Bukit Gambang Pahang
Pahang
Reviews
Travel
ACTIVE ACADEMY - Aktiviti Rekreasi Gempak di Bukit Gambang Resort City, Pahang
7/09/2018 08:57:00 pm
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Julai bagi tahun 2018 dimulakan dengan perkara yang hebat sekali. Husniey dan sebahagian team Blogger Pantai Timur berpeluang bercuti beramai-ramai di Bukit Gambang. Kalau sebut sahaja tempat ini mesti yang terlintas di fikiran korang tempat tarikannya cuma taman tema air kan? Haa jangan terkejut ya, mari rapat sikit baca sampai habis husniey nak buka rahsia Bukit Gambang ni, hehe. Okay sebenarnya terdapat banyak program yang dapat dilakukan disini antaranya ialah anda bukan sahaja boleh berseronok mandi manda di Best Large Waterpark, tapi anda juga berpeluang merasai pengalaman melawat Safari Park dan juga boleh mencabar kemampuan diri di Active Academy. Pada kali ini husniey nak berkongsi terlebih dahulu aktiviti yang team BPT lakukan di Active Academy. Aktiviti aktiviti ini sesuai dilakukan ketika bercuti bersama keluarga mahu pun rakan-rakan
APAKAH ACTIVE ACADEMY
Sebelum
menceritakan lebih lanjut mari husniey kenalkan terlebih dahulu tentang apa
sebenarnya Active Academy ni. Active
Academy merupakan pasukan korporat dan rekreasi luar dalam syarikat Bukit
Gambang Resort City (BGRC) yang menawarkan
pelbagai aktiviti atau pun program untuk anda tidak kiralah yang ingin
melakukan aktiviti rekreasi secara individu atau pun berkumpulan. Untuk
pengetahuan anda, pihak Active Academy mampu mengatur program untuk 500 orang
dalam satu masa. Juga boleh buat aktiviti team building seperti Ice Breaker
Energizer, Management Field Games & Obstacles Challenges. Obstacles Challenges
ini seperti program PLKN atau askar punya konsep. Tujuannya
untuk menguji emosi dan psikologi. Wah, hebat bukan? Tanpa membuang masa lagi, jom
baca dibawah aktiviti yang kami lakukan sepanjang bercuti di BGRC. Aktiviti Outdoor ini bermula pada pagi hari kedua 05 Julai 2018,
perlu berjalan kaki ke
Active Academy dekat saja dengan penginapan, Arabian Bay Resort. Tak sampai
5 minit berjalan kaki
BEST ADVENTURES THINGS TO DO IN KUANTAN GAMBANG, PAHANG
🎈PAINTBALL TARGET SHOOTING (Kanak – Kanak & Dewasa)
Jam 8.30
pagi: Dimulai dengan permainan Paintball
Target Shooting bagi kanak-kanak terlebih dahulu. Maklumlah kanak-kanak ni
nampak lebih bersemangat dan ceria dari ibu bapa, hee. Jadi sebelum mereka
bertukar emosi haruslah dahulukan mereka dahulu yer 😀
Minima umur untuk kanak-kanak bermain adalah 9 tahun
Permainan ini
mudah sahaja tak seperti paintball warzone agak mencabar.
Tak perlu risau disini staf AA mengajar serta menerangkan cara nak mengendalikan ‘senapang’ dan mereka juga yang menyediakan kesemua peralatan lengkap, dan mengisikan peluru yang dah habis.Seronok tengok anak-anak bergembira dengan tembakan mereka walaupun entah kena atau pun tidak ke tempat yang ditarget tu. Hehe yelah kan selalu mereka hanya tengok aksi tembak menembak di kaca TV atau telefon. Setelah tamat sesi bagi kanak-kanak barulah giliran kami orang dewasa pula, bersungguh semua peserta. Lagi lagi yang lelaki lah kan. Husniey pun tak terkecuali untuk mencuba kemahiran menembak. Haa puas hati dapat menembak, seronok sebenarnya dapat lepaskan geram atau stress
Minima umur untuk kanak-kanak bermain adalah 9 tahun
Slideshow ~ Paintball Target Shooting
Tak perlu risau disini staf AA mengajar serta menerangkan cara nak mengendalikan ‘senapang’ dan mereka juga yang menyediakan kesemua peralatan lengkap, dan mengisikan peluru yang dah habis.Seronok tengok anak-anak bergembira dengan tembakan mereka walaupun entah kena atau pun tidak ke tempat yang ditarget tu. Hehe yelah kan selalu mereka hanya tengok aksi tembak menembak di kaca TV atau telefon. Setelah tamat sesi bagi kanak-kanak barulah giliran kami orang dewasa pula, bersungguh semua peserta. Lagi lagi yang lelaki lah kan. Husniey pun tak terkecuali untuk mencuba kemahiran menembak. Haa puas hati dapat menembak, seronok sebenarnya dapat lepaskan geram atau stress
🎈ARCHERY / MEMANAH
Jam 9 pagi:
Aktiviti rekreasi seterusnya ialah memanah. Ia dikhususkan hanya untuk orang berumur 12 tahun ke atas sahaja. Aktiviti memanah dilakukan di kawasan padang, luas jugak padangnya. Disini juga
ada staf AA yang sentiasa memantau dan tak jemu mengajar mata ke mata team BPT cara
menggendali alat memanah dan memberitahu cara memanah yang betul
Semasa kejadian panah memanah ~ |
Tu dia.. Powerlah suaminya Blogger Sheila Adziz |
Gaya mesti ada, dah terpanah ke hati tuan suamiku ~lalaala 🤣 |
Paling
husniey tabik ialah bila staf memberitahu kawasan larangan dan memberi
peringatan kepada peserta agar berjaga-jaga dan tidak lalu lalang di kawasan
larangan. Ini tandanya staf disini sangat peka dalam menjaga keselamatan
peserta.
Mesti korang nak tahu siapa yang paling hebat dan skor tinggi dalam permainan ini kan? Mestilah orang lelaki.
Memanah ni perlukan daya fokus yang tinggi barulah panahan tu pergi tengah, hee geng blogger perempuan ramai tak menjadi mungkin kami kurang fokus atau tersalah teknik. Wajib cuba aktiviti ini kalau anda datang ke Bukit Gambang ya, boleh asah kemahiran memanah. Lagi pula ia sunnah bagi yang muslim

🎈MINI SKY TRAIL
Jam 10.30
pagi: Aktiviti ini sedikit mencabar dan sudah tentu bagi yang gayat dengan
ketinggian pasti akan mengucap panjang 😅
Seperti biasa sebelum memulakan aktiviti, diberi taklimat tentang aktiviti tersebut. Diberitahu cara bergerak di atas kabel dan cara menggendalikan tali yang berpaut tu. Dari awal staf AA membantu peserta pakaikan dan pasangkan harnest, lengkap semua tali dan pastikan rapi berada di tempatnya. Aktiviti ini mengambil masa 1 jam lebih
Mini Sky Trail ini cabarannya anda perlu bergerak di atas kabel yang terletak di atas pokok dari satu platform (pokok) ke platform lain Mini sky trail ini rendah sahaja tidak terlalu tinggi dan ia untuk kanak-kanak yang mempunyai ketinggian lebih dari 130 cm tapi disebabkan kanak-kanak yang ada dalam trip kali ini kebanyakannya semua masih kecil comel je lagi, jadinya orang dewasa kena sertai
Slideshow ~ Nah seram tak tengok aktiviti panjat memanjat ni 😂
Sempat husniey rakamkan aksi panjat memanjat Sis Lea Azleeya |
Mini Sky Trail ini cabarannya anda perlu bergerak di atas kabel yang terletak di atas pokok dari satu platform (pokok) ke platform lain Mini sky trail ini rendah sahaja tidak terlalu tinggi dan ia untuk kanak-kanak yang mempunyai ketinggian lebih dari 130 cm tapi disebabkan kanak-kanak yang ada dalam trip kali ini kebanyakannya semua masih kecil comel je lagi, jadinya orang dewasa kena sertai
Jangan tak percaya aktiviti ini dipelopori ramai peserta dari kaum perempuan. Lelaki hanya beberapa orang
je. Nampak tak
kat situ beraninya kaum wanita ni. Semua boleh buat. Geng ibu ibu
ni berani lain macam tau :D
Bukan hanya hebat dalam menulis blog tapi kental juga jiwanya
Dalam banyak aktiviti, yang ini satu je
husniey dari awal menolak. Hanya yang ‘sekapal’ takut pada ketinggian aje akan faham
perasaan itu padahal tidak ada masalahnya pun. Semua dijamin selamat kerana dah
siap pakai alatan keselamatan.
🎈FLYING FOX
Aktiviti
Flying Fox ini kami lakukan pada pagi hari ketiga sebelum check out resort.
Jam 9.30
pagi bergerak ke padang beramai-ramai, diberi taklimat ringkas tentang aturcara
dan pihak pengurusan juga tidak lupa menekankan perihal kesihatan.
Jika ada yang sakit jantung atau baru lepas buat pembedahan dalam pantauan doktor dilarang melakukan aktivti ini. Berat maksimum untuk melakukan flying fox adalah 120 kg
Jika ada yang sakit jantung atau baru lepas buat pembedahan dalam pantauan doktor dilarang melakukan aktivti ini. Berat maksimum untuk melakukan flying fox adalah 120 kg
With my husband |
With blogger Sis Gee dan anak bongsunya |
Bersiap
siap dipakaikan harnest dan topi keselamatan, setelah itu kami semua perlu
berjalan menuju kearah hutan dan perlu mendaki bukit (dekat je dengan kawasan
padang). 5 minit mendaki bukit lalu menaiki tangga, hanya 5 orang sahaja yang boleh
naik ke atas pokok, 5 orang lagi akan tunggu giliran dibawah
Kemain berdrama
nak boleh mula terjun, haha husniey pun turut berdrama. Memula tu masa duk kat
bawah tak rasa apa lagi, dah sampai giliran dan berada diatas pokok yang tinggi tu rasa
seram sejuk pula. Kononnya berangan nak rakam diri sendiri flying fox dengan kamera sjcam tapi daku simpan semula kamera tersebut dek kerana debar kencang yang tidak dapat dibendung lagi
Masa nak terjun tu guide yang ada disitu tanya berat kita berapa dan beritahu pada staf yang bertugas di bawah sana. Husniey dalam hati, eh kenapa pulak tanya berat.
Alhamdulilah walaupun berdebar kencang akhirnya berjaya juga laksanakan aktiviti ini. Bila dah turun dah selesai, rasa okay je tak adalah teruk sangat.
Husniey sangat mencadangkan anda semua untuk merasai aktiviti begini sekurangnya sekali seumur hidup
Hiking dulu sebelum 'terbang' |
Tinggi jugak tangga ni, terus perasaan gayat itu hadir ke sanubari 😂 |
Alhamdulilah walaupun berdebar kencang akhirnya berjaya juga laksanakan aktiviti ini. Bila dah turun dah selesai, rasa okay je tak adalah teruk sangat.
Husniey sangat mencadangkan anda semua untuk merasai aktiviti begini sekurangnya sekali seumur hidup
🎈ATV RIDE
ATV Ride
ini ada banyak jenis yang anda boleh pilih, samada fun ride (mencuba menunggang
atv dalam jarak dekat sahaja) atau nak pusing satu Gambang pun boleh.
Harga fun ride RM 18 per person
Ada yang lebih mencabar tau,
anda boleh mencuba ATV Ride sambil melawati Wild Savannah di Safari Park.
Berpeluang merasai pengalaman menaiki ATV dan melihat binatang secara langsung tanpa ada batas pagar, cuma syaratnya tak boleh turun dari ATV. Nantikan cerita selanjutnya, itu memang pengalaman yang menarik

✨PAKEJ AKTIVITI REKREASI DI BGRC | PAKEJ SUNSHINE
Rujuk di gambar ini harga dan maklumat Pakej Sunshine
Sila rujuk pada gambar yang diselitkan di atas. Ia sesuai untuk anda yang
bercuti bersama rakan, keluarga, rakan sekerja. Individu mahu pun berkumpulan. Bagi yang berkumpulan minima 20 orang anda boleh menggunakan Pakej Sunshine iaitu Flying Fox, Archery, ATV Fun Ride, dan Paintball Target berharga RM38 nett setiap seorang. Harga yang ditawarkan sangat berbaloi. Kalau pilih satu persatu permainan dah RM 18, jimatlah pakej ni
🎀KEMUDAHAN DAN AKTIVITI YANG DISEDIAKAN ACTIVE ACADEMY, BGRC
- - Field Management Games
- - Telematch field
- - Day & Night Jungle Trekking
- - Problem Solving Puzzle
- - Treasure Hunt / Explorace
- - Flying fox
- - Paintball Warzone
- - ATV Ride
- - Sky Trail
- - Camping
- - Survival Skill
VIDEO PENDEK AKTIVITI REKREASI DI BUKIT GAMBANG.
JEMPUT LIHAT YA👇👇
Kita dah
tiba di hujung entri, akhir kata cuma nak pesan jangan buat tempahan lambat ya. Kalau tak mahu gigit jari. Bukit Gambang Resort City ini walaupun bilik resort banyak disediakan, tapi bila tiba aje musim cuti sekolah atau hujung minggu akan cepat
penuh.
Janganlah lepaskan peluang keemasan. Semoga artikel ini
bermanfaat!
BACA ARTIKEL BERKAITAN:
Tempat Best di Bukit Gambang - By Aira Nasrin Bukit Gambang Waterpark - By Shalimar Yusof
Desitinasi Percutian Menyeronokkan - By Lea Azleeya
Bukit Gambang Safari Park - By Ho Yun Ying
UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Laman Web:
Laman Web:
Email: activeacademy@bgrc.com.my
Facebook:
28 comments
bestnya macam2 aktiviti ada . tak bosankan
ReplyDeleteSangat tak bosan CCL, penuh dengan pelbagai aktiviti menarik
Deletekena repeat ni tahun depan
ReplyDeleteSetahun sekali kena gi sini.. Best experience
Deletenext year kena pergi ni.
ReplyDeleteKena pi..baru tahu nanti tak nak balik😚
Deletebest sangat sunshine package pun hehe
ReplyDeleteBetul tu, best kan aktiviti dia
DeleteTerbaik husni... Nnti kite pegi lagik dehhh... 😍
ReplyDeleteAwesome sangat..nanti kita pergi lagi sis lea 😍
DeleteTak puas buat aktiviti kat sana
Sumpah dah murah pakej yang ditawarkan untuk 4 aktiviti itupun memang dah kire all out
ReplyDeleteIyer.. Berpatutan dah harga tu.. 4 aktiviti kot serius menarik sangat.. Kalau ada yang tercari cari tempat, memang husniey suggest sini
Deletetakkan ku lupa saat kena terjun flying fox itu..tinggi gila oiii!!!
ReplyDeleteKan..perasaan dia macam nak bunuh diri sendiri, haha dengan tali kabel tu pun rasa was was 😂
Deleteseronoknyaa!!! rasa macam nak pergi lagi dan naik flying fox! dan moga-moga saja ada keberanian luar biasa untuk cuba sky trail, bukan mini sky trail. huhuhu
ReplyDeleteKan Najah! Seronok sangat.. 😍 insyaAllah nanti ada rezeki pergi lagi dan try buat skytrail tu..
DeleteTahun ni kite repeat selaluh lah..thn depan lmbt lg..kikikiki
ReplyDeleteEncik Izzat belanja lah 🙄
DeleteWah banyak rupanya aktiviti boleh buat. Menarik ni. Wajib masuk dalam list ni.
ReplyDeleteBanyak sangat Ana.. Meriah betul kalau buat family day di Bukit Gambang
Deletewah
ReplyDeleteteringat pengalaman pergi sana dengan member-member
hehehe
bukit gambang memang best sebab banyak aktiviti boleh buat
Wah hans dah sampai sini rupanya, mesti pengalaman yang tak boleh lupakan.. 😎
Deletekak liez klau nak arrange family day, mmg nak cr tempat yg ada adventure game mcm ni..sbb takdela ahli family day bosan..yg muda2 mmg nak aktiviti mcm ni..
ReplyDeleteKan.. Aktiviti kat sini pun sesuai dengan keadaan. Untuk kanak kanak pun ada. Aktiviti untuk orang dewasa pun ada
DeleteI'm going back after delivery to enjoy all the thrilling sports
ReplyDeleteYess, Dr Angel. Hopefully pregnancy and delivery smooth
DeleteBestnyaaa dapat jumpa rakan-rakan blogger dan tempt nie menarikkkkkkk~
ReplyDeleteNadia tak pernah ke Gambang lagi .
Best sangat Nadia.. 😍
DeletePengalaman yang sangat berharga.. Bukan senang kan nak jumpa semua orang, kalau ada trip macam ni barulah berpeluang..
InsyaAllah nanti ada rezeki tu
Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.