Berjaya Dapatkan Tiket Promosi Airasia

Assalamualaikum. Maaf diam kat blog ni beberapa hari. Niat memanglah nak kongsi bermacam tajuk dalam masa seminggu. Tapi kekangan waktu, a...

Assalamualaikum. Maaf diam kat blog ni beberapa hari. Niat memanglah nak kongsi bermacam tajuk dalam masa seminggu. Tapi kekangan waktu, agak terbatas nak aktifkan diri disini. Tapi saya tetap baca entri anda semua =P


Sepatutnya update cerita ke Pangkor terlebih dahulu. 
Tapi tetiba update yang ini dulu, tak sempat nak habiskan editing gambar ke Pangkor lagi. 

Sibuk sikit minggu ni tapi takpe saya tetap usahakan mana yang sempat. 
Bagi saya berblog ni boleh lupakan masalah yang ada. 

Jadi kepada pembaca yang terdiri daripada kawan kawan rapat dan keluarga. 
Janganlah pelik kenapa saya tetap update blog walaupun saya cakap saya sibuk. 

Biarlahh, saya bahagia berada disini 😂
Suka rakan rakan positif yang memberi respon disini tak sama berada di media sosial yang lain, Hihi
ALHAMDULILAH


Sedia maklum Airasia mengumumkan promosi Free Seat. 
Selalunya tak silap saya 2-3 kali setahun promosi besar- besaran ni. 
Awal tahun, pertengahan dan akhir tahun. (Betulkan saya, kalau tersalah info)

Tahun lepas saya sempat juga dapatkan tiket murah. Alhamdulillah dah selamat balik pun. 


12 Mac diberi keutamaan kepada ahli Airasia Big. Malam tu saya tak teringat pun pasal promosi ni. 
Tertengok dekat Twitter berita tentang ni, terus buka website AA via Chrome melalui telefon aje

Saya dah niat dari tahun lepas lagi, nak dapatkan tiket murah untuk bawa keluarga mertua naik kapal terbang. Mereka tak pernah merasa lagi. Sama juga dengan suami saya, dah kahwin dengan saya baru dapat merasa. Kadang orang ingat mahal. Sekarang dah banyak pilihan untuk dapat penerbangan yang murah dan mampu naik -

Beberapa kali juga usahakan cari tiket murah sebelum ni. 
Tapi takde rezeki nak dapat murah macam promosi Free Seat ni. 

Pernah juga sebelum ni letak dalam pilihan carian 6 dewasa, 1 kanak-kanak tapi jadi mahal 
Tak dapat harga promosi pun. 
Mungkin terhad kepada 2 hingga3 orang sahaja kot 😭


Semalam dapatlah saya beli 
Mungkin sebab baru lagi dibuka promosi tu, nak dijadikan rezeki saya kot

Saya isi lengkap carian untuk 6 Dewasa dan 1 kanak kanak. Tengok tarikh dan hari yang bersesuaian, 
barulah saya bersetuju untuk beli. Nasibla tak terhad. Alhamdulillah syukur! 

11.66 per person (ONE WAY), Total RM 81.62
Tak termasuk cas semasa buat pembayaran atas talian 





CONFIRMED :D


ini untuk redemption points 

DESTINASI DESTINASI YANG PROMOSI ~



Saya duk 'terliur' tiket promosi ke Osaka. Selalunya pergi dan balik RM 800+ kalau tak promosi. 

Tengok ni berapa je pergi dan balik. 
Fuhh Indahnyaa kalau suami saya bersetuju ke Jepun September ni, hahaha

Rasa mesti dah habis harga yang saya jumpa ni :- 




Mula tarikh harini 13 Mac sehingga 19 Mac Airasia buka promosi ni kepada orang awam
Travel Period September 2017 - Jun 2018.


Pergi cepat, dapatkan tiket ke destinasi yang anda inginkan 😍

You Might Also Like

17 comments

  1. wah bestnya! Elsa tak pernah lagi melancong naik kapal terbang huhu. In Shaa Allah satu hari nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mesti dapat merasa nanti.. ❤😍

      Delete
  2. Setuju tu. Saya pun suka berblog sebab banyak dapat respon2 yang positif daripada pembaca. Saya teringin nak tempah tiket murah ni. Tapi kalau dapat tiket, duit pulak takda susah juga hehe. Selamat bercutiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Syed.. Takpee. Beli awal 6 bulan sebelum, masih sempat menabung. InsyaAllah..
      Tu diaa saya bagi tips sikit😂

      Pergi dekat dekat je dulu Syed

      Delete
    2. Thanks for the tips hehe. kalau dah kerja ni saya cuba la guna tips ni.

      Delete
  3. alamak sis dah daftar akaun tapi tak bolehmasuk sebab activation code dia bagi expired...sedehhh :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daftar bila tu.. Boleh daftar semula kot tu.. Tak pun try login buat reset password

      Delete
  4. Ana tak tgk pun AA kali ni sbb tak plan nak pergi mana lagi. Huhu. Tggu next promo pulak.

    Last year ana guna promo AA ni bawa parents naik flight. Merasa juga dorang. Alhamdulillah ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husniey pun tak tahu nak gi mana sebenarnya. Destinasi teringin tu ada, tapi kena check pocket, kira-kira bajet dulu baru boleh beli tiket. Hihi

      Mesti rasa seronok kan dapat bawa parents naik flight. Alhamdulillahh...

      Delete
  5. Alhamdulillahh. Itulah memang niat dah lama ada tuan.. Masa promosi macam ni jelah baru dapat beli. Kalau beli tak promosi dalam negara je pun mahu 50-100 sehala 😂😂

    ReplyDelete
  6. Mak aihhh nak menangis tengok harganya murah sangat. T_T untung dapat jugak ya. ni yang nak terjah air asia ni

    ReplyDelete
  7. Siqah sedih dan kecewa 😣 nak beli sebab nak join kawan pergi travel next year. Tapi tak diluluskan cuti. Sedih 😣 hope nanti berubah lah kot boleh ke kan. Setahun lagi masa ni. Huhu.

    Bestnya awak dapat booked tiket!! Happy holiday! Hihi. Wish awal2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oloh sedihnya cuti pulak tak diluluskan 😭😭
      Harapnya ada rezeki Siqah cuti diluluskan.. insyaAllah boleh tuu 😘

      Thanks Siqah 🌸❤

      Delete
  8. Replies
    1. Hehe time promo je lah baru mampu beli kak jun 😁

      Delete
  9. Best kan dapat tiket murah promosi. Itu sebab kena alert semua benda bila nak travel ni. Kalau beli guna apps mesti ada promotion dia ..

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.