Assalam and Hai! Post kali ni, aku yakin ramai lagi yang masih tak tahu macam mana nak shopping sambil berjimat, selain tunggu ada promosi ;)
Mesti tak sedar atau tak tahu langsung tentang kehadiran website yang kebabom ni..
Mungkin sebab baru lagi kot, tahun lepas kalau tak silap.
Haha rugi weh. Dengar kata, negara lain dah banyak guna cara shopping ni. Pada asalnya aku terjumpa shopback ni kat partners Airasia BigShot tu, then saja je tekan and baca description pasal company ni, konon masa tu nak kaji camner nak earn point untuk airasia selain beli ticket. Sekalii, haaa tudia.
Jumpa kebaikan kelebihan yg ada pada website ni.
Jumpa kebaikan kelebihan yg ada pada website ni.
Terus lah masa tu cepat cepat sign up, and belek belek website ni
Macam mana website ni memberi kita peluang untuk dapat saving balik duit?
----
----
Nah, biar gambar berbicara ;)
Nah ni video shopback. Tapi yang singapore punya. Hahahhaa sorry. Tak jumpa malaysia punya, main terjah je search. Sesuai untuk fahamkan :)
Macam mana nak earn cashback tu? Senang je. |
Dengan hanya tiga cara seperti gambar di atas bagitau, untuk kita earn cashback. Tiap kali rasa nak shopping online, cepat refer buka website terlebih dahulu. Then baru klik untuk shopping dimana stores pilihan anda. Pelbagai stores famous ada dalam ni tau! (;
Categories yg ada. Lihatlah sendiri. Nak beli apa, semua ada. Ticket flight, outfit, barangan elektronik, pakej travel, nak book hotel pun boleh! |
Kalau kalian berniat nak tidur hotel mahal mahal, macam JW Marriot, Shangrila, lagi apa lagi hotel mewah.. Haa tengoklaa dia bagi cashback sehingga RM 56! Tinggi kot.
Padanlah dia bayar mahal, sebab tengok lah satu malam dah berapa kan. Tapi still berbaloi, sebab dapat simpan balik. Hahaha kalau aku nak merasa sangat, satu malam je rasanya. Tu pun cari yang harga paling bajet kot :(
--------
Haritu masa baru sign up kan, kebetulan shopback tengah promo Booking.com boleh dapat cashback sehingga RM 60. Masa tu mmg suka guna booking.com je kalau book hotel nak pergi mana-mana. Senang kira sikit.hehe.
Pay later, free cancellation kata dia
(tak semua hotel jugak)
Sekarang, dalam 6% je. Tapi 6% je pun, kalau dikumpul, dua tiga kali beli online dah boleh cashout. Hahahaha okay excited sangat. Kalau expedia tinggi jugak komisyen, dapatla 8% berbanding booking.com, hotels.com. Agoda pun boleh tahan, RM 30 cashback tapi dengan syarat hotel RM 220 ke atas.. Kalau yang biasa2 je dalam 5% je rasa cashback diberi. Kalau lazada pulak, adakala 12%
Bayangkan, jimat dan berbaloi kot. Rasa macam wow.. Yelah bilik hotel tu, kami book yang 1 malam RM90 macam tu je. Tapi dapat komisyen dari shopback banyak.
Yelah yelahh, buktinya
Tiap transactions, news, kalau ada promotions akan dihantar ke email kita yang kita guna utk sign up tu. So pastikan email kalian guna tu memang active. |
Ni dalam history, kita dah beli apa. Berapa komisyen yg dapat. Boleh klik kat gambar untuk lihat lebih jelas ;) |
Selama ni keluar duit semata-mata, dan nak kumpul balik punyalah susah kan. Haha
Untuk pengetahuan, ada lebih 500+ stores kat dalam shopback ni.
Go shop pun ada ! |
Account den. Haa, jangan lupa kalian punya details. Isi lengkap! |
Dengan cara ni bolehla start menabung dan belanja dgn bijak! ;)
Okay sebenarnya ada nak story sikit bagi clear lagi,
Pembelian diatas ni, hanyalah dapat time kalian bebetul dah buat pembayaran. Alah, contohnya beli barang kat lazada atau zalora via shopback, then guna method cash on delivery.
After bayar tu, barulah cashback tu masuk ke account kita. Barulah dikira. Kalian kena pandai tengokla kat situ dan buat kajian sikit. Lain stores, lain syarat dia tau. Ada yang kejap je 1 days je dah masuk. Ada yang seminggu baru masuk.
Contoh macam ni la ; haa senang tengok gambar jelah. Hahahaha
----
----
Booking.com, within 2 days cashback baru masuk. Berapa dapat? Contohnya dapat RM 6. Haa lepas dua hari baru consider masuk, lepas check out dari hotel tu. Haa gitula |
Bagi lazada pulak, ada dua kalau perasan nanti masa bukak website shopback ni.
Ada satu yang kalau kita guna apps kat phone(komisyen berbeza biasanya lagi tinggi cashback)
Ada lagi satu via biasa je tanpa apps kat phone. Dua ni menjanjikan komisyen berlainan tau.. Ni semua hasil kajian telah dibuat :D
-- macam semalam baru beli wardrobe king size nak letak baju. Murah je kat lazada. RM 49. Dia bagi cashback RM 5.27.
Komisyen ni tak selalu rm 5 je, ada time kena molek dia bagi RM 10 lah. Tengok atas berapa total pembelian kita tulahh.
Kalau sikit, dapatla sikit.
Macam aku ni, memang sikit je belinya. Saje je gempak sikit cerita bagi excited kat kalian. Aku tahu, kalian mesti lagi kuat shopping ni, sebab tu lah rasa nak sangat share benda bermanfaat ni, kena sangatlah dengan era globalisasi serba mahal semua benda
Huhu -_-"
Kalau sikit, dapatla sikit.
Macam aku ni, memang sikit je belinya. Saje je gempak sikit cerita bagi excited kat kalian. Aku tahu, kalian mesti lagi kuat shopping ni, sebab tu lah rasa nak sangat share benda bermanfaat ni, kena sangatlah dengan era globalisasi serba mahal semua benda
Huhu -_-"
Yelah, rugi kot kalau tak guna benda dah terhidang depan mata. Tak payah bayar pun nak sign up. Hanya tinggal nak shopping and guna via shopback, you get cashback.
Apa lagi entah nak cerita sini. Haritu pernah jugak, terbeli ticket flight pastu tepuk dahi sebab lupa nak masuk kat shopback dulu. Hahaaha :D
Geram je rasa.. Even hanya 1% cashback je kalau flight ticket, tapi rasa arghh rugi.. Bukan aku shopping banyak pun, shopping benda penting je..dan yang pasti bukan benda mahal pun. Rasa lepas ni, tiapkali nak beli barang online memang nak alert and bookmarks, refer sini dulu. Barulah senang hati.
Ni about cashout, minimum RM 10 terkumpul dah boleh keluarkan, tapi yang aku punya tak keluarkan lagi. Saja nak biar banyak sikit, baru cashout :D |
0 comments