Food
Kuantan
Tempat Makan
Travel
Bummbu Nasi Singgey - Hidangan Lauk Singgang Menu Tengahari Best Di Kuantan
12/30/2018 07:00:00 pm
Assalamualaikum, baru je balik dari Kuantan sempena akhir tahun ni kan apa lagi jjcm lah. Husniey jumpa tempat makan menarik, anda kena masukkan dalam senarai jika jalan jalan di Kuantan. Restoran Bummbu Nasi Singgey telah bermula operasi sejak dari 5 Ogos 2018. Dibuka dari pagi sampai petang. Jika di Kelantan atau Terengganu sangatlah sinonim dengan hidangan Kuah Singgang Ikan Tongkol. Di restoran ini pula menu istimewanya ialah lauk Singgang Daging. Eh singgang ikan tongkol pun ada juga tau! Jika anda mengidam kuah singgang bolehlah ke Kuantan singgah di Restoran Bummbu Nasi Singgey ni. Merupakan restoran baru yang best untuk anda lepak di Kuantan
Baca sini juga artikel best
📍 Tips Untuk Anda Bercuti Ke Pulau Dengan Harga Berpatutan
📍 Serum Natural Oil Penyelesaian Bagi Masalah Kulit Jerawat Jeragat
📍Travel Ke Korea Selatan Menggunakan Pocket WiFi Untuk Tetap Berhubung
📍Rutin Harian Dengan Skincare Dari Korea | Hansaegee Nature

Ini merupakan kali pertama husniey mencuba menu Singgang Daging.
Sebelum terlupa ingin ceritakan sedikit asal nama restoran ini. Apa maksud Bummbu tu? Bummbu itu perencah atau rempah dalam bahasa jawa. Singgey itu pula ialah Singgang (lauk Singgang yang ditulis dalam loghat Kelantan). Menariknya lagi di restoran ini. Resepi original dari temurun tok nenek owner dulu. Menu hidangan yang anda perlu rasai ialah Nasi dan lauk Singgey. Ia hadir sekali bersama sambal belacan dan ulam timun.

Terdapat pelbagai jenis set nasi yang dimakan bersama kuah singgang.
Bummbu Set
Set A: Ayam Bakar + Air Sirap / Teh O Beng
Set B: Daging Bakar + Air Sirap / Teh O Beng
Set E: Lemak Bakar + Air Sirap / Teh O Beng
Set F: Singgang Daging + Air Sirap / Teh O Beng
Adik Ida beria hirup singgang daging tu. Sedap sungguh katanya |
HARGA BAGI BUMMBU SET INI
DIJUAL DARI HARGA RM 6.50 SEHINGGA
RM 11 SAHAJA. Berbaloi bukan?
Husniey juga tidak lepaskan peluang mencuba menu Bummbu Plate, dalam menu ini ada Ayam Plate, Daging serta Kambing Plate. Puas hati sebab hidangan besar juga, harga pun berbaloi cuma
RM 13.50 hingga RM 17.50 sahaja. Bummbu plate ini sesuai sangat bagi anda yang inginkan kelainan atau tak teringin nak makan nasi :)
RM 13.50 hingga RM 17.50 sahaja. Bummbu plate ini sesuai sangat bagi anda yang inginkan kelainan atau tak teringin nak makan nasi :)
Selain itu turut disediakan menu ala pantai timur bagi menu sampingan iaitu Lempeng Nyior, Kepok Cheezy, Chicken Ball, Tuna Sandwich harga bagi side plate ini juga tidak mahal masih mampu makan dari RM 2.50 sehingga RM 6.00
Kepok cheezy yang sedap! kena cuba ni
Menu sampingan - Tuna sandwich dan Chicken Ball
Istimewa lagi di restoran ini adalah minumannya. Kalau anda tak ambil set nasi bersama minuman, husniey syorkan merasai keenakan minuman Bummbu Blend iaitu Kopi Bummbu Blend, Jagung Bummbu Blend, Milo Bummbu Blend yang berharga cuma RM 4.50 sahaja. Berbaloi dah dengan rasanya yang unik.
Siap ada aiskrim diletakkan sebagai topping.
Siap ada aiskrim diletakkan sebagai topping.
Review Ikhlas Makan di Bummbu Nasi Singgey
Untuk makluman anda, di Restoran Bummbu sekarang ini ada special offers iaitu minuman hanya berharga RM 0.50 sen bagi air sirap beng dan teh o beng.
Ini sangatlah gempak kan? Mana nak cari minuman manis berharga dari lima puluh sen sahaja. heee. Tak ada kat tempat lain tau. Payah jumpa ni. Pihak restoran turut menyediakan masakan barat bagi memenuhi selera dan kehendak pelanggan. Alhamdulilah ini dikatakan berniaga mengikut citarasa pelanggan.

Menu best disini husniey cuba ialah Nasi Singgang dengan Ikan Bakar, Ayam Plate. Sedap sangat rempah ayam bakar bersama kuah lada hitam. Tidak ketinggalan side plates seperti Chicken ball dan kepok cheezy. Syok habis tak pandang kiri kanan dah 😂
Port bergambar dalam restoran ❤️ |
Bersama rakan - rakan Blogger |
Sekeping disini untuk abadikan kenangan 😍 |
Kalau ke sini anda tidak perlu risau kerana kawasan restoran ini ada kemudahan parking. Waktu operasi pun sangatlah menarik anda boleh pilih nak makan pagi ke, nak makan tengahari disini. Ia dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Jikalau ada permintaan ramai mungkin bolehlah dilanjutkan waktu operasi hingga ke malam. Seronok dapat rasa singgang daging di sini. Daging lembut sungguh.
Design restoran cantik. So cosy. Meja kerusi diperbuat dari kayu pallet. Alhamdulillah semua okay. Mungkin perlu ditingkatkan dari segi servis saja. Rating diberikan 4.5/5. Untuk pengetahuan anda restoran ini turut membuat servis penghantaran makanan ke beberapa lokasi berdekatan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat!
Maklumat lanjut sila layari
Facebook:
Instagram
Lokasi:
14 comments
Singgang salah satu kegemaran kak PC...tapi singgang daging blm pernah lagi mencuba..
ReplyDeletealahai..sdapnya menu dia..:)
ReplyDeletealahai sedap la pulak bila terbayang daging tuh..
ReplyDeletetingat time duduk Qber.. hari2 menu mesti ada ikan kayu ikan tongkol.. hahaha.. singgang ni tok belah ayah suka sangat. tapi CT makan plih ikan. kalo x hirup kuah je sukalah ^^
ReplyDeletebtw air tu kalo x baca ingat air mangga. jaaagong rupanya =D
ReplyDeleteRabia lama tak pergi kuantan
ReplyDeletewahhh.. terbaek menu :)
ReplyDeleteMenariknya semua makanan! Cantik restoran dia
ReplyDeleteikan bakar tuh menariknyaaaa
ReplyDeletefebret ikan singgang tongkol.. ikan bakar dia mengancam hahhaha
ReplyDeleteAllahu, mengancamnya lah makanan semua tu. ada masa boleh try ni. done follow back :)
ReplyDeletemenu da mengancam.. hehe. mcm2 ada. sedapnya!
ReplyDeletemenu nampak sedap...terliur kak liez tgk
ReplyDeletemenu kambing bakar tu, wow!
ReplyDeletesinggang ni aida makan kat kelantan, kedai nasi ulam cikgu.
dgn budu. aduhai sedap nyer, husniey.
kalu ke rumah kawan di kelantan, dihidangkan dgn singgang.
simple. but aida rasa sgt selesa sebab tu makanan pantai timur, kan.
kalau dlm family aida sini, singgang tu lauk org sakit or bila dah takde idea nak masak pe.
Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.