Permandangan Indah di Pantai Pulau Kekabu Marang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Didoakan kita semua sentiasa dalam rahmat dan lindunganNya. Dah lama rasanya tak berkongsi temp...


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Didoakan kita semua sentiasa dalam rahmat dan lindunganNya. Dah lama rasanya tak berkongsi tempat menarik yang terdapat di Terengganu. Selalunya husniey akan menulis pasal kedai makan je. Kali ni ambil sedikit masa untuk berkongsi tempat menarik yang anda boleh masukkan dalam senarai, sesuai untuk anda yang suka bergambar dan photographer yang sukakan permandangan alam semulajadi 


Pulau Kekabu Marang yang terletak hanya beberapa minit dari Jeti Marang untuk ke Pulau Kapas. Permandangan disini sangatlah cantik, menarik dan sememangnya menjanjikan anda rasa nyaman je. Suasana ditemani warna hijau daun kelapa, rumput, dan biru lautnya. Pasti buat pengunjung yang datang ke sini rasa tenang je. Kalau nak masuk ke kawasan Pulau Kekabu ini kena melintasi jambatan sempit. Memang kecil hanya muat satu kenderaan ringan sahaja.

Makin banyak tarikan yang terdapat di kawasan pantai ini. Kemudahan juga tidak terlupa. Sudah ada kemudahan tandas yang tersedia. Gerai jualan serta surau. Seronok kalau tengok suasana disini. Keindahan pantainya yang landai serta biru pasti membuat anda rasa kagum. Rasanya ada sesetengah kawasan pantai disini anda boleh mandi, tapi hati-hati bila musim tengkujuh keadaan ombak dan angin yang tidak menentu. So lebih baik nikmati permandangan dari jauh je.

Jom layan view pantai yang indah ni.


Lihatlah keindahan ciptaan Allah ini. Tenang sungguh kan.. 

Laut biru, cuaca panas elok. Waktu sempurna untuk tangkap gambar permandangan

Lepak kat batu besar ni bersama suami, kucing comel ni datang minta makanan :) 

Jumpa sudut okay, kita cubalah tangkap gambar sekeping. 

Ini dah lebih sekeping, kesian pula tuan suami melayan si isteri ni, haha
thank you mr photographer ~

Artikel berkaitan di tangga teratas ketika buat carian 

Sebelum ini husniey pernah kongsikan di blog tentang suasana di Taman Rekreasi Pulau Kekabu ini. Baca sini selanjutnya. Masa tu kebetulan baru balik dari jalan jalan Pulau Kapas bersama adik Balqis. Alhamdulillah entri itu berada carta paling atas di Google Search. Moga lebih banyak artikel dari blog husniey membantu orang awam diluar sana 😍

You Might Also Like

15 comments

  1. Cantik.
    Tak pernah sampai lagi walau pun pernah lama menetap di Terengganu

    ReplyDelete
  2. cantik. ni kalau jenjalan petang seronok nya la hai

    ReplyDelete
  3. Bila pergi pantai...nak tengok arah angin..tengok arah pokok ke mana...hihihi..suka suasana pantai yang berangin..entah kenapa macam satu nikmat luar biasa tak dapat diungkap la Husniey.

    ReplyDelete
  4. oo, the other beauty of terengganu. mek tak rajin singgoh sini. buleh arr singgoh next time.

    ReplyDelete
  5. Tenangnya bila bau masin laut. Cantik pula pemandangan dekat sana kan.

    ReplyDelete
  6. Cantik betul Pulau Kekabu ni, akak pun aritu first time pergi. Tapi ada terserempak makcik kat hospital, katanya kena obor2 kat pulau kekabu. Kena hati2 kalau nak masuk dalam air..

    ReplyDelete
  7. x pernah singgah di Marang bila pi umah kakak di Dungun. Lps ni kena tengok la pantai yg comel ni..

    ReplyDelete
  8. Cantik tempat ia tu..dah lama teringin nak ke pulau kapas tak sampai² juga lagi hehe

    ReplyDelete
  9. syoknyaa...mmg lama nk ke Pulau Kapas tapi tak tersampai lagi...InsyaAllah soon..

    ReplyDelete
  10. Cantiknya pantai di Terengganu tapi tulah jauhnya nak ke sana..huhu

    ReplyDelete
  11. memnag nampak tennag sangat..entah bila dapat ke terengganu

    ReplyDelete
  12. indah.
    baru je aida share citer kat blog pasal pantai terengganu.
    ketahui umum la, pantai terengganu is ohsem.
    pasir pantai putih. laut bersih :)
    marang ni, aida x pernah singgah lepak. lalu lalang je.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.