Food
Hatyai
Tempat Makan
Thailand
TOP
Travel
Misi Jalan Jalan Cari Makan di Hatyai (2 Hari 1 Malam)
10/31/2019 08:23:00 pm
Percutian husniey dan tuan suami ke Bandar Hatyai, Thailand pada June lalu cuma selama 2 hari 1
malam. Kenapa cuma 2 hari 1 malam yer? 2 hari dah cukup untuk
cover tempat menarik yang terdapat di wilayah Songkla ini. Jom kita lihat tempat menarik yang mana husniey lawati ketika di Hatyai
pada hari raya keempat 1439H. Kalau nak tahu kesemua kos yang dikeluarkan untuk trip makan makan di Hatyai kali ini sila baca hingga ke akhir entri ini. Awas entri ini agak panjang tapi padat informasi. Sila kongsikan di media sosial anda jika tak sempat baca. Bookmark pun okay. Untuk tengok gambar menarik follow IG @husnieyhusain
18 JUNE 2018 | HARI PERTAMA DI HATYAI THAILAND
- LEE GARDEN PLAZA
Destinasi pertama kami singgah setelah kapal terbang yang dinaiki landing di Hatyai. Husniey dan tuan suami bersepakat untuk terus jalan jalan tak mahu check inhotel lagi sebab kalau dah ke hotel mesti lambat pulak kami akan keluar jalan
jalan, heee. Tambang untuk ke sini dari airport kami diminta bayaran 100
baht seorang, naik van. Kiranya driver van hentikan kami bebetul di depan
bangunan ini.
Lee Garden Plaza |
Lee Garden Plaza ini merupakan pusat beli
belah, misi shopping mula turn on apabila husniey melihat ada
banyak sangat jenis barang yang comel comel dan kualiti pun okay. Serius jadi geram tau.
karpet bulus comel trending sangat design tu tapi husniey takbeli pun, haaha |
Antara jenis barangan yang ada
dijual disini seperti kasut, fridge magnet, gelang, barangan aksesori, barangan gajet, perkakasan rumah dan lain lain lagi. Nak masuk ke sini,
anda perlu melalui pintu masuk yang ada dilengkapi dengan pengimbas keselamatan macam dekat airport. Bagus jugak bila diimbas begini, untuk memastikan anda tidak membawa masuk barangan berbahaya. Husniey terus
terfikir ke diaorang ada kes orang bawa pistol ke apa.. hahaa jauh
fikirkan
Seluar ni cantik, beli untuk kedua mak. Husniey punya satu je |
See kain dia cantik, selesa pakai tidur malam atau duk umah |
Pada mulanya tak ada rasa nak membeli sangat, tapi bila tengok sebuah kedai kasut ni lawa betul design kasutnya, terus terpikat. Harganya
berpatutan, kalau di Malaysia kasut macam ni mungkin berharga RM 70 ke atas
kot. Husniey beli sepasang kasut berharga 350 baht, dalam harga
RM 43. Lain lain barangan husniey shopping ialah fridge magnet 3 pcs 100 baht,
gelang bermanik 1 pcs 59 baht.
Total hangus dekat Lee Garden Plaza ini RM 63. Ini kes beli kasut je, hee
Total hangus dekat Lee Garden Plaza ini RM 63. Ini kes beli kasut je, hee
Design yang husniey berkenan ~ klik pada gambar untuk melihat dengan lebih baik |
Design bertutup macam ni semua nampak kemas dan cantik~ |
Setelah puas berjalan jalan di dalam Lee Garden Plaza barulah kami keluar dari situ dan mengambil keputusan untuk ke hotel
yang kami bakal menginap. Nak berjalan jalan sendiri tak susah di bandar Hatyai
kerana kemudahan tuktuk ada banyak disediakan. Korang kena bebetul tanya pasal harga sebab kami memula naik tuktuk ni, terkena jugak.
Kalau ikutkan kadar tuktuk ni murah aje dalam berharga 20 - 50 baht
sehala. Kami terkena 100 baht sehala (RM 12) dari Lee Garden
ke Train Hotel padahal tak jauh mana pun.
5 minit sahaja perjalanan ke hotel, husniey memilih menginap di hotel ini iaitu, The Train Hotel, sebab baca review di Agoda ramai yang mencadangkan untuk menginap disini sebab dekat dengan stesen kereta api. Senang nak akses ke mana mana destinasi. The Train Hotel ini terletak di tengah bandar Hatyai. Bersebelahan dengan stesen keretapi. Sebab tu namanya train hotel. Lepas selesai urusan check in dan masuk je bilik kami solat dan keluar semula untuk meneruskan misi jalan jalan cari makan di sekitar bandar Hatyai. Kami naik tuktuk dan turun di kawasan tengah bandar. Tambang tuktuk yang dikenakan kali ini lebih murah cuma 40 baht sahaja. Kemudian berjalan kaki untuk mencari restoran halal sebab perut dah mula lapar mestilah nak cari nasi, seharian tak jumpa nasi.
the train hotel and hatyai station |
5 minit sahaja perjalanan ke hotel, husniey memilih menginap di hotel ini iaitu, The Train Hotel, sebab baca review di Agoda ramai yang mencadangkan untuk menginap disini sebab dekat dengan stesen kereta api. Senang nak akses ke mana mana destinasi. The Train Hotel ini terletak di tengah bandar Hatyai. Bersebelahan dengan stesen keretapi. Sebab tu namanya train hotel. Lepas selesai urusan check in dan masuk je bilik kami solat dan keluar semula untuk meneruskan misi jalan jalan cari makan di sekitar bandar Hatyai. Kami naik tuktuk dan turun di kawasan tengah bandar. Tambang tuktuk yang dikenakan kali ini lebih murah cuma 40 baht sahaja. Kemudian berjalan kaki untuk mencari restoran halal sebab perut dah mula lapar mestilah nak cari nasi, seharian tak jumpa nasi.
Suasana di bandar Hatyai, June 2018 hujan renyai renyai |
Suka ayat di lampu isyarat ni. 'Turn Left With Care' |
- RESTORAN KELANTAN
Dah terbayang bayangkan masakan panas Ala Thai yang sedap tu. Mulanya mencari kedai makan Kai Tod Decha, ramai rakyat Malaysia yang mencadangkan kedai ni (dah viral di
media sosial). Tapi tak jumpa kedainya, so kami
singgah aje di Restoran Kelantan.
Menu pertama dirasai di Hatyai ni ialah nasi putih bersama sup ayam, paprik sotong, sayur kailan ikan masin, serta ulam timun bersama sambal belacan. Husniey ingat kedai ini biasa je, rupanya Restoran Kelantan ini kedai favourite orang kita juga bila ke Hatyai.
Ada pelbagai masakan panas, tomyam pun ada. Pekat piaw sungguh masakan disini. Makan berdua dengan masakan panas disini berjumlah 320 baht.
Menu pertama dirasai di Hatyai ni ialah nasi putih bersama sup ayam, paprik sotong, sayur kailan ikan masin, serta ulam timun bersama sambal belacan. Husniey ingat kedai ini biasa je, rupanya Restoran Kelantan ini kedai favourite orang kita juga bila ke Hatyai.
Ada pelbagai masakan panas, tomyam pun ada. Pekat piaw sungguh masakan disini. Makan berdua dengan masakan panas disini berjumlah 320 baht.
Masa husniey memula mengambil
tempat duduk belum ramai yang masuk, selepas beberapa minit ramai pula rakyat
Malaysia yang datang menyerbu. Kebanyakannya datang bersama keluarga dan
anak-anak, dengar mereka bersembang dalam loghat utara.
Yelah utara kan dekat sangat nak masuk ke Hatyai ini berapa jam je. Kalau dari Penang cuma 3 jam untuk ke Hatyai ini.
Yelah utara kan dekat sangat nak masuk ke Hatyai ini berapa jam je. Kalau dari Penang cuma 3 jam untuk ke Hatyai ini.
- LEE GARDEN WALKING STREET
Dah kenyang perut, teruskan menerokai bandar Hatyai dengan berjalan kaki ke Lee Garden Walking Street. Banyak lagi makanan yang belum rasai. Tak jauh pun berjalan kaki sekitar 10 minit sahaja dari Restoran Kelantan. Walking street ini macam macam makanan ada dijual. Walaupun jenis makanan dijual disini konsepnya food street, tapi husniey sangat puji sikap peniaga peniaga di Hatyai ini bagus sebab selalu kekalkan keadaan gerai dan kedainya bersih. Serius selesa je nak berjalan tak sakit mata. Dekat sini ada pelbagai jenis makanan, pakaian, buah buahan, barangan kulit seperti dompet handbag. Haa kalau dah ke sini korang mesti kena rasai menu menu disini kebanyakannya, best. Aiskrim kelapa yang pekat sangat. Siap ada isi kelapa. SERIUS SEDAP. 50 baht saja satu. Rugi pulak terbeli satu je duk berkongsi dengan tuan suami.
Aiskrim kelapa sedap di Hatyai
Nampak meriah kan topping tu ~ |
Masa kami jalan jalan cuci mata disini, hujan lebat sehinggakan kami rasa perlu beli rain coat. Nak beli payung macam rugi je, fikir nak bawa balik nanti susah. Walaupun di Bandar Hatyai
hujan, tapi tetap tidak membantutkan nafsu kami laki bini untuk meneruskan
misi mencuba makanan di Hatyai, hehe. Anda kalau terkena macam kami ni, tetiba hujan jangan risau beli jelah rain
coat. Ada dijual dekat kedai kedai situ. Murah sahaja dapat 2 helai cuma
50 baht. Boleh je tak pakai tapi kami ni banyak jalan kaki risau demam
Next makanan yang kami rasai ialah udang galah goreng kunyit. Besar gila udangnya. |
6 ekor udang galah berharga 300 baht. Memang wajib rasa udang galah ni weh kalau datang sini. Isi udangnya pun manis. Udang tu dicicah bersama sos cili thai. Perghh sedapnya bila teringat balik. Memang padu, m! Pulut mangga, pulut ayam pun ada dijual di kawasan ni. Kalau nak beli sosej atau makanan yang cucuk tu korang tengoklah sikit peniaga tu orang beragama apakah. Kalau pakai tudung dan tidak mencurigakan bolehlah beli. Husniey ada tengok orang kita beli dekat orang bukan islam, bukan nak rasis tapi risau takut tak halal kalau yang menjualnya pun bukan islam.
Harga ikut saiz. Akan dipanaskan semula. So nikmatilah ia panas² |
Udang galah goreng kunyit sedapp gila ~ |
- 7 ELEVEN @ HATYAI MENJADI PILIHAN MISI JJCM
Haaa sebelum terlupa, 7 Eleven di bandar Hatyai ni pun menjadi tempat wajib
kami singgah. Aduh banyak makanan dan minuman yang halal dan best mesti dicuba.
Ini antara yang husniey beli di 7 Eleven.
Murah, kami siap beli makanan dan minuman di 7E sebagai cenderahati untuk keluarga. Yes, hanya di 7 Eleven saja. Senang. Haha berapa kali duk keluar masuk.
Murah, kami siap beli makanan dan minuman di 7E sebagai cenderahati untuk keluarga. Yes, hanya di 7 Eleven saja. Senang. Haha berapa kali duk keluar masuk.
Slideshow, inilah antara jenis air yang dijual dalam 7 Eleven. Uih meriah. Dah lah murah murah. Geram tengok. Dalam gambar ni semua halal |
Kesukaan. 😍 😍 Kat Malaysia takda ni |
Ini pun sedap sangat. Dapat tahu sebab baca dekat instagram blogger Siqah Iqa. |
Nah. Kot korang tak percaya kan? Ada tanda Halal. |
Dalam pukul 9 malam lebih, rasa dah penat berjalan jalan cari makan kami
ambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja pulang ke hotel, lagi pun hujan dah
berhenti. Selamat aje berjalan kaki disini, walaupun kedai dah banyak tutup tak
rasa takut pun. 10 hingga 15 minit berjalan kaki dari Lee Garden Walking Street
ke The Train Hotel. Dah balik hotel apa lagi, solat rehat dan tidur!
19 JUNE 2018 | HARI KEDUA DI HATYAI THAILAND
- SARAPAN PAGI DI MUSLIM FOOD MALIAM RESTAURANT
Husniey tak pilih sarapan pagi di hotel semasa membuat tempahan bilik.
Jadinya awal pagi lagi dah keluar bagi misi mencari sarapan pagi. Yess. Seronok
sebenarnya jalan jalan cari makan di Hatyai kerana banyak juga pilihan kedai
makanan yang Halal di sini. Tak sampai 5 minit berjalan kaki dari
hotel, kami dah jumpa kedai makan halal. Muslim Thai punya kedai makan.
Menu pada pagi kedua ini roti canai kosong dan roti canai telur serta digandingkan bersama teh tarik. Fuhh memang sedap sungguh roti canai
Thailand ni. Kuah dia rasa seperti kuah rendang ayam gitu. Unik sungguh tapi
memang serius sedap walaupun ini kali pertama kami
mencubanya
Selesai sarapan pagi, pak cik yang berada di kedai makan tu menawarkan
perkhidmatan tuktuk. Siap beri business card. Terus tuan suami bertanyakan tentang tambang untuk
ke Chabura (Dimsum's Restaurant). Pak cik itu bantu kami tahan tuktuk yang kebetulan melalui depan restoran
tersebut dan beritahu rakannya yang kami mahu pergi ke Chabura. Pemandu
tuktuk tersebut tak pandai berbahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Hanya fasih
berbahasa Thai. Kapp kapp jelah sampai sudah yang husniey faham dengan bahasa isyarat. Kalau nak berkomunikasi dengan orang
Thai ni kena tiru lenggok bahasanya dan nada seperti
orangnya bercakap walaupun kita berbahasa Inggeris (barulah dia orang merasa sedikit jelas). Tak boleh cakap laju sangat ya
- DIMSUM CHABURA
Disebabkan teringin nak merasa dimsum yang ramai orang kita cadangkan di
facebook,
post pasal kedai Dimsum ini telah viral. Benarlah seperti yang dicanangkan tu. Sedap dan murah. Banyak pilihan
dimsum. Harga semuanya sama, 15 baht sahaja 1 piring. Murahh sangat kan? Dahlah banyak betul pilihan dimsum. Tak
jumpa dekat Malaysia harga makanan murah dan sedap macam ni.
Suasana restoran santai, servisnya pun bagus. Pekerjanya cekap. Kejap aje
dihantar menu kami pesan. Makanan lain turut ada disediakan seperti nasi
goreng, nasi kerabu dan macam macam lah lagi yang ada tu. Pening jugak tengok
menu yang disediakan. Semua nampak macam sedap je. Waktu operasi kedai Dimsum
Chabura ini dari pukul 6 pagi sehingga 2 petang sahaja. Kedai Dimsum ni dibuka
waktu pagi hingga tengahari saja (khusus untuk sarapan pagi hingga makan
tengahari)
Baca artikel best lainnya disini:
- Eksplorasi Tasik Kenyir 3 Hari, Jom Tengok Keindahan Tasik Di Terengganu
- Penginapan Terbaik Di Perth Australia Selama 5 Malam!
- Bersantai Di Pulau Warisan Kuala Terengganu, Makan Churros KT
- Road To Western Australia Percutian Tak Dijangka Menang Giveaway
- Kedai Spek Viral Nombor 1 Di Malaysia Harga Sangat Murah
Balik semula ke hotel menaiki tuktuk yang sama, sila ambik perhatian bahawa pemandu tuktuk kena tunggu korang makan di Chabura ini. Tiada perkhidmatan tuktuk disini. Jadi tambang pergi dan balik
kami dari The Train Hotel ke Dimsum Chabura dan pulang semula ke hotel
berjumlah 240 Baht.
- HATYAI TRAIN STATION
Sebelum balik ke bilik kami singgah di kaunter tiket keretapi, korang tak perlu risau kalau tak beli tiket awal pun sebab boleh walk in di kaunter tiket ni, tapi dinasihatkan beli awal beberapa jam sebelum waktu dijadualkan bergerak (kalau musim cuti, ramai orang weh).
Jadual keretapi dari Hatyai ke Padang Besar pada pukul 1.00 tengahari waktu Thai, kalau boleh setengah jam sebelum dah berada di stesen. Untuk pengetahuan korang, dari stesen keretapi Hatyai ini dapat ke wilayah popular di Thailand yang lainnya seperti Bangkok, Koh Samui, Hua Hin, Surat Thani, dan Chiang Mai. Serius bestnya kalau ada masa dan bajet lebih husniey nak juga merasa travel pusing satu Thailand menaiki keretapinya ni. Selesa je sebab ada disediakan sleeper bed bagi perjalanan yang jauh.
kaunter tiket ~ |
Tiket yang dibeli. Dari Hatyai ke Padang Besar. 50 baht seorang |
Jadual keretapi dari Hatyai ke Padang Besar pada pukul 1.00 tengahari waktu Thai, kalau boleh setengah jam sebelum dah berada di stesen. Untuk pengetahuan korang, dari stesen keretapi Hatyai ini dapat ke wilayah popular di Thailand yang lainnya seperti Bangkok, Koh Samui, Hua Hin, Surat Thani, dan Chiang Mai. Serius bestnya kalau ada masa dan bajet lebih husniey nak juga merasa travel pusing satu Thailand menaiki keretapinya ni. Selesa je sebab ada disediakan sleeper bed bagi perjalanan yang jauh.
Kalau korang ke Stesen keretapi Hatyai, mesti rasa macam teruja nak bergambar sebab kawasan stesen ni macam old school (vintage gitu!).. Sungguhpun begitu ia tetap masih dijaga rapi dan bersih. Perjalanan dari Hatyai ke Padang Besar mengambil masa 1 jam sahaja. Bila tiba di Padang Besar kena turun cop passport yer. Kejap je tak lama pun. Dari sini bolehlah membeli tiket ke destinasi yang anda nak tuju seterusnya. Macam kami laki bini menyambung perjalanan ke Butterworth. 2 jam jugak ke sana menaiki ETS Alhamdulilah maka dengan ini berakhirlah sudah entri ke Hatyai.
- BELANJA HANGUS DI HATYAI SELAMA 2 HARI 1 MALAM
Day 1 🇹🇭
- Sim card AIS Buddy (1): 249 Baht
- Shuttle From Airport to Hatyai City (Lee Garden) 100 Baht x 2 - 200 Baht
- Kasut wanita 1 -350 Baht
- Gelang manik 1pcs -59 Baht
- Fridge Magnet - 3 pcs 100 baht
- Expensive tuktuk from Lee Garden to Train hotel 50 baht x 2 person -100 baht
- Tuktuk from hotel to the city 20 baht x 2 person - 40 Baht
- Raincoat (2) - 50 baht
- Shopping at 7 Eleven (Meiji Banana Flavour & Meiji Honeydew, cotton bud) - 45 baht
- Dinner @ Kelantan Restaurant 🍴 - 320 baht
- Seaweed - 100 baht
- Udang galah 6pcs - 300 baht
- Aiskrim kelapa depan Lee Garden Plaza - 50 Baht
- Shopping again @ 7 Eleven [Dark Chocolate Premium + Arabus Macchiato Coffee + Maggie Tomyam + Teapot Susu sedap Manis 2 ] -108 baht
Day 2 🇹🇭
- Sarapan pagi di kedai makan (roti canai telur, roti canai kosong, teh tarik 2) - 110 baht
- Dimsum Chabura - 160 Baht
- Tuktuk pergi dan balik - 240 Baht
- Tiket keretapi Hatyai ke Padang Besar 2 - 100 baht
- Beli jajan untuk souvenirs di stesen keretapi-230 baht
Total loss amount in Hatyai Thailand 2 Days 1 Night
2911 baht = RM 357 RM 178.50 per person
Pengangkutan yang digunakan:
Penerbangan Airasia dari KLIA2 ke Hatyai
berharga RM 162 per person. Beli last minute bukan harga promosi
Pengangkutan awam di Hatyai ialah tuktuk dan alternatif lain ialah berjalan kaki.
Balik ke Malaysia dari Hatyai merasa pengalaman menaiki keretapi. Itu yang beli belah minuman dan makanan banyak sangat, sebab balik ikut jalan darat. Hehe kalau naik flight jangan haraplah nak beli banyak macam tu. Nanti tak boleh bawa masuk kabin 😂
Nota penting: Korang kalau nak datang jalan jalan Hatyai semata nak pergi Floating market ke pasar pasar untuk shopping tu sila pastikan waktu operasi. Floating market buka hari Jumaat Sabtu Ahad sahaja kalau tak silap.
Lain lain tempat menarik pun ada waktu operasinya. Sila buat kajian terlebih dahulu.
Saja husniey tak pergi melawat banyak lagi tempat menarik. Nanti boleh datang lagii tak puas makan makan di Hatyai. Next time nak try naik train dari Sungai Kolok pulak. Nak masuk ikut Kelantan. Harap menjadi kenyataan. Mudahan bermanfaat.
Kalau ada soalan boleh ditanya di ruang komen. Jemput kongsikan artikel ini.
13 comments