Shopback : Step by Step Request PayOut

Assalamu'alaikum and Hi Everyone.  Nak kongsi pasal langkah langkah nak keluarkan duit dari hasil dikumpul menggunakan Shopback....



Assalamu'alaikum and Hi Everyone. Nak kongsi pasal langkah langkah nak keluarkan duit dari hasil dikumpul menggunakan Shopback. Bagi anda yang tak tahu lagi pasal Shopback ni boleh baca entri sebelum ini.

ENTRI BERKAITAN PASAL SHOPBACK

Entri ini dirasakan perlu berikutan sebelum ini saya pernah dapat pertanyaan melalui seseorang yang tak dikenali melalui email, "Macam mana nak keluarkan duit dari Shopback ni". Semalam sedang duk godeh website Shopback duk terfikir nak request payout hasil la, terus saya terfikir eloklah screenshot step by step ni 😊

Pertama : Sebelum tu kena tahu, Shopback ni ada letakkan tempoh masa before turn to redeemable​ hasil kita dah kumpul tu. Contohnya anda membeli barang di Zalora, Lazada dan juga ada buat tempahan hotel di Booking.com/ AirasiaGo/ Agoda -- melalui Shopback.

Setiap store ni berbeza term and condition nya, ada yang redeemable 45 days after purchase. Ada yang 60 hari dan lebih. Nak tahu lanjut baca kat atas ada saya bagi link suruh baca. Okay dah, sambung balik jauh dah melalut ni 

Step by Step Request Payout (Shopback) : 


Pergi kat cashback information ni akan nampak macam ni. 
Click pada Redeemable (yang hijau tu)



Contoh yang saya punya. 
Shopback akan inform berapa dari setiap cash yang telah dikumpulkan. 
Selalunya dapat banyak hasil melalui booking hotel, beli belah dekat Shopee ke Lazada. Untung sangat bagi korang yang suka travel sila guna Shopback sebelum buat tempahan bilik hotel ya! 
Banyak juga yang kita dapat  😍 


Dalam Apps Shopback ada tulis situ bila anda dah ada duit tersimpan,
so Klik pada Request Payout
Selepas tu akan keluar details account bank kita. 
Nak senang, cuma Setting dari awal kat User Payment Setting 


Yayy! My money On its way 

Akan dapat email dari Shopback
Ya, selalunya dekat seminggu juga nak tunggu duit masuk ke akaun bank. 
Dah masuk nanti Shopback akan beritahu juga. Bagus Shopback ni. I like!

Dah masuk duit akan dapat email juga dari Shopback
Lepas dapat email, check je memang ada! 😍

Ya, memang agak lama juga tempoh tunggu nak redeemable tu, tapi pada saya tetap berbaloi guna Shopback. 

Dapat la jugak kumpul balik sikit demi sikit duit yang dibelanjakan ~ dan juga menggunakan Shopback ni saya rasa seperti dapat diskaun 😍 
Ceritanya: Contoh beli Powerbank di Lazada, harga RM 62. 
Bila buat pembelian via Shopback saya dapat beberapa % cashback.
Tak ke tu ertinya kita dapat diskaun? Memang jimat sungguh

Faham ke tak ni.. Aduhai.
Haha tak reti sebenarnya nak buat orang faham 😂 😂
Susah. Kalau bercakap depan depan, senang sikit. Haha okay gurau je
Masih belum daftar Shopback? Nah daftar SINI Free jer Register Tidak Ada Cas.
Nanti Shopback akan bagi ganjaran!  Sekian, terima kasih kerana membaca entri ini

You Might Also Like

9 comments

  1. Memang best sebenarnya shopback ni untuk orang yang aktif berbelanja online.
    Kiranya macam diskaun la juga kan sebab kita dapat duit balik melalui pembelian haha.
    Banyak juga tu 100! boleh makan kepsi la ni nampaknya hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husni memang selalu banyak beli barang secara online je, sebab murah dan berbaloi.. Takde masa sangat nak keluar rumah.. 😂😂

      Lebih dari kepsi dah dapat belanja, hehe

      Delete
  2. Alhamdulillah...rezekikan...sikit atau banyak buat hati berbunga2 yey....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu PC.. Alhamdulillahh syukur dulu nikmat yang kecil, nanti Allah tambahkan nikmat yang lagi besar kan 😍😍

      Delete
  3. Selamat ana bukan kaki shopping.kalau tak mesti byk cash back tu. Hehehd

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha selamat sangat tu Ana, 😂 husni pun bukan shopping merepek sangat. Semua benda penting selalunya..

      Delete
  4. Banyakkk tu cash yg Husni redeem, sah kaki shopping online, hahaha. Kalau Mai tak bergerak la akaun tu, boleh kira dengan jari beli online/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husni selalu beli online barang biasa je Mai.. Barang keperluan diri yang nak kena ukur lilit, tak pernah beli lagi.. Yang tak mahal sangat dan tak murah sangat. Tapi biasanya lagi murah dari harga kat luar, hehe. Kena bijak berbelanja.. Gitcheeww 😂 🙈

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.