TEMPAT MENARIK YANG DILAWATI DI KYOTO, JAPAN

DESTINASI : Kyoto, Japan Assalamualaikum bersambung kita dalam kisah husniey ke Japan JUNE 2017 Boleh baca sebelum ni entri ber...




DESTINASI : Kyoto, Japan




Assalamualaikum bersambung kita dalam kisah husniey ke Japan JUNE 2017

Boleh baca sebelum ni entri berkaitan :

Penginapan di Osaka 6H 5M 
Beraya di Japan 2017
Ke Japan lah kita part 1 (tiket flight, day 1)
Apps Yang Digunakan Ketika Travel



Destinasi hari kedua ke Kyoto.

Kyoto ni daerahnya lebih besar dari Osaka. 
Banyak tempat tempat menarik dan ia seperti heart of Japan. 
Kalau tak ke Kyoto ni, tak lengkaplah. 


Dari Temma Station tempat husniey stay naik (JR) - Transfer to Osaka Station - terus ke Kyoto Station (710¥/pax) tiket 

Perjalanan dari Osaka ke Kyoto Station (by train), lebih kurang 45 MINIT





Dari Kyoto Station sambung lagi perjalanan then tibalah di Saga Arashiyama Station 



🌸 SAGANO ROMANTIC TRAIN 🌸


Tiba di Saga Arashiyama Station,
keluar jalan kaki je dah nampak tempat menarik disitu..
Masuk ke dalam bangunan sebelah stesen Saga Arashiyama, husniey beli tiket untuk menaiki Sagano Romantic Train
harga 620¥ / pax 






Warna warni dihiasi bunga bungaan 




Masuk ke dalam ni untuk beli tiket menaiki Sagano Romantic Train


Beli tiket Sagano Romantic Train disini 



Permandangan disini sangat tenang, kalau datang musim bunga atau musim luruh mesti kagum melihat keindahan alam semulajadi

Sagano Romantic Train melalui hutan dan bukit yang indah, sebab tu dipanggil romantic train.  Memang cantik. Siap ada sungai lagi.  haishh cantik betul



Sungai yang jernih, bersih. Pada musim bunga atau luruh boleh tengok pokok disini bertukar warna kekuningan, kemerahan 

Air sungai yang tak dalam pun









🌸 ARASHIYAMA BAMBOO FOREST 🌸

Untuk ke Bamboo Forest perlu berjalan kaki dari stesen keretapi, sekitar 10 minit berjalan kaki. Kalau tak faham map, boleh tanya di kaunter pertanyaan 

Boleh juga sewa basikal dalam perjalanan ke Bamboo Forest ni.. (kalau anda malas nak berjalan,  hehe)
Walaupun masa tu kami sedang berpuasa, ku gagah jua berjalan kaki


Haruslah ambil gambar bebanyak,
bukan senang nak sampai ke sini
My wishlist place to visit when travel to Japan
Orang kata tak lengkaplah journey ke Japan
kalau tak ke Arashiyama Bamboo Forest ni, hihi

Oh ya masuk ke sini free je tak payah bayar pun 😘





Rimbunan hutan buluh ~











Disini pelancong sentiasa ramai,
memang selalu lalu lalang..
Kalau nak bergambar dengan tenang dan cantik bolehlaa gerak awal.. Datang awal sikit. 
Masuk sini rasa mengantuk je mata ni,
Sejuk best, feeling fresh!
Dijamu mata ni dengan permandangan hijau 😍







PERMANDANGAN SAWAH DI KYOTO 🌸






Permandangan sawah dan bunga cantik ni semasa kami jalan kaki keluar dari stesen keretapi 
(Lepas menaiki Sagano Romantic Train), memang cantik sangat bersih pulak tu 



🌸 FUSHIMI INARI, KYOTO 🌸


Tempat yang ada shrines bebanyak warna oren tu,
kami ke sini tapi bergambar di luar dekat pagar je.. HAHA

Naik train lama juga dari Osaka, kami pergi pada hari ketiga menggunakan JR WEST RAIL PASS


Klik pada gambar untuk zoom in, boleh tengok kawasan mana JR cover di gambar sebelah kanan tu 

 Pada hari ketiga tu dari siang sampai ke malam kami guna pass ini sahaja harga 2300Y/PAX  

 Agak jimat jugaklah sebab perjalanan kami ni pergi dan balik semula ke Osaka
Dah pun dikira kira kalau beli tiket macam biasa tu, agak mahal (dikira satu persatu)
Pass ni sesuai bagi anda yang nak travel banyak tempat menarik di KANSAI, Japan.  
2300 yen tu bersamaan 24 jam je boleh guna pass ni 

Tak suka nak beli pass yang banyak hari, 
sebab tahu keupayaan diri ni tak semua tempat husniey nak pergi pun

*LESSON LEARNED : BANYAK TEMPAT = MAKIN BANYAK KELUAR DUIT BELANJA



Pass tu boleh dibeli dimana mana stesen keretapi yang besar, di atas ni pejabatnya kalau tak silap beli di stsesen Tennoji 😃

Jangan risau boleh dapatkan dimana mana stesen keretapi. Macam macam jenis pass ada. Boleh pilih sendiri,  bagitau je kat staff kaunter tiket tu




Permandangan semasa dalam perjalanan menaiki keretapi, mata ni dijamu dengan pelbagai keindahan alam di Japan.

Kagum betul melihat tempat mereka tak kira di kampung atau bandar, pesat membangun..
Train boleh diakses sehingga ke kawasan ceruk kampung 😍

Hebat kan?



Di Japan waktunya cepat dalam masa sehari takkan dapat cover banyak tempat menarik..
Perjalanan menaiki train 1 jam lebih dari Osaka
Memang agak jauh, plus cuaca agak panas dengan keadaan berpuasa
Tak lapar pun tapi dahaga je, hihi


INI LAH PINTU MASUK KE FUSHIMI INARI 



Muka pucat sangat masa ni



🌸 KYOTO STATION 🌸

Perjalanan diteruskan dari Inari ke Kyoto Station.
Ni sebab saja nak gunakan pass yang dah dibeli so pergi jelah jalan jalan kat area JR pass tu cover..


Di Kyoto, turun di Kyoto Station jalan jalan dalam mall, jalan jalan diluar kawasan Kyoto station


Kyoto tower hotel 

Cuci mata dalam mall 😂
Uih handbag kat sini semua design lawa lawa.

Kena tahan nafsu!





Kyoto Station ni besar gedabak.
Ada bermacam di situ.
Pusat beli belah, restaurant, ada pelbagai jenis keretapi, antaranya keretapi yang terlaju tu,
Shinkansen namanya (bullet train), antara train yang paling mahal ni di Jepun..😌

Shinkansen ni tak semua stesen keretapi ada 


Penuh orang ~


Kononnya nak jugaklah cuba naik dari Kyoto ke Shin Osaka dalam 15 minit je,
naik Shinkansen ni tapi mahal sangat. Hehe.
Kalau naik train biasa dalam 45 minit

Tak silap Husniey kelajuan Shinkansen ni 320km/j

Wow, memang superb laju kan 😉

credit picture to Kyotostation.com 


Ini lah contoh Shinkansen, muncungnya sedepa.  Hihi 




Baca disini juga :









Sekian perkongsian kali ni..

Semoga bermanfaat. 
Bersambung nanti episod di Osaka.. 
Ingat nak cerita semuanya disini, tapi macam panjang sangat je, hihi



Thank you for reading this entry! 😊




You Might Also Like

18 comments

  1. Suka tengok pemandangan alam semulajadinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak pc, tengok gambar pun dah kagum.. Tengok depan depan lagi lah, tak leh nak move on terus 😂

      Delete
  2. cantikknya pemandangan kat sana...bertuahnya dapat jejak kaki kat Jepun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik betul kak gee, rezeki tak disangka ni.. 😁

      Alhamdulilah insyaAllah nanti peluang kak gee pulak

      Delete
  3. Replies
    1. Kena pergi Rabia 😍
      Memang tak rugi,permandangan cantik tenang

      Delete
  4. Seriously cantik betul tempatnya. sesedap mata memandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nadhie,sedap je mata tengok kehijauan alam 😊

      Delete
  5. Cantiknya gambar sawah Dan bunga Tu. Panda ambil gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husniey takdelah pandai mana ambik gambar, main agak2 je angle 😂

      Btw thank you mamapp 😘

      Delete
  6. cantinya suasana kat sana, sejuk tgk air yg tenang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenang sungguh kak sheila, rindu sokmo suasana di Jepun

      Delete
  7. Wahhh travel osaka berdua dengan suami syoknya husniey..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni paling jauh setakat ni, hoho
      Backpacking je ni.. 😂

      Rezeki sementara masih berdua ni
      , cik ash 😊

      Delete
  8. syookknyaa, bila dapat jejak kaki kat sini T.T

    ReplyDelete
  9. syoknya! i wish i can be there one day. ameen. hihi

    ReplyDelete
  10. hai sis, nak tanya sis g bulan berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sorry baru baca komen ni, saya pergi musim summer. June tahun lepas 2017..
      Masa puasa dan raya

      Delete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.