Lokasi Sotong Celup Tepung Best di Kuala Terengganu!🌸

A ssalamualaikum Husniey nak berkongsi lokasi yang best untuk korang yang datang ke Kuala Terengganu mencari tempat minum petang yang ad...


Assalamualaikum

Husniey nak berkongsi lokasi yang best untuk korang yang datang ke Kuala Terengganu mencari tempat minum petang yang ada sotong celup tepung, ICT, UCT, Pisang Goreng, ABC dan lain lain
Selalunya musim cuti sekolah, hari minggu, musim orang baru dapat gaji mesti ramai yang serbu! 😁



📍Pantai Pandak, Chendering Kuala Terengganu 

Terletak kira kira 15 minit dari bandar
Pantai ini tidaklah popular sangat dikalangan pelancong tetapi agak popular dikalangan penduduk tempatan. Haaa kat sinilah ada sotong celup tepung yang best.
Husniey suka pergi sini, dekat sikit dari rumah

Makanan dan minuman petang boleh dicuba disitu.
Warung cuma ada satu, berdekatan dengan projek hotel yang bakal naik tak lama lagi..
Memula masuk ke area pantai tu akan nampak warung ini dulu
Nampak ramai orang dan banyak kereta tu yelahh..

Tengok ni nampak sedap tak 😝
Sotongnya fresh. Masih terasa manis isinya, lembut je. Harga pun berpatutan..
Banyak lagi menu kat sini
Menu ringan ringan jela



Ada satu lagi kedai best kat Pantai Pandak ni terletak di hujung pantai, 
warungnya dalam pagar.. 
Pun sedap juga sotong celup tepung nya. Sotongnya segar..
Goreng pisang, keropok lekor dan lain lain menu makanannya..
Husniey ada mencuba Laksam.
Perghh pekat molek. Memang best 😍

Semua cukup rasa. Air jagung special pun best.
Ada biji jagung dan aiskrim jagung kat atasnya..

Oh ya, harga jugak berpatutan

Laksam menjadi pujaan hatiku ~


Keropok 5 = RM 1



Yang menariknya, Pantai Pandak ni juga satu satunya pantai yang agak landai di Kuala Terengganu







Disini selalunya penduduk tempatan bawa anak mandi manda. Bolehla nak mandi.. 

Video latest Pantai Pandak 2017




Mandi manda kat Pantai Pandak bersama keluarga mertua di Youtube Husniey
Jemputlah tengok



Kalau yang tempat makan popular macam Warung Pok Nong, Pantai Teluk Ketapang,
area airport tu agak jauh jika korang dari bandar..
Situ pun selalunya ramai orang..


Ini cuma dalam senarai kegemaran husniey sahaja..
Tak semestinya yang tak popular tu tak sedapkan.. Terkadang jauh lebih murah



📍Pantai Mengabang Telipot


Lokasi kedai yang husniey pernah cuba makan beberapa kali ini terletak tak jauh pun dari Warung Pok Nong
Selepas warung pok nong je..
Kedainya tepi pantai.. Tempoh masa untuk ke Pantai Mengabang Telipot ni dari bandar lebih kurang 35 minit lebih

Sini pun okay. Banyak pilihan makanan..
Mulanya husniey ke sini ingat nak makan di warung pok nong tulah, tapi bila sampai je kecewa tengok penuh orang beratur kat warung pok nong.. Padahal masa tu belum lewat petang pun..  Fuhh gila

Hahahaha kubawa hati lara makan kat kedai ni jelah..  😂😂
2x dah makan disini

Macam macam ada :D



Pilihan kedai kat atas ni memang dicuba sendiri oleh husniey..
Dekat lain pun ada je yang sedap kot, tapi husniey tak pernah cuba lagi..

Anda pernah cuba makan makanan di Terengganu,apa yang paling best dan rasa nak makan lagii? =D


Jom kongsi pengalaman kat ruang komen!


BACA SINI JUGA: 


>> CADANGAN MENU DAN RESEPI PADA BULAN PUASA <<

BUFET RAMADAN JUADAH WARISAN (HARGA BERPATUTAN) <<

>> TRAVEL TO HATYAI THAILAND << 

>> TRAVEL TO LOMBOK INDONESIA <<


You Might Also Like

17 comments

  1. seronoknya tengok! rasa macam nak pergi juga.
    plus sotong tu nampak mengiurkan 🤤🤤

    ReplyDelete
  2. tahun lepas pegi Ganu x ingat da berenti mana makan sotong tepung.. heheh tapi bila da potong tepung tu tanggal dari sotong miahahaha.. krik2 nak makan =p

    ReplyDelete
  3. pantai pandak tu best!anak-anak gee suka main..selamat mandi..kena wajib pergi tu!

    ReplyDelete
  4. pernah mkn kt pantai teluk ketapang...tringin nk try yg kt pok nong rmi ckp sedap tp tula rmi org pi situ kn

    ReplyDelete
  5. Lamanya tak menjejak kaki ke Ganu Kiter ni

    ReplyDelete
  6. Bila ada kedai IcT dekat pantai pandak ni husniey? Masa ana ke sini awal mac hari tu nampak ada satu warung. Yg tu ke?

    ReplyDelete
  7. dah lama x pegi sana..last masa konvo..tu pon xberapa jalan sgt.. bestkan jlan sana..

    Jemput join GA :)
    https://tinynasweet.blogspot.my/2017/11/giveaway-dhia-sumayyah-201117-141217.html

    ReplyDelete
  8. huwaa T_T ...Nak balik..nak makan sotong celup tepung.. huhu

    ReplyDelete
  9. Sedapnya sotong goreng tepung, crunchy, liat2 sikit, tempting pulak

    http://hanysapek.blogspot.my/

    ReplyDelete
  10. jom join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  11. aira memang kalau nak makan sotong celup tepung, sanggup pegi penarik dari klate ni. hehe. best2!

    ReplyDelete
  12. sedapnya my fevret ni sotong goreng tepung..

    ReplyDelete
  13. Inilah tempat yang LZ teringin pergi..
    Cadang nak pergi bulan Disember nanti tetapi cuaca pula tak mengizinkan..
    Postpone ke bulan lainlah nampaknya.. :-(

    ReplyDelete
  14. Rindu nak pergi Terengganu. Rindu juga nak jumpa geng masa belajar sama-sama dulu

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.