
  5. aku tengok mu best pkai menda g korea hr tu. memang kena ada arr wifi bila melancong. usoh ke luar negara, dalam negara pun klu tkdp internet buleh sesat.

    ReplyDelete
  6. satu kemestian bila mengembara ke luar negara.

    ReplyDelete
  7. terbaek ni :) teringin juga rasa nak travel..

    ReplyDelete
  8. bagus info ni tq for sharing ye

    ReplyDelete
  9. Nanti nak travel boleh la apply

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.