Bufet Ramadan
KL
Reviews
Tempat Makan
Ramadan Preview Juadah Warisan @ Pacific Regency Hotel KL
5/07/2018 04:00:00 pm
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, sedar tak sedar sekarang sudah berada
pada bulan Syaaban, lagi beberapa hari kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadan
yang mulia lagi indah. Setahun cuma sekali. Baru-baru ini husniey dan
juga rakan media yang lainnya berpeluang menghadiri Ramadhan Preview Buffet at Pacific Regency
Hotel Suite, hotel ini terletak di kawasan strategik kerana berada di tengah
bandaraya Kuala Lumpur, berhadapan pula dengan KL Tower. Panoramanya cantik!
Scenic View ~ |
Bagi warga sekitar Kuala Lumpur anda berpeluang merasai pengalaman
berbuka puasa dengan menikmati pelbagai aneka Juadah Warisan di Restoran Soi 23, Pacific
Regency Hotel Suites ini. Aneka juadah yang tersedia berkonsepkan masakan
tradisional ala kampung. Haa mesti anda yang berada di kota ni akan terubat rindu pada masakan kampung.
Bufet Juadah Warisan ini diketuai oleh Chef Zairul dan rakan-rakan chef yang
lainnya
Aneka juadah warisan @ Pacific Regency Hotel Suites KL |
Aneka juadah warisan @ Pacific Regency Hotel Suites KL |
Aneka juadah warisan @ Pacific Regency Hotel Suites KL |
Aneka masakan kampung
yang tersedia bagi bufet Juadah Warisan ini, lebih 100 jenis hidangan
kesemuanya. Jom tengok senarai menu lauk pauk utama ialah; Nasi kukus, Mee Hoon Cangkuk
Manis, Rendang Tok Wan, Ayam Beriani Johor, Ayam Bakar Masak Lemak Pucuk Ubi,
Ikan Asam Pedas, Daging Bakar Masak Lemak Pucuk Ubi, Gulai Kembang, Masak
Tempoyak Timun Tua, Ikan Goreng Pedas Bumbu Acar, Gulai Lemak Pisang Muda
dan lain-lain lagi. Masakan kampung ini enak digandingkan bersama ulaman kampung serta Aneka Kerabu Pak Mat
Tempe
Aneka Kerabu Pak Mat Tempe |
Gandingan hebat turut ada
disediakan iaitu sambal belacan, cencaluk, dan lain-lain jenis sambal yang
menarik untuk dimakan bersama nasi putih dan lauk pauk warisan melayu asli.
Wahh, sedapnya bila husniey teringat balik menunya!
Paling husniey suka menu utamanya
iaitu Udang Bakar Sambal Petai, Ayam Pencen Salai Masak Lemak Cili Api.
Bagi anda yang teringin nak merasai Bubur Lambuk, turut ada disediakan. Haaa tidak juga ketinggalan juga menu yang boleh dikatakan sentiasa hits dimana-mana sekarang ni, iaitu Nasi Briyani Pak Arab bersama Kambing Golek Bakar dan Ayam Percik
Bagi anda yang teringin nak merasai Bubur Lambuk, turut ada disediakan. Haaa tidak juga ketinggalan juga menu yang boleh dikatakan sentiasa hits dimana-mana sekarang ni, iaitu Nasi Briyani Pak Arab bersama Kambing Golek Bakar dan Ayam Percik
Kalau anda terasa nak berbuka puasa
dengan menikmati makanan berasaskan sup, mee, laksa juga ada stesennya. Boleh layan diri di Warung Sup. Paling menarik kan, anda tak
payah tunggu hari raya Aidilfitri untuk jamu selera dengan aneka sate dan lemang, kerana disini turut tersedia gerai Sate Kajang Sahmuri (sate ayam dan daging) serta Otak Otak
Muar, juga terdapat kuih muih yang dinamakan Jemput Jemput Bonzer Dato’ Keramat
Bagi wanita yang mengandung mengidam terasa nak makan benda masam, haa turut tersedia
stesen Jeruk Jeruk Nyonya Bibik Masdo (Jeruk Basah dan Kering), pelbagai aneka
pencuci mulut yang dimulai dengan buah-buahan tempatan, semanis nusantara
seantero dunia: yang menghidangkan pelbagai aneka kek seperti kek coklat,
cheesecake, dan biskut raya moden
Memang confirm anda semua akan bertambah
banyak kali sebab pencuci mulutnya ada banyak pilihan dan sedap sedap belaka!
Sate Kajang Sahmuri |
|
Jeruk Nyonya Bibik Masdor |
Buah-buahan tempatan |
Aneka pencuci mulut. Biskut dan kek |
ADA APA DALAM PERIUK BELANGA? Haa bulan
puasa sangat sinonim dengan menu ini juga iaitu; murtabak dan roti jala, kari
ikan berserta gulai kawah
Akhir sekali, disajikan dengan
stesen
Ais Kacang Kacang, ABC dilengkapi dengan pelbagai jenis hiasan dan perisa. Stesen ini dinamakan 'Jangan Terkejut', memang sesuai nama tu, sebab husniey terkejut jugalah banyak betul topping hiasannya tu.. hehehe sedapnya layan ABC!
Ais Kacang Kacang, ABC dilengkapi dengan pelbagai jenis hiasan dan perisa. Stesen ini dinamakan 'Jangan Terkejut', memang sesuai nama tu, sebab husniey terkejut jugalah banyak betul topping hiasannya tu.. hehehe sedapnya layan ABC!
Jangan terkejut |
Minuman yang ada disediakan;
minuman panas seperti teh tarik, kopi o, dan minuman sejuk sirap limau
(sunquick). Husniey suka pada teh tariknya memang menjadi, berkali-kali refill
air tu.. hehee tak cukup guna cawan kecil ditukarkan gelas besar terus :D
Last but not least berbuka puasa di
sini sangatlah dicadangkan untuk warga kota KL, ianya sesuai untuk dijadikan tempat pilihan anda berbuka
puasa.
Restorannya luas dan selesa turut ada kemudahan surau tidak jauh dari restoran, masih berada
di tingkat yang sama. Nak tempah dan maklumat lanjut baca dibawah ya. sila buat tempahan awal sebab dengar kata tiap tahun asyik full house aje
Harga Bufet Juadah Warisan:
→ Dewasa RM 98++
→ Kanak- Kanak &
Warga Emas RM 49++
→ Dewasa RM 98++
→ Kanak- Kanak &
Warga Emas RM 49++
7 comments
Antara tempat yang menarik untuk berbuka. Harga pun reasonable. Menu pun banyak juga.
ReplyDeleteRecommended satay dengan rendang dekat sini.
DeleteKan Ana.. Berbaloi sangat dah tu.. Suka jugak satay dia dan rendang.. Fuhh lambat nak boleh move on
DeleteSedapnyaaaa menu semua. Harga pun berpatutan
ReplyDeleteIya.. Memang dijamin sedap 👍😍
DeleteSedapnya. Siap ada jeruk yang tak tahan tu. Harganya pun berbaloi. Bolehlah masuk list nanti
ReplyDeleteJeruk tu memang sedap, sesuailah buat penggemarnya 👌
DeleteSilakan Kinah.. Heee
Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.