SJ6 ACTION CAMERA – HARGA BAJET TAPI HASIL CANTIK!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera para pembaca semua. Mudah-mudahan sihat selalu ya. Pada kali ini husniey nak berkongsi maklumat dan u...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera para pembaca semua. Mudah-mudahan sihat selalu ya. Pada kali ini husniey nak berkongsi maklumat dan ulasan  berkenaan kamera yang baru dibeli pada Julai haritu. Penting ke nak ada kamera ini? Bagi husniey ia penting sebab kualiti yang terhasil daripada kamera ni berbeza dan lebih baik. Kalau anda seorang kaki travel pasti akan rasa terdetik nak dapatkan gambar yang hampir sempurna dan sedap mata memandang setiap kali keluar mengembara. Tak semua gambar sesuai dirakamkan menggunakan telefon. Sebelum ini husniey pernah guna xiaomi yi camera. 


Baca bawah ini untuk ketahui lanjut artikel berkaitan >> tentang Yi Camera dan Percutian di Bukit Gambang Resort City<<

Beberapa hari sebelum pergi bercuti ke Bukit Gambang Resort City, kamera husniey yang sebelum ini digunakan sejak 2016 telah 'arwah' tengok je dah pecah skrin, kebetulan husniey bagi adik pinjam bawa pergi sekolah sebab katanya ada jamuan raya. Uihh menangislah masa perasan skrin kamera retak seribu. Nak tak nak kena beli yang baru. Jom baca dibawah apa yang menariknya kamera SJ6 Legend ini.


SJ6 ini merupakan kamera keluaran SJCAM, ia hadir dengan beberapa warna iaitu dusty pink, white and black. Husniey pilih warna hitam. Skrinnya bersaiz 2.0’, memastikan anda melihat jelas setiap gambar atau video yang dihasilkan. Kameranya bersaiz sehingga 16mp dan sensor Panasonic. SJ6 ini turut boleh dirakam video dengan tetapan maksimum resolusi 4k pada 24fps. Memang sharp dan smooth videonya! 

CIRI CIRI KHAS YANG ADA PADA SJ6




  • Resolusi imej bersaiz 16 MP (4608*3456)
  • Resolusi video sehingga 4K @ 24FPS (2880*2160)
  • Display: 2″ LCD Touch Screen on the back, 
  • 1″ LCD Front Screen
  • Dilengkapi WiFi, imej stabilization, mini USB port, MIC support
  • Bateri yang bersaiz 1050 mah dan dapat bertahan sehingga 130 minit
  • Dimensinya berukuran: 59×21.1×41 mm
  • Berat: 82 gram
  • Video File Formats: MP4, MOV


Modes yang ada tersediakan di dalam kamera ini; Timelapse, Burst mode, Car mode, Underwater mode, FPV mode, Slow motion, Video+Photo Mode, TV mode

Lain lain tetapan tambahan: 
Distortion correction, Metering, 180 Degrees Rotate, Exposure Time, Adjustable FOV, Loop Recording, Double File, RAW Photos, GYRO, EV, Color, White Balance, Sharpness, Bitrate



Credit picture to sjcam.com 


Paling husniey sukakan ialah kamera ini kita boleh sentuh skrinnya, sangat moden ingatkan telefon je yang boleh disentuh skrin? Mempunyai dua skrin (belakang dan depan), yang bestnya di bahagian depan boleh lihat info tentang berapa minit video yang sedang direkod dan berapa keping gambar yang ada terhasil. Kalau anda nak selfie pun sesuai sangat guna kamera ni, cuma perlu setting timer sahaja. 

SJ6 ini ada fungsi Gyro Stabilization, terbaikk sangat fungsi ni sebab boleh hasilkan gambar atau video yang dirakamkan tidak akan ada kesan bergegar. Seperti kamera lainnya, SJ6 turut hadir bersama waterproof casing, boleh digunakan ketika melakukan aktiviti rekreasi di kawasan pantai, air terjun, taman tema air. Baru syokkan saat manis semasa bercuti dapat diabadikan dengan gambar dan video cun!


YANG TERMASUK SEMASA PEMBELIAN

Credit picture to sjcam.com 

1 x SJ6/SJ6 AIR Action Cam; 1 x Waterproof Housing; 1 x Bicycle Stand,  1x Frame Mount; 1 x Back Touch Door; 1 x Mini USB Cable, 1 x Switch Mount A; 1 x Switch Mount B; 1 x Switch Mount C
1 x Vertical Fixed Base; 1 x Universal 1/4″ Tripod Adapter, 1 x 360°Arc Bracket; 1 x 360°Parallel Bracket; 2 x 3M Adhesive Tape
1 x Curved Mount & Flat Mount; 1 x Cleaning Cloth; 1 x Multi-language Manual
1 x Lens Cover; 2 x SJCAM Stickers; 1 x 1000mAh Li-ion Battery(in the camera)

Haa lengkapkan? Semua tools turut hadir bersama bila beli ni. Husniey kalau beli kamera gini rasanya paling wajib ada waterproof casing dengan beberapa jenis switch mount sebab suka lekatkan pada tripod atau monopod. Menariknya lagi, sama ada anda merakam video konsert, filem pendek atau mempunyai event bersama keluarga dan rakan rakan bolehlah gunakan external mic. Mikrofon luar ini menjadi pilihan apabila anda ingin hasilkan video dan audio, tahap rakaman audio akan cukup kuat. Masa beli tak ada mikrofon kecil tu kena beli asing

HASIL GAMBAR DAN VIDEO DARI SJCAM SJ6 LEGEND!

Gambar bersama antara ahli Blogger Pantai Timur, Najah Mustapa dan Aira Nasrin

Permandangan di Arabian Bay Resort

McDonald’s Jalan Gambang 


Jemput tonton video yang husniey sediakan di Youtube. Boleh tengok kualiti video yang dirakamkan


HARGA SJ6 YANG DIBELI 

Walaupun trip untuk ke Bukit Gambang tinggal baki beberapa hari je lagi, husniey tetap rasa nak beli online. Habis semua website diterjah. Yelah masa tu nak pergi bercuti, masa tu jugaklah nak guna duit beli kamera baru. Bertabah jelah 😂 

Harga kamera SJ6 yang dibeli di Aplikasi Shopee adalah RM 440. Tu diaa, murah bukan? Specs SJ6 ni dahlah hebat harga pula mampu milik. Jatuh cinta dengan SJ6! 😍 

Jumlah kesemuanya RM 455.90 ada tambahan beg untuk kamera. Senang nak letak kamera dan alatan pentingya sekaligus dalam beg tu je

Seller di Shopee bagus juga mestilah tengok rating dulu sebelum beli, ramai yang komen servisnya bagus dan penghantaran cepat. Walaupun beli pada hari minggu tapi penghantaran tak sampai 24 jam. Sempat terima parcel sehari sebelum husniey travel. Jangan buat kerja gila macam ni last minute baru nak membeli belah. Tapi kes husniey ni urgent. Cari kat kedai payah barang gini 


Rujuk sini harga dan penghantaran. Nama seller pun ada kat situ boleh try tengok kalau berminat 


Beg untuk action camera saiz S

ULASAN DAN RUMUSAN

Paling best pasal SJ6 ialah dia mudah dibawa, husniey suka pada design yang kemas dan ada pelbagai butang yang memudahkan. Tetapan tambahan yang tersedia di dalam kamera tu pun menarik perhatian. Seronok dapat adjust supaya ikut citarasa, boleh tetapkan timer, video sampai 4K saiznya kalau nak sharp dan smooth. Tambahan lagi, dengan kamera ini husniey tak perlu risau gambar dan video yang dirakamkan dah boleh terus download di aplikasi SJCAM melalui smartphone. 
Senang sungguh dengan ada pelbagai kemudahan ni, dah tak perlu nak connect dekat laptop untuk urusan pindah gambar. 

Bagi anda yang punyai minat menghasilkan gambar cantik dan rasa suka kamera yang bersaiz kecil sebab senang dibawa, lagi pula tu rasa tak mampu nak beli Go Pro. Bolehlah beli jenis SJCAM ni. Paling latest series SJ8 rasanya. Tapi yang tu mungkin lagi mahal. Harga bajet tapi specs nya tiptop, kemah keming orang Terengganu cakap 🤭

Rating 🌟 🌟🌟🌟
Specification 4.3/5
Design 4.5/5
Tools Included 4.5/5
Quality Image & Video 4.3/5

Terima kasih membaca entri ini
Semoga bermanfaat! 

You Might Also Like

12 comments

  1. cantik dan compact..mcm nak juga la sbb nak ganti action camera yg sedia ada tpi kena menabung duluan ahhh

    ReplyDelete
  2. kena menabung la nampaknya, nak juga!

    ReplyDelete
  3. airah memang plan nak mencari action camera.membantu sangat review husniey

    ReplyDelete
  4. bagus juga ni.. berbaloi beli.clear pic dia.. tahan gegaran tu yg bagus

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah cantik dan berkualiti hasil gambar-gambarnya...

    ReplyDelete
  6. abe kie ada kamera digital sony yg dibeli 5 thn lalu tp jrg guna sbb lebih mudah snap pic dgn HP.

    ReplyDelete
  7. Meme kemah keming molek camera nii .. kena menanung la nak kalo sj8 tu berapa lah agaknya

    ReplyDelete
  8. memula keluar SJ6 ni kalo x silap laaa kalo x silap macam krik krik jugak. tapi lama2 depa improve and now da setanding yang mahaai =D

    ReplyDelete
  9. suka action cam sebab wide angle lawa. and kecik sangat handy nak dibawa kemana2..

    ReplyDelete
  10. rugi rasanya bila tak amik yang ni, tp takpe la rezeki ke Eken. huhuhu
    part video dia mmg terbaik kan

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.