Assalamualaikum, okay kali ni nak share tentang trip kami ke Singapore dan Batam, Indonesia. Alhamdulilah segala perancangan yang dibuat sebelum ke sana telah pun berjalan lancar seperti yang asalnya dirancang 😊
Mari kita mulakan pasal tiket dulu. Mulanya kami bergerak dari rumah,
Kuala Terenganu - KL, naik Airasia je. Beli dah lama tiket ni, masa promo bulan 3 dulu, heee. Dapat tiket pergi balik KT-KL cuma RM 55 : 2 Orang. Ya untuk 2 orang, murahkan? Dua Hala pulak tu. Kalau naik bas mana dapat macam tu murah, heeee. Bagi tiket KL-SG pula one way : 2 orang RM 102. Jadi seorang baru 50+ je, hee masa promo bulan 8 haritu beli. 😉
Yang lagi bestnya seat kami tak beli pun, tapi pihak Airasia bagi kami seat bersebelahan je. Yeayyy suka sangat masa tu, yelah dapat mulakan perjalanan dengan senyuman ;)
Tiba di KL menanti penerbangan seterusnya ke SG pukul 12.45pm.
Sebelum tu makan dulu kat foodcourt di level 2
Boarding time pukul 12 tengahari, pukul 11.15am kami dah mula masuk ke pintu perlepasan antarabangsa, lalu kat imigresen dan kastam. Kenapa mesti gerak awal? Ingat ya nak kena lalui banyak kaunter security check, lebih kurang 3-4 kaunter. Huhu kalau buatnya ramai orang beratur memang makan masa jugak disitu. Tu belum hitung waktu nak berjalan ke gate, dapat gate yang jauh. Hahaha penatlah berjalan saja dekat 30 minit, kalau kalian jenis suka marathon haha datanglah lambat lambat neh
╥﹏╥
Jangan risau nak ke tandas ke, nak solat ke, semua ada kat area perlepasan ni
banyak pulak tu ada. Jadi kalau tak sempat nak ke tandas sebelum pintu perlepasan tu boleh lepaskan segala hajat masa menunggu tu. Heee
Alhamdulilah bertolak pada waktu yang ditetapkan, tiba di SG pukul 1.45pm :)
haa sebelum terlupa, seat masa KL to SG pun aku tak beli jugak, sekali tengok masa lepas check in and print boarding pass, seat bersebelahan lagi dengan suami. Alhamdulilah bertambah gembira nya lah kami haritu. Hahaa :3
Nah ini view negara Singapore dari atas
--- Perjalanan dan pengembaraan pun bermula bila tiba di SG airport. Tiba di sana, terus kami cari kaunter company travel and tours, dan dapatkan broucher free map SG, dan info info tempat menarik
Dalam airport. Cantik mende alah ni !
Alhamdulilah lepas tu menapak lah kami cari kat mana nak naik MRT dari airport ni. Okay, rupanya bila tanya kat kaunter information dalam airport tu dia bagitahu kena naik sky train yang ada situ, ke Terminal 2. Train pendek yang ada di airport tu adalah Terminal 1, free je tak payah bayar. Kejap aje dah sampai di Terminal 2,
dari terminal 2 kami ke ground floor.. turun ke bawah (tips nya kat sini, baca tiap papan kenyataan yang ada dalam tu) insyaAllah tak sesat ;)
Bila ke tingkat bawah, barulah jumpa kawasan MRT, mesin nak beli tiket, kaunter pertanyaan SMRT. Nak tukar duit besar ke duit kecil pun kami tukar di kaunter yang ada situ juga, sebab nak beli tiket tu kan memang kena guna duit kecil, seperti 2$, 5$, duit syiling.
Duit besar besar nii, memang kena 'pecahkan' ke duit kecil, kalau nak naik MRT, sila tukar okay di kaunter yang ada sebelum beli tiket. Mesin tak terima duit amaun besar (ㄒoㄒ). So tekan je kat mesin MRT ticket tu, tekan kemana pilihan destinasi yang anda mahu pergi.
MRT Ticket. Ni tiket boleh simpan walau dah habis guna, so bolehlah buat kenangan(^~^) |
Nota : Tiapkali dah habis guna untuk ke sesuatu destinasi tu.. memang kena beli pula yang lain, kalau nak sambung ke destinasi lain. Kalau kalian banyak list destinasi untuk dilawati, boleh beli pass day trip boleh naik semua pengangkutan awam disana, dengan harga boleh tahan okaylah. Yang tu kalau tak silap tak semua stesen ada jual pass untuk tourist tu. Jadi yang tu kalian kena buat kajian sendiri ye.
Macam kami ni, pilih untuk turun di Bugis. Ya, Bugis ni area tengah bandar dan dekat juga dengan tempat menarik yang ada berbagai street street tu. Tapi dari Stesen Bugis tu kena jalan sikit lah. Tiapkali kami turun je di stesen MRT, kami akan refer map yang ada di stesen tu. Masa jalan jalan tengah bandar tu, kami refer map yang dapat free kat airport. Yang penting refer je mana mana map yang ada, singapore tak susah sangat banyak sign board. Cuma kena alert tempat yang nak pergi tu area mana, jadi terus tahu tujuan ke mana :)
Dari stesen Bugis, kami berjalan ada dalam 5 minit + macam tu,
ni haa stesen Bugis :
Dah pun tiba di area Masjid Sultan. Masjid yang paling lama berada di Singapore. Cantik sungguh binaannya, interior design, dan kawasan masjid tu bersih sungguh.. Dalam tandas, tempat wuduk pun kering je bersih, tak rasa geli pun nak pijak :D
Suka tempat wuduk di masjid, diletakkan bekas sabun tu belah lelaki pun ada jugak. Memang nampak disitu, kebersihan paling utama diterapkan dalam jiwa penduduk sini ♥ |
Kebetulan belum solat zohor lagi masa tu, terus singgah solat. Rehat kat masjid situ kejap, sambil capture gambar bangunan masjid yang indah tu. Nah aku belanja gambar keindahan masjid tu ;
CANTIK SANGAT VIEW DI MASJID SULTAN SINGAPORE |
Dari jendela masjid ni, lawa pulak kan |
Kemas tersusun kain telekung diasingkan.
Bersih pulak tuu. Takde jumpa yang 'bertahi lalat' ♥
|
Lepas tu kami berjalan area Arab Street tu, beli fridge magnet. Haa kalau kalian nak beli souvenirs aku cadangkan beli disini. Murah dan berpatutan harga kat sini. Banyak jugak pilihan, dan kedai yang ada. Makanan halal pun senang dapat area sini. Kalau perasan, berdepan dengan masjid ni. Restoran famous situ yang selalunya dicadangkan oleh blogger lain iaitu Restoran Zam - Zam. Kami singgah minum air je kat situ. Heee rasa seram pulak nak makan, haha orang kata kalau nak makan di Singapore ni kau jangan gatal pergi convert dollar - RM, hahaha memang kau rasa mahal lah! Haha :(
sebelah sini ada restoran zam -zam tu |
ni lah area yang jual souvenirs murah murah tu. |
Murtabak saiz kecil pun 5$, kami tak makan pun. Tapi tengok orang makan macam sedap jer, nampak gaya lain kali kalau repeat SG kena pergi rasa jugaklah ni. haha
total kami minum di Zam-zam, 7.70$ = RM 17. Sedar tak sedar dah masuk asar masa kami duduk berlegar area situ. Setelah itu, bertapak balik ke stesen Bugis dan beli tiket MRT ke Bayfront (Marina Bay, lane biru) untuk ke sana.
Sampai di Marina Bay, kami turun je dari train, dah pun berada dalam bangunan marina bay tu. Dalam Marina bay tu lawa sangat, kedai kedai yang ada dalam tu, jangan haraplah nak masuk shopping
Semua barang yang jenis branded je kat dalam tuu. . Penat kot melangkah dalam tuu, besar tempat tu sampai sedar sedar eh ni dah macam masuk ke kawasan orang nak masuk ke casino mewah dalam tuu. Huhu jenuh cari pintu exit. Pastu tak ada arah sangat, kami ikut je kemana ramai orang tuju. Haa jumpa other side (exit) marina bay, dan jumpa pulak jalan nak Garden by the bay.
Yeayy boleh pun bergambar kat luar Marina Bay. Lawa kan view nii (☆^ー^☆) |
Dekat dah kawasan ni dengan Garden by the Bay. Lawa view area taman nii, tapi kami kononnya esok kalau sempat nak datang balik ke sini. Padahal tak datang pun, mula lah rasa menyesal tak terus je jalan ke taman tuu hari 1st tu 😂
Petang tu lepas dah puas ronda area situ, kami beli ticket MRT lagi
harga 3.80$ dua orang, dan naik di MRT bayfront - Harbour front (Feri ke Pulau Batam, Pulau Bintan dan lain lain ada di sini), keluar je dari MRT, akan terus masuk terminal feri.. heee. Tapi jauh jugaklah dekat 1 jam perjalanan dan ada dalam 25 stesen ditempuhi. Memang takde tukar mana mana stesen pun. Heee nasiblah laju je..siap boleh lelap terlena masa duk dalam tu.. selesa je dengan aircond sejuk, tak rasa belengaih pun. Hihi. Memang cukup mudah nak bergerak, takde masalah transport di Singapore ni.. guna MRT ni memang kita akan turun betul betul dekat dengan tempat kita nak tuju tu.
Turun je di terminal kami pun naik ke atas, guna escalator. Beli tiket feri, kejap je memang feri dah ready nak bergerak. Beberapa minit je kami tunggu. Terus masuk ke dalam feri. Haa sebelum terlupa, kami beli tiket feri sehala di company Batam Fast, walk in je tak booking pun. Harga 50$ : 2 orang. Seorang 25$
Bergerak dari Harbour front, SG pukul 8.20pm. Dari SG ke Pulau Batam cuma 1 jam je.. Agak pening jugak naik feri memalam tu, maybe laut bergelora kot angin kuat 😭
Tapi mujur boleh tahan perasaan mabuk tu. Aku jarang mabuk naik kenderaan apa apa, kecuali kalau kenderaan tu bergoyang teruk. Hahaha. Masa mula bertolak tu, memang kami teruja tengok permandangan malam Singapore dari laut tu.. cantikkk sangat.. berwarna warni cahaya, siap boleh nampak kereta kabel naik turun kat
Sentosa Island tu. Cantikk ada lampu lampu kat setiap kereta kabel tu
Nampak dalam gambar ni, kemeriahan dan warna warni cahaya lampu bangunan Singapore |
Tiba di terminal feri Batam Centre pada waktu tempatan Indonesia iaitu 8.20 pm.
Haaa ya waktu mereka lambat sejam, bestlah kalau kita gerak lewat dari SG sampai sana masa masih panjang lagi. Heee Oh ya malam di Indonesia memang panjang. Rasa lama sikit.
Alhamdulilah tiba je di Batam Centre lepas dah setel cop kat imigresen situ, disapa oleh pak imigresen situ. Haha dia ingat aku datang sorang. Siap tanya buat apa sesorang malam malam dah ni masuk Batam, hahaha muka dia sengih sengih. Nak ngorat lah tuu, hahaha :P :P bila aku cakap datang dengan suami dan tunjuk tu suami saya. Dia pun macam ohhh hahaa muka hambar terus, kelat gitu senyum. kah
Settle urusan kami terus melangkah mencari kat manalah pintu yang bersambung dengan Mega Mall Batam, rupanya kat tingkat 1. Bangunan terminal feri ni bersambung dengan Mega mall, kami pun cari makan dalam tu.
lalu sini, terus masuk ke Mega Mall :-D |
Mujurlah banyak lagi kedai makan yang buka, cuma nak memilih yang okay di tekak tu susah. Hahaa Makan lah kami di Restoran D Penyetz, makan nasi + set ayam penyet 2, air + pisang keju coklat. Total makan : 122k Rp = RM 39:D
berdesik pedas (╥_╥) |
Sudah je makan, cepat cepatlah keluar dari Mega mall tu cari teksi. Bagi aku kat indonesia ni tak susah cari teksi. Berlambak. Kadang kalau takde teksi pun mesti ada teksi sapu tu. Tapi kalau banyak pilihan teksi yang ada kalian cubalah tanya dan nego harga. Macam aku masa tu dah malam kan, pukul 9 lebih dah malas nak fikir dah sebab tak banyak yang ada. Mujur tak jauh mana ke hotel. Terus deal teksi tu, dicaj 50k rupiah ke hotel. / RM 16. Okay lah kot harga tu, lagi pun dah malam. Dekat je sebenarnya dalam 5 minit je perjalanan. Kami menginap di Greenland Hotel Batam, kenapa aku pilih area Batam Centre ni? Heee banyak sebabnya. Sebab tempat nak pergi mostly terletak area sini je :)
Menginap di hotel berharga cuma RM 100, dah pun bayar masa booking online. Yang best siap free breakfast, free Wifi kat bilik, free Shuttle, bilik aircond. Fuhh okay sangat berbaloi dengan harga tu. Kalau kalian kaki shopping boleh beli tiket feri turun di Harbour Bay, Batam. Bukan turun di Batam centre tau, agak jauh sikit nak ke sana kalau dari Batam Centre ni. Nagoya Hill. Ni kawasan syurga shopping kata orang, dan mall kat situ pun besar. Kalau dari Malaysia, pun ada feri ke batam ni.. naik feri dari Johor, tak silap di The Zone Stulang Laut - Batam Centre. Tiket berapa tak pasti pulak.
Alah area batam centre tu pun banyak juga mall, dekat dekat pula tu. Pelik aku banyak betul mall di Batam, memang marketing strategy mereka ni untuk orang singapore lah kot, maju jugak bandarnya walaupun hanya Pulau. Macam Langkawi lah Batam ni bagi aku. Besar jugak sebenarnya. Kalau suka pantai, dan nak tengok pantai lawa lawa duk area Nongsa. Turun pun di jeti Nongsa Batam ya, tapi naik dari Singapore ialah di Tanah Merah bukan di Harbourfront macam kami naik ni, tapi diingatkan jarak antara tempat menarik tu jauh jauh la kalau stay area Nongsa.
Sambungan nanti di part 2 pulabawah ni belanja hangus day 1 :
Thank you for reading this entry!
Update : trip Singapore - Batam PART 2
0 comments